Dinasti Buwaihi adalah dinasti yang beraliran syiah. Dinasti ini berkuasa di wilayah Parsi dan Iraq. Ia diasaskan oleh seseorang daripada suku Dailami. Sebab utama dari pengembangan suku Dailami ialah kerana kosongnya pentadbiran yang diakibatkan oleh mundurnya Ibnu Abi As-Saj, gabenor Azerbaijan dengan tenteranya ke Iraq pada tahun 926M untuk memerangi gerakan Qaramitah. Diantara yang mengambil ini adalah Mardawij Bin Zayyar, penguasa Jilan yang mengambil kesempatan mengukuhkan kekuasaannya di wilayah Rayy dan Isfahan pada tahun 927M. Diantara mereka yang direkrut adalah seorang anak nelayan dari pantai Kaspia iaitu Ali Bin Buya, yang kemudian mengundang dua orang adiknya iaitu Hasan dan Ahmad untuk bergabung. Ali segera diangkat sebagai penguasa Karaj, membuatkan beliau dapat merekrut pengikut Dan menjadi panglima tentera. Kekuasaannya menyebabkan berlakunya konflik dengan Mardawij. Pada tahun 932M, beliau bergerak ke arah selatan dengan 400 orang suku Dailami ke Fars. Ali Bin Buya berusaha melepaskan diri dari Mardawij dan beliau mendapat pembiayaan kewangan daripada Zaid Bin Ali An-Naubandajani (seorang tuan tanah dari suku Arrajan di Fars). Ali Bin Buya datang bersama sekitar 900 orang Dailami pada tahun 933M dan segera memperkukuhkan dirinya. Beliau mengirim Hasan Bin Buya untuk mengumpulkan pajak di sekitar Kazirun dan Fars. Pada suatu hari, pertempuran tercetus antara tentera Dailami dengan tentera Yakut, panglima pasukan Turki di Baghdad dan berakhir dengan kemenangan orang Dailami. Pada tahun 947M, pertempuran terbuka antara orang Turki dan Dailami terjadi dan Sebuktegin berhasil menguasai Baghdad sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Baghdad dapat dikuasai semula oleh Bakhtiar (Dinasti Buwaihi) dengan bantuan (Dinasti Hamdani) pada tahun 975M. Secara teorinya, dinasti ini lebih berkonsepkan persekutuan. Setelah kematian Hasan Bin Buya pada tahun 977M, bahagian barat dari kawasan Al-Jibal dipisahkan untuk membentuk unit baru yang berasas di Hamadan dan Isfahan sedangkan dari waktu ke waktu Kirman di timur menikmati kebebasannya dari Fars, suatu kebebasan yang menjadi kekal setelah meninggalnya Firuz pada tahun 1012M. Sementara lembaga kekhalifahan dihormati, individu khalifah tidaklah demikian. Bani Buwaihi memakzulkan Khalifah Al-Mustakfi setelah menguasai Baghdad dan mengangkat Al-Muti setelah Khalifah Al-Mustakfi memberi gelaran kehormat kepada Ali (Imad Ad-Daulah), Hasan (Rukn Ad-Daulah) dan Ahmad (Mu'izz Ad-Daulah). Di akhir hayat dinasti ini, kekacauan terus berlaku. Setelah meninggalnya Baha' Ad-Daulah, posisi Fakhr Al-Mulk di Baghdad mulai lemah. Pada tahun 1016M, pengganti Baha' Ad-Daulah, Sultan Ad-Daulah membunuh Fakhr Ad-Daulah. Sultan Ad-Daulah meninggal pada tahun 1021M dan digantikan oleh saudaranya, Musyarrif Ad-Daulah. Ketika Musyarrif Ad-Daulah meninggal, orang Turki mengakui Abu Kalijar di Fars. Walau bagaimanapun, ketika beliau menolak untuk datang ke Baghdad, mereka beralih ke pak ciknya, Jalal Ad-Daulah yang hadir ke kota itu pada tahun 1025M dan tetap menjadi amir sehingga beliau meninggal pada tahun 1044M. Pada masa ini, Baghdad dilanda pelbagai kesulitan ekonomi dan penentangan antara aliran, terutamanya Syiah dengan Sunnah. Setelah Jalal Ad-Daulah meninggal, tampuk pemerintahan jatuh ke tangan Abu Kalijar di Syiraz. Ketika beliau meninggal pada tahun 1048M, penguasa Dinasti Buwaihi telah hilang oleh serangan Dinasti Seljuk.

