Dindings (kawasan persekutuan)

bekas kawasan pilihan raya persekutuan di Malaysia

Dindings ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959. Ia merangkumi mukim Daerah Dinding (kini Daerah Manjung), dua mukim iaitu Trong serta Sungai Tinggi.[1]

Dindings
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan pilihan raya diwujudkan1955
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1959
Kali pertama dipertandingkan1955
Kali terakhir dipertandingkan1959
Demografi
Populasi (1954)[1]84,100
Pemilih (1955)16,464

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[2][3] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Dindings ialah Meor Ariff Bin Meor Alwi dari Parti Perikatan (PERIKATAN).

Sejarah sunting

Kawasan Dindings telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Bruas dan Sitiawan. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Dindings. Mereka ialah Meor Ariff Bin Meor Alwi dari Parti Perikatan, Mohamed Yunus Bin Mahmood dari Parti Kebangsaan Perak (NAP), dan Ustaz Abdul Wahab Bin Mohamed Noor dari Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP).[4] Meor Ariff telah menang dan telah menewaskan dua calon lainn dengan mendapatkan undian sebanyak 10,511.[3]

Sejarah perwakilan sunting

Ahli Parlimen untuk Dindings
Parlimen Tahun Ahli Parti
Kawasan parlimen diciptakan
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1955-1959 Meor Ariff Bin Meor Alwi Perikatan (UMNO)
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Bruas dan Sitiawan.

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Meor Ariff Bin Meor Alwi 10,511 78.8 -
NAP Mohamed Yunus Bin Mahmood 1,629 12.2 -
PMIP Ustaz Abdul Wahab Bin Mohamed Noor 1,197 9.0 -
Jumlah undian sah 13,337 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 16,464
Majoriti 8,882
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Malaya in 52 parts for the polls" [Tanah Melayu dalam 52 bahagian untuk pilihan raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 24 Jun 1954. m/s. 1. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  2. ^ "Parliamentary Democracy system in Malaysia" [Sistem Demokrasi Parlimen di Malaysia]. www.parlimen.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  3. ^ a b c "How To People Voted" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 29 Julai 1955. m/s. 7. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  4. ^ a b "People and Parties in the Pools" [Calon dan Parti dalam Kawasan Pilihan Raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 16 Jun 1955. m/s. 2. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luar sunting