Dinasti Piast
Dinasti Piast adalah sejarah pemerintahan pertama dalam Dinasti Poland. Catatan pertama yang muncul dalam Monarki Poland ialah mengenai Putera Mieszko l (930-992 masihi). Pemerintahan diraja Piast di Poland berakhir pada 1370 dengan kemangkatan rajanya Casimir III Yang Teragung.
Piast | |
---|---|
Negara |
|
Gelaran |
|
Diasaskan | 960 |
Pengasas | separuh legenda Piast, anak kepada seorang legenda Chościsko |
Pemerintah terakhir | Casimir Agung dari Kerajaan Poland George IV William of Legnica dari Silesia duchies |
Pembubaran | Pada tahun 1370, di Kerajaan Poland dan pada 1675 di Dutchies dari Silesia |
Cabang kadet |
|
Cawangan Dinasti Piast berterusan dengan pemerintahan Duchy Masovia dan dalam pemerintahan Duchies Silesia sehinggalah lelaki terakhirnya iaitu Silesian Piast yang mati pada tahun 1675. Golongan Piast juga berkahwin dengan sebilangan keluarga bangsawan yang terdapat di Eropah dan mempunyai banyak gelaran disandang dan di antaranya dari Empayar Suci Rom
Asal-usul nama
suntingMulanya para duke dan raja di Poland menganggap diri mereka sebagai keturunan separuh lagenda Piast the Wheelwright (Piast Kolidziej), yang mula-mula disebut dalam Cronicae et gesta ducum sive principum Polonorum (Kisah dan sumbangan para duke dan putera dari Poles), ditulis pada 1113 masihi oleh Gallus Anonymus. Namun begitu, istilah "Dinasti Piast" tidak digunakan sehingga abad ke-17. Dalam rangkaian sejarah, ungkapan penggunaan Dinasti Piast telah diperkenalkan oleh ahli sejarawan Adam Naruszewicz dan ianya tidak didokumenkan dalam sumber kontemporari.
Sejarah
suntingYang pertamanya "Golongan Piast", kemungkinan berketurunan Polan yang muncul sekitar 940 masihi dalam jajahan Greater Poland di kubu kuat Giecz. Tidak selama selepas itu, mereka memindah semula kediaman mereka ke Gniezno, dimana Putera Mieszko I memerintah Civitas Schinesghe sejak kira-kira 960 masihi. Nama Polani dari Slavik : pole ("medan"), tidak muncul sehingga 1015. Golongan Piast buat sementara waktu memerintah Pomerania, Bohemia dan Lusatias serta Ruthenia dan rantau Hungarian Spis yang kini dikenali sebagai Slovakia. Pemerintah membawa gelaran duke atau raja bergantung kepada kedudukan kuasa mereka ketka itu.
Monarki Poland terpaksa berhadapan dengan dasar perluasan kuasa Empayar Rom Suci di sebelah barat, yang menyebabkan imej penyesuaian masyarakat yang berbahagi, dengan pemerintah Piast seperti Mieszko I, Casimir I the Restorer atau Władysław I Herman yang cuba untuk melindungi negeri Poland dari sebarang perjanjian, sumpah kesetiaan dan politik perkahwinan dengan Empayar Uthmaniyah dan dinasti Salian. Begitu juga Dinasti Přemyslid Bohemian, Hungarian Arpads dan pewaris takhta Anjou, iaitu Kievan Rus', kemudiannya juga Negeri Teutonic Order dan Grand Duchy dari Lithuania yang merupakan jiran yang besar.
Kedudukan Piast dengan jelasnya menjadi lemah akibat era pemecahan berikutan pada tahun 1138 berlakunya Perjanjian Bolesław III Krzywousty. Hampir 150 tahun, kerajaan Poland berkecai menjadi beberapa duchies, dengan Piast duke menentang prinsip sah yang rasmi iaitu agnatic seniority (sistem pewarisan takhta menerusi adik lelaki) untuk merebut takhta di Kraków, ibu negara Lesser Polish Daerah Seniorate. Banyak golongan duke seperti Mieszko III the Old, Władysław III Spindleshanks atau Leszek I the White dimahkotakan tapi hanya digulingkan tidak lama selepas itu. Cawangan kanan Silesian Piasts, keturunan Bolesław III Krzywousty, anak sulung kepada Duke Władysław II the Exile telah mencari haluan sendiri dan sejak abad ke-14 menjadi negeri jajahan Bohemian Crown.
Selepas semua keturunan diraja Poland dan cawangan belia Piast mati pada 1370, mahkota Poland jatuh kepada raja Anjou iaitu Louis I dari Hungary, anak lelaki kepada mendiang kakak Raja Casimir, Elizabeth Piast. Cawangan Masovian dari golongan Piasts menjadi pupus dengan kematian Duke Janusz III pada tahun 1526. Pemerintahan terakhir duke dari Silesian Piasts ialah George William dari Legnica yang meninggal dunia pada 1675. Bapa saudaranya Count August dari Legnica, lelaki terakhir Piast, meninggal dunia pada 1679. Pewaris sah yang terakhir ialah Duchess Karolina Legnica-Brieg meninggal dunia pada 1707 dan dikebumikan di Trzebnica Abbey. Walau bagaimanapun, banyak keluarga seperti keturunan yang tidak sah dari Silesian duke iaitu Adam Wenceslaus dari Cieszyn (1574-1617) yang mengaitkan keturunan mereka dengan dinasti.
Jata
suntingKira-kira tahun 1295, Przemysl II menggunakan lambang helang putih – simbol yang kemudiannya disebut sebagai Jata Piast atau sebagai Helang Piast.
Pemerintahan Piast
suntingRaja-raja Piast dan pemerintah-pemerintah Poland muncul dalam senarai dalam bentuk rajah berikut. Untuk senarai semua pemerintah, lihat Senarai monarki Poland.
Nama |
Kehidupan |
Pemerintahan bermula |
Berakhirnya pemerintahan |
Nota |
Kerabat |
Gambar |
Chościsko
|
Abad ke-9 | Abad ke-9 | Abad ke-9 | Pemerintah lagenda Polans, ayah kepada Piast the Wheelwright | Polans (Suku) | |
Piast the Wheelwright | Abad ke-9 | Abad ke-9 | Abad ke-9 | Pemerintah lagenda Polans Anak kepada Chościsko, bapa kepada Siemowit Pengasas kepada Dinasti Piast |
Piast | |
Siemowit
|
Abad ke-9 | Abad ke-9 | Abad ke-9 | Pemerintah separuh lagenda Polans, anak kepada Piast the Wheelwright dan Rzepicha | Piast | |
Lestek
|
Abad ke-9 / 10 | Abad ke-9 / 10 | Abad ke-9 / 10 | Pemerintah separuh lagenda Polans, anak kepada Siemowit | Piast | |
Siemomysł
|
Abad ke-10 | Abad ke-10 | Abad ke-10 | Pemerintah separuh lagenda Polans, anak kepada Lestek | Piast |