I) Senarai penguasa di Fars sunting

1) Ali Bin Buya/Imad Ad-Daulah

• Setelah berkuasa di Fars, beliau berusaha memperoleh pengakuan dari khalifah Abbasiyah dan beliau berhasil memperolehinya dengan janji untuk membayar ufti. Walau bagaimanapun, beliau tidak pernah mengotakannya.

• Mengundang adiknya, Ahmad untuk menguasai wilayah Kirman. Walau bagaimanapun, usaha itu menemui kegagalan.

• Kedudukannya di Fars bertambah kukuh setelah kematian Mardawij dan beliau berhasil menarik pendukung Mardawij.

2) Fana Khusrau Bin Hasan Bin Buya/Adud Ad-Daulah

• Pernah menjadi penguasa di Fars selama hampir 30 tahun.

• Beliau menguasai Kirman pada tahun 968M akibat adanya perselisihan di antara Bani Ilyas, dinasti yang berkuasa di Iran pada 932-968M.

• Menekan penduduk Qufsh dan Bukit Baluch dan mengangkat anaknya, Syirdil, sebagai gabenor.

• Berjaya menguasai Oman.

• Mengambil kesempatan ke atas kelemahan Bakhtiar dan beliau menuju ke Baghdad. Dalam masa sebulan beliau berhasil menguasai Mosul.

• Menamatkan permusuhan di antara ahli keluarganya yang lain (Fakhr Ad-Daulah dengan Muayyid Ad-Daulah). Muayyid Ad-Daulah bekerjasama dengan beliau mengalahkan Fakhr Ad-Daulah.

• Menghabiskan 2 tahun terakhir dari kekuasaannya di Baghdad dan berhasil membangunkan ekonomi, pentadbiran dan politik.

• Meninggal pada tahun 983M.

3) Syirdil Bin Fana Khusrau/Syaraf Ad-Daulah (983-990M)

• Telah menjadi penguasa di Kirman pada saat ayahnya meninggal tetapi segera menjadi penguasa di Syiraz, ibukota Fars.

• Beliau bergerak menuju Baghdad dan diikuti oleh pemimpin dari semua kelompok Turki dan Dailami.

• Meninggal dunia pada tahun 990M sewaktu berusia 28 tahun.

4) Samsam Ad-Daulah Bin Fana Khusrau

• Ditetapkan sebagai penguasa oleh pendukungnya di Baghdad, bahkan sebelum diumumkan kematian ayahnya.

• Dibuang ke Fars, ditempatkan di penjara yang terpencil dekat Siraf dan dibutakan.

• Diangkat sebagai penguasa di Fars dan Arrajan oleh pendukungnya.

5) Firuz Bin Fana Khusrau/Baha' Ad-Daulah

• Pernah diangkat sebagai penguasa Ahwaz

• Menduduki Fars pada tahun 998M, beliau tidak pernah meninggalkan wilayah itu sehinggal beliau meninggal pada tahun 1012M.

II) Senarai penguasa di di Iran Tengah sunting

1) Hasan Bin Buya/Rukn Ad-Daulah (947-977M)

• Mengambil kesempatan di atas kematian Mardawij dengan menjadi penguasa di Iran Tengah, mulai dari Rayy sehingga ke Isfahan pada tahun 947M.

