Diego Perotti (lahir 26 Julai 1988) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Itali, Roma dan pasukan kebangsaan Argentina.

Diego Perotti
Maklumat peribadi
Nama penuh Diego Perotti
Tarikh lahir (1988-07-26) 26 Julai 1988 (umur 35)
Tempat lahir Moreno, Argentina
Ketinggian 5 kaki 10 inci (1.79 m)[1]
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 8
Kerjaya remaja
2000–2002 Boca Juniors[2]
2002–2006 Deportivo Morón
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Deportivo Morón 34 (5)
2007–2009 Sevilla B 52 (3)
2009–2014 Sevilla 117 (9)
2014Boca Juniors (pinjam) 2 (0)
2014–2016 Genoa 43 (5)
2016Roma (pinjam) 15 (3)
2016– Roma 70 (18)
Pasukan kebangsaan
2009– Argentina 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Mei 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 Mac 2018

Kerjaya kelab sunting

Sevilla sunting

Perotti dilahirkan di Moreno, Buenos Aires dan beliau mempunyai darah Itali daripada keturunan sebelah bapanya.[3][4] Perotti menyertai kelab Sepanyol, Sevilla FC ketika musim panas 2007 dari Club Deportivo Morón.[5] Pada mulanya, beliau dimasukkan ke dalam pasukan B yang baru memenangi kejohanan liga untuk layak ke divisyen kedua.

Perotti hanya banyak menjadi pemain simpanan untuk pasukan utama pada musim 2008–09. Beliau akhirnya telah diberi peluang untuk melakukan penampilan sulungnya pada 15 Februari 2009 semasa aksi menentang Espanyol yang berkesudahan kemenangan 2-0 berpihak kepada Sevilla. Pada 23 Mei, beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Sevilla ketika menentang Deportivo de La Coruña dengan menjaringkan gol pada lewat permainan bagi memastikan Sevilla terus menghuni tangga ketiga La Liga sekali gus pasukannya dapat menempah tiket ke Liga Juara-Juara buat musim hadapan.[6]

Semasa musim 2009–10, Perotti menjadi tonggak utama Sevilla dengan menjadi pilihan utama di posisinya berbanding rakan sepasukannya, Diego Capel. Pada 16 Mac 2010. beliau menjaringkan gol ketika aksi menentang CSKA Moscow dalam perlawanan pusingan-16 Liga Juara-Juara namun wakil Rusia itu akhirnya menang 3-2 menerusi agregat.[7]

Perotti hanya beraksi dalam 58 perlawanan untuk Sevilla dari tahun 2011 hingga 2014 kerana sering mengalami kecederaan.[8][9][10]

Genoa sunting

Pada 2 Julai 2014, Perotti melakukan perpindahan ke kelab Itali, Genoa setelah menandantangani kontrak selama empat tahun. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 31 Ogos ketika menentang Napoli.[11]

Roma sunting

Pada 1 Februari 2016, Perotti berpindah ke kelab Serie A, Roma secara pinjaman dengan perpindahan bernilai €1 juta bersama pilihan untuk beliau dibawa masuk secara tetap bersama bayaran sebanyak €9 juta.[12] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Roma pada enam hari kemudian semasa aksi menentang Sampdoria.[13] Pada lewat bulan tersebut, Roma menandantangani Perotti secara tetap dan ia berkuatkuasa sehingga Jun 2019.[14]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 9 November 2009, Perotti menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Argentina. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Argentina pada enam hari kemudian dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol namun pasukannya tewas 1-2. Beliau mula beraksi setelah menggantikan pemain Barcelona, Lionel Messi.[15]

Perotti telah didaftarkan dalam senarai 35 pemain awal untuk skuad Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia[16] tetapi tidak layak untuk terpilih ke dalam skuad akhir.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 26 Mei 2019[17][18]
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Deportivo Morón 2006–07 34 5 34 5
  Sevilla Atlético 2007–08 32 1 32 1
2008–09 20 2 20 2
Jumlah 52 3 52 3
  Sevilla 2008–09 14 1 0 0 14 1
2008–09 28 4 7 0 6 1 41 5
2010–11 31 3 5 1 10 0 46 4
2011–12 16 0 1 0 2 0 19 0
2012–13 18 0 2 1 20 1
2013–14 10 1 1 0 8 4 19 5
Jumlah 117 9 16 2 26 5 159 16
  Boca Juniors 2013–14 2 0 2 0
  Genoa 2014–15 27 4 1 0 28 4
2015–16 16 1 1 0 17 1
Jumlah 43 5 2 0 45 5
  Roma 2015–16 15 3 0 0 2 0 17 3
2016–17 32 8 4 0 9 2 45 10
2017–18 25 5 1 0 9 3 35 8
2018–19 13 5 0 0 2 0 15 5
Jumlah 85 21 5 0 22 5 112 26
Jumlah kerjaya 302 42 23 2 48 10 372 53

