Dini Schatzmann
Dini Azan Schatzmann (lahir 17 Oktober 1994) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia kelahiran Switzerland. Beliau mula dikenali setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek dan drama Bukan Cinta Aku.
Dini Schatzmann | |
---|---|
Kelahiran | Dini Azan Schatzmann 17 Oktober 1994 |
Pendidikan | Ijazah bidang kejuruteraan, Universiti British Columbia, Kanada |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2018–kini |
Pasangan | Janna Nick (k. 2023) |
Kehidupan awal sunting
Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai darah campuran iaitu ibunya berasal dari Pulau Pinang, manakala bapanya pula dari Switzerland.[1]
Kerjaya sunting
Beliau mula menceburi bidang lakonan selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa pengarah dan penerbit. Tidak menyesal kerana mengikuti pengajian dalam kejuruteraan kerana menganggapmya demi memenuhi impian kedua ibu bapanya.
Hanya selepas dua tahun berada dalam pengajian, Dini mula merasa jiwanya lebih cenderung terhadap perkara seni. Berbekalkan azam untuk mencipta nama dalam kerjayanya itu, beliau akhirnya tiba ke Malaysia pada Mei 2018 seterusnya mengasah kemahiran dengan mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar dan juga kelas bahasa Melayu.[2] Beliau mengakui fasih dalam dialek utara kerana ibunya sering berkomunikasi dalam dialek itu ketika di rumah. Bagaimanapun beliau mengakui kemahiran bahasa Melayunya lemah kerana tidak menetap di Malaysia sebelum ini, malah tidak pernah membaca buku dalam bahasa kebangsaan itu.
Kemunculan pertama beliau dalam drama bersiri Cik Reen & Encik Ngok Ngek mencetuskan fenomena, lantas menarik perhatian banyak pihak, termasuk peminat drama tempatan. Dalam perkembangan terkini, beliau muncul dalam drama Cemburu Seorang Perempuan di Astro Ria.
Kehidupan peribadi sunting
Beliau berkahwin dengan pelakon, Janna Nick pada 10 Jun 2023 dengan sekali lafaz.[3]
Filemografi sunting
Filem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Bintang Hatiku | Tuan Omar | Filem pertama |
2023 | Malbatt: Misi Bakara | Sarjan Hamid |
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Cik Reen & Encik Ngok Ngek | Naqib | Astro Ria | Drama pertama |
2019 | Calon Menantu Tuan Rumah | Dowson | TV Okey | |
Bukan Cinta Aku | Remy | TV3 | ||
Cemburu Seorang Perempuan | Najib | Astro Ria | ||
2020 | Leon Zalika | Leon | TV Okey | |
2021 | Marry Me Senorita | Isa Alejandro | Astro Ria | |
A.I in Love | Iskandar | TV2 | ||
The Hotel | Adri | Astro Ria | ||
The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja | Adri | |||
Jangan Pernah Lupakan Aku | Ned | TV2 | ||
Sepi Itu Pasti | Noah | TV AlHijrah | ||
2022 | Lockdown 2 | Kimie | Astro Ria | |
Kau vs Aku | Danish Aryan | Sooka | ||
IMperfect | Adam | Astro Ria | ||
2023 | Cik PA Tuan Ash | Tuan Ashley | TV3 | |
Cik Lang Swe | Cik Lang Swe | Tonton |
Telefilem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2021 | Delen | Robert | Astro Citra |
2022 | Raya-Nion! | Ren | Sooka |
Secret Admirer | Ahmad Haireez | Astro Citra |
Muzik video sunting
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2022 | "Mentari Setia" | Janna Nick |
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah MeleTOP Era 2021 | Artis Baharu Meletop | A.I in Love (RTM) | Menang |
Rujukan sunting
- ^ Syahrul Ramadan (8 November 2019). Dini Schatzmann: 6 Things We Know About Janna Nick’s Flame Hype.my. Dicapai pada 15 Disember 2019.
- ^ Najiy Jefri (30 Oktober 2018). Masuk kelas bahasa Melayu Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2018.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (10 Jun 2023). "Janna Nick, Dini Schatzmann selamat bernikah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Jun 2023.