III) Senarai penguasa di Iraq sunting

1) Ahmad Bin Buya/Mu'izz Ad-Daulah

• Cuba menguasai Iraq. Hal ini dipermudahkan dengan merosotnya kekuatan politik Dinasti Abbasiyah dan perebutan posisi 'amir al-umara'.

• Cuba untuk memasuki Baghdad pada tahun 944M tetapi dipukul mundur oleh Tuzun (salah seorang amir al-umara). Setelah Tuzun meninggal satu tahun setengah kemudian, Ahmad dan tenteranya menduduki Baghdad. Beliau diangkat sebagai 'amir al-umara' oleh Khalifah Al-Mustakfi pada tahun 945M.

• Terpaksa menghadapi serangan dari Nasr Ad Daulah (penguasa Dinasti Hamdani yang saat itu menguasai Mosul dan utara Iraq. Beliau juga merupakan 'amir al-umara' sebelum Ahmad Bin Buya)

2) Bakhtiar/'Izz Ad-Daulah (967-978M)

• Beliau gagal menjamin kesetiaan tentera, dijauhi oleh orang Turki dan Dailami.

• Sekitar tahun 972M, hubungan beliau dan komandan tenteranya juga memburuk sehingga beliau berusaha menggantikannya dengan orang Turki yang lain tetapi Sebuktegin ternyata terlalu kuat dan kembali memperoleh kembali posisinya.

• Krisis ini berlanjutan sehingga tahun berikutnya ketika datang berita serangan Bizantine ke wilayah islam. Beliau memerintahkan Sebuktegin mempersiapkan pasukan jihad tetapi Sebuktegin mengambil kesempatan dengan memperkuatkan barisan anti-Buwaihi.

• Penasihatnya yang baru, Ibnu Baqiyya mempengaruhinya bahawa kesempatan pengumpulan dana dapat dilakukan dengan expedisi baru ke Mosul, tempat penguasa Dinasti Hamdan yang sedang menghadapi tekanan Bizantine. Pada tahun 974M, Sebuktegin dan Bakhtiar menuju ke utara Iraq. Walau bagaimanapun, expedisi ini gagal dan mereka terpaksa membuat perjanjian damai.

• Beliau dan Ibnu Baqiyya meninggalkan Baghdad menuju Wasit dan Ahwaz di mana asas kekuasaannya akan ditegakkan. Di sini, mereka mendapatkan dukungan orang Dailami dan menyita Iqta' orang Turki termasuk milik Sebuktegin.

• Berjaya merebut kembali Baghdad dengan bantuan Fana Khusrau, (sepupunya) dan Dinasti Hamdani pada tahun 975M.

• Dibunuh pada tahun 978M oleh Fana Khusrau (sepupunya).

Sumbangan sunting

1) Khalifah al-‘Adhud mendukung perkembangan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan, yang kemudian diikuti oleh penggantinya, Syaraf al-Daulah. Contoh cendikiawan yang hidup di era pemerintahan Dinasti Buwaihi ialah Ibnu Miskawaih.

2) Membangunkan hospital. Salah satunya bernama Bimaristan al-‘Adhudi yang terletak di Baghdad, ia dibangunkan pada tahun 978 M dan menampung seramai 24 pengamal perubatan. Penguasa Dinasti Buwaihi turut memperbaiki terusan-terusan, perpustakaan dan mendirikan badan-badan kebajikan yang ditanggung oleh perbendaharaan negara.

3) Adud Al-Daulah berhasil menyatukan wilayah-wilayah kecil di Parsi dan Iraq.

4) Pertukangan besi dan tembikar. Contohnya, pembuatan mata wang dan tembikar dengan pengaruh Parsi.

Rujukan sunting

1) http://khazanah.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/12/04/02/m1tp4o-dinasti-buwaihi-rezim-syiah-dalam-kekhalifahan-abbasiyah

2) http://wawasansejarah.com/dinasti-buwaihiyah/

3) http://www.academia.edu/30729577/DINASTI_BUWAIHI_DAN_SALJUK

4) https://www.britannica.com/topic/Buyid-dynasty