Antarabangsa sunting

Sehingga 23 Mac 2018.[19]
Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
2009 1 0
2011 1 0
2017 2 0
2018 1 0
Jumlah 5 0

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Sevilla[20]

Catatan sunting

  1. ^ "Diego Perotti". A.S. Roma. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2017. Dicapai pada 26 May 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Diego Perotti: "En Boca me sentí mal"" [Diego Perotti: "I felt bad at Boca"]. El Gráfico (dalam bahasa Sepanyol). 17 November 2008. Dicapai pada 20 April 2016.
  3. ^ Paini, Giovanni (28 November 2014). "Diego Perotti, la freccia argentina" [Diego Perotti, the Argentine arrow] (dalam bahasa Itali). Football Nerds. Dicapai pada 16 August 2016.
  4. ^ D'Ubaldo, Guido (31 January 2016). "Perotti è della Roma: l'attaccante è atterrato a Fiumicino" [Perotti belongs to Roma: forward has landed at Fiumicino]. Corriere dello Sport (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 16 August 2016.
  5. ^ "El Sevilla Atlético ficha a al argentino Perotti" [Sevilla Atlético sign Argentine Perotti]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). 12 July 2007. Dicapai pada 11 April 2018.
  6. ^ "On-fire Forlán keeps Atlético in position". UEFA. 24 May 2009. Dicapai pada 7 June 2010.
  7. ^ "Honda stars as Army Men march through". UEFA. 16 March 2010. Dicapai pada 16 March 2010.
  8. ^ "Perotti se trata de su lesión en Vitoria" [Perotti tends to his injury in Vitoria]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). 14 February 2012. Dicapai pada 21 June 2015.
  9. ^ "Perotti, otra vez lesionado" [Perotti, injured again]. ABC (dalam bahasa Sepanyol). 1 November 2012. Dicapai pada 21 June 2015.
  10. ^ "Perotti: 'Estoy destruido. Necesito irme'" [Perotti: 'I am destroyed. I need to go']. El Mundo (dalam bahasa Sepanyol). 5 February 2013. Dicapai pada 21 June 2015.
  11. ^ "Genoa-Napoli 1–2: sblocca Callejon, pareggia Pinilla, De Guzman decide" [Genoa-Napoli 1–2: Callejon unlocks, Pinilla ties, De Guzman decides]. La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). 31 August 2014. Dicapai pada 23 June 2015.
  12. ^ "Official: Perotti joins Roma". Football Italia. 1 February 2016. Dicapai pada 7 February 2016.
  13. ^ "Perotti's Roma squeeze past Samp". Football Italia. 7 February 2016. Dicapai pada 7 February 2016.
  14. ^ "L'AS Roma riscatta Perotti e Zukanovic a titolo definitivo" [AS Roma acquire Perotti and Zukanovic permanently] (dalam bahasa Itali). A.S. Roma. 29 February 2016. Dicapai pada 1 March 2016.
  15. ^ "Argentina, víctima del centenario español" [Argentina, victim of Spanish century]. ABC (dalam bahasa Sepanyol). 14 November 2009. Dicapai pada 6 February 2014.
  16. ^ "Revealed: Every World Cup 2018 squad – 23-man & preliminary lists & when will they be announced?". Goal. 17 May 2018. Dicapai pada 17 May 2018.
  17. ^ "D. Perotti". Soccerway. Dicapai pada 11 September 2016.
  18. ^ Templat:ESPN FC
  19. ^ "D. Perotti – Matches". Soccerway. Dicapai pada 11 September 2016.
  20. ^ "D. Perotti – Trophies". Soccerway. Dicapai pada 11 September 2016.

Pautan luar sunting