Diet rendah natrium
Diet atau pemakanan rendah natrium ialah sejenis diet yang mengandungi antara 1500 hingga 2400 mg natrium sehari.[1] Dalam percakapan seharian, perkataan "garam" lebih biasa digunakan berbanding "natrium" untuk merujuk kepada perkara yang sama. Namun dari segi bidang pemakanan, kedua-duanya berbeza iaitu natrium ialah sejenis unsur kimia dan garam yang menjadi bahan masakan.
Keperluan minimum manusia untuk natrium dalam diet adalah sekitar 500 mg sehari,[2] iaitu seperenam daripada banyak hidangan yang menggunakan garam "secukup rasa". Untuk sesetengah orang dengan masalah tekanan darah atau penyakit sensitif terhadap garam seperti penyakit Meniere, pengambilan garam yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.
Kesan terhadap kesihatan
suntingDiet yang rendah natrium amat berkesan untuk merendahkan tekanan darah bagi penghidap darah tinggi dan juga orang dengan tekanan darah yang normal.[3] Apabila penghidap darah tinggi mengamalkan diet kurang garam (median kira-kira 4.4 g/hari – kira-kira 1800 mg natrium), tekanan darah sistole turun sebanyak 4.2 mmHg dan tekanan darah diastole turun sebanyak 2.1 mmHg.
Akan tetapi, saranan untuk menjalani diet kurang garam belum pasti akan memberi kesan terhadap penghidap darah tinggi atau orang biasa.[4] Pada tahun 2012, jurnal British Heart menerbitkan sebuah makalah yang mengatakan diet kurang garam nampaknya meningkatkan risiko maut bagi penghidap kegagalan jantung kongestif, tetapi makalah tersebut ditarik balik pada tahun 2013.[5] Makalah itu ditarik balik oleh pihak jurnal apabila dua kajian yang ia petik mengandungi data duplikasi yang tidak dapat disahkan.[6]
Doktor mungkin akan mencadangkan diet rendah natrium kepada penghidap diabetes insipidus.
Kandungan makanan dan minuman
suntingNatrium secara semula jadinya ada dalam kebanyakan makanan. Natrium biasa ditemui sebagai natrium klorida, atau garam halus. Susu, ubi kentang dan kacang juga mengandungi natrium secara semula jadi, sama seperti air minuman tetapi jumlahnya berbeza-beza mengikut sumber. Natrium juga ditambah kepada pelbagai makanan. Ia boleh didapati dalam bentuk mononatrium glutamat, natrium nitrit, natrium sakarin, soda penaik (natrium bikarbonat) dan natrium benzoat.
Makanan dengan kandungan natrium yang tinggi
suntingSos dan perencah seperti kicap, serbuk bawang, garam bawang putih dan kiub pati mengandungi natrium. Daging yang telah diproses, seperti sosej dan nuget ayam, serta sup di dalam tin dan sayur-sayuran semuanya contoh makanan yang mengandungi natrium tambahan. Makanan segera mengandungi natrium yang amat banyak.[7] Makanan prosesan seperti kerepek kentang, sajian sejuk beku dan dendeng juga mengandungi banyak natrium.
Makanan dengan kandungan natrium yang rendah
suntingMakanan segar yang tidak diproses seperti buah-buahan segar, kebanyakan sayur-sayuran, daging, ayam, ikan dan bijirin mentah adalah kurang natrium. Makanan rendah natrium kini semakin mudah didapati. Produk rendah natrium dan jenis-jenis yang dilabel rendah atau kurang natrium/garam boleh ditemui di kedai. Pelbagai produk rendah natrium boleh ditemui di Internet juga.
Antara makanan-makanan yang rendah natrium:
- Rempah dan penambah rasa: Lada hitam, lada sulah, biji sawi, sesetengah sos cili
- Herba: Bawang putih kering atau segar, serbuk bawang/bawang putih (tanpa garam), adas cina, parsli, rosmari, selasih, kayu manis, cengkih, paprika, oregano, halia, jintan, buah pala
- Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, kecuali saderi, lobak, ubi bit dan lain-lain[perlu rujukan]
- Kacang, pis, dal
- Makaroni, pasta, mi, beras, barli (jika dimasak dalam air sahaja)
- Madu, gula
- Mentega tanpa garam
- Keju kotej tanpa garam
- Daging lembu, kambing, ikan, udang, telur segar
- Susu, yogurt
- Bijirin daripada jagung, beras, oat
- Air berkarbonat, kopi, air soya, teh[8]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting
- ^ Heart Failure Society of America, How to follow a low sodium diet
- ^ Implementing recommendations for dietary salt reduction: Where are we? DIANE Publishing. ISBN 1428929096.
- ^ He, FJ; Li, J; Macgregor, GA (30 April 2013). "Effect of longer-term modest salt reduction on blood pressure". The Cochrane Database of Systematic Reviews (4): CD004937. doi:10.1002/14651858.CD004937.pub2. PMID 23633321.
- ^ Adler, AJ; Taylor, F; Martin, N; Gottlieb, S; Taylor, RS; Ebrahim, S (18 December 2014). "Reduced dietary salt for the prevention of cardiovascular disease". The Cochrane Database of Systematic Reviews (12): CD009217. doi:10.1002/14651858.CD009217.pub3. PMC 6483405. PMID 25519688.
- ^ Dinicolantonio, JJ; Pasquale, PD; Taylor, RS; Hackam, DG (Jan 24, 2013). "Low sodium versus normal sodium diets in systolic heart failure: systematic review and meta-analysis". Heart. doi:10.1136/heartjnl-2012-302337. PMID 22914535. Templat:Retracted
- ^ Marcus, Adam (2 May 2013). "Heart pulls sodium meta-analysis over duplicated, and now missing, data". Retraction Watch. Dicapai pada 2013-09-29.
- ^ NIH Medline Plus Medical Encyclopedia
- ^ Sodium: Are you getting too much? Mayo Clinic