Dino Zoff (sebutan bahasa Itali: [ˈdiːno dˈdzɔf]; lahir 28 Februari 1942) merupakan bekas pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol. Beliau merupakan pemain tertua yang pernah menjuarai Piala Dunia sewaktu beliau menjadi kapten pasukan Itali dalam edisi 1982 pada usia 40 tahun, 4 bulan dan 13 hari. Beliau juga meraih anugerah penjaga gol terbaik kejohanan dan dimasukkan ke dalam bintang pasukan pilihan kejohanan. Beliau juga menjuarai kejohanan Euro 1968 yang diadakan di tanah airnya. Zoff merupakan satu-satunya pemain Itali yang pernah memenangi Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.[3] Beliau turut menikmati pencapaian besar bersama Juventus dengan merangkul enam gelaran Serie A, dua trofi Coppa Italia dan satu kejuaraan Piala UEFA. Beliau juga mara ke dua perlawanan akhir Piala Eropah pada musim 1972–73 dan 1982–83 di samping pasukannya bergelar naib juara dalam Piala Antara Benua 1973.

Dino Zoff
Zoff bersama Juventus pada 1972
Maklumat peribadi
Nama penuh Dino Zoff[1]
Tarikh lahir (1942-02-28) 28 Februari 1942 (umur 82)
Tempat lahir Mariano del Friuli, Itali
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1961–1963 Udinese 38 (0)
1963–1967 Mantova 131 (0)
1967–1972 Napoli 143 (0)
1972–1983 Juventus 330 (0)
Jumlah 642 (0)
Pasukan kebangsaan
1968–1983 Itali 112 (0)
Pasukan diurus
1988–1990 Juventus
1990–1994 Lazio
1996–1997 Lazio
1998–2000 Itali
2001 Lazio
2005 Fiorentina
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Zoff merupakan penjaga gol yang memiliki kemampuan luar biasa dan dilihat sebagai penjaga gol terbaik yang pernah bermain,[4][5][6] di mana beliau terletak di kedudukan ketiga sebagai penjaga gol terbaik pada abad ke-20 oleh IFFHS di belakang Lev Yashin dan Gordon Banks.[7] Beliau telah memegang rekod penampilan terbanyak tanpa dibolosi gol dalam kejohanan antarabangsa (selama 1,142 minit) antara tahun 1972 dan 1974.[8] Dengan 112 penampilan antarabangsa, beliau merupakan pemain Itali keenam yang melakukan penampilan terbanyak. Pada tahun 2004, Pelé menyenaraikan Zoff sebagai salah seorang daripada 125 pemain terhebat yang pernah hidup. Pada tahun yang sama, Zoff berada di kedudukan kelima dalam kedudukan UEFA Golden Jubilee Poll dan dipilih sebagai pemain paling berharga Itali dalam tempoh masa 50 tahun yang lepas. Beliau juga merupakan pemenang naib juara dalam anugerah Ballon d'Or 1973 selepas pasukannya hampir melengkapkan kejuaraan treble bersama Juventus. Pada tahun 1999, Zoff menduduki tempat ke-49 dalam 100 Greatest Players of the Twentieth Century oleh World Soccer Magazine .[9]

Selepas bersara, Zoff meneruskan kerjaya jurulatihnya dengan mengendalikan pasukan kebangsaan Itali yang berjaya mara ke final Euro 2000 dan beberapa kelab Itali yang lain termasuklah Juventus. Bersama Juventus, pasukannya menjuarai Piala UEFA dan Coppa Italia ketika musim 1989–90, yang juga merupakan trofi yang dimenanginya semasa menjadi pemain Juve. Pada September 2014, Zoff menerbitkan autobiografinya, Dura solo un attimo, la gloria ("Kejayaan hanya Berlangsung Sesaat").[10]

Kehidupan awal sunting

Dino Zoff telah dilahirkan di Mariano del Friuli, Friuli-Venezia Giulia, Itali dalam keadaan keluarga yang bertani. Atas cadangan bapanya, Zoff pada awalnya meneruskan pengajian untuk menjadi mekanik sekiranya kerjaya bola sepaknya tidak berjaya. Sebagai pemain bola sepak muda yang bercita-cita, Zoff juga menggemar sukan-sukan lain dan dua orang role modelnya ialah seorang pelumba basikal, Fausto Coppi dan pelumba jalan kaki, Abdon Pamich.[6][11]

Kerjaya kelab sunting

Udinese, Mantova dan Napoli sunting

 
Zoff pada tahun 1964.

Kerjaya Zoff bermula dengan kelam apabila beliau menghadiri ujian di Inter Milan dan Juventus semasa beliau berusia 14 tahun tetapi tidak berjaya kerana ketinggiannya yang tidak mencukupi.[12] Lima tahun kemudian, ketinggiannya bertambah sebanyak 33 sentimeter (beliau mengikuti cadangan neneknya, Adelaide untuk memakan lapan biji telur setiap hari),[13][14] beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A bersama Udinese pada 24 September 1961 dalam aksi kekalahan 5–2 kepada Fiorentina. Namun, Zoff tidak dipersalahkan dengan jumlah jaringan yang dibolosinya.[15] Zoff hanya melakukan empat penampilan pada musim sulungnya bersama Udinese, yang mana pasukannya tersingkir ke Serie B. Beliau beraksi pada musim berikutnya sebagai penjaga gol utama pasukan sekali gus membantu pasukanyna untuk kembali ke Serie A, sebelum beliau berpindah ke Mantova pada 1963. Di Mantova, beliau menghabiskan empat musim di sana dengan melakukan jumlah 131 penampilan.[16]

Prestasinya bersama Mantova telah menarik perhatian kelab-kelab besar manakala jurulatih pasukan Itali pada masa itu, Edmondo Fabbri ingin mengambilnya sebagai penjaga gol simpanan menjelang kejohanan Piala Dunia 1966. Namun, beliau akhirnya mengambil Enrico Albertosi, Roberto Anzolin dan Pierluigi Pizzaballa sebagai penjaga gol Itali. Pada tahun 1967, Zoff melakukan perpindahan ke Napoli sebagai pertukaran dengan penjaga gol Claudio Bandoni yang menelan kos perpindahan sebanyak 130 juta lira. Beliau menghabiskan lima musim di Naples dengan melakukan 143 penampilan liga bersama kelab itu. Pada masa itu, beliau semakin melonjakkan pengiktirafannya di Itali lalu membolehkannya melakukan kemunculan sulung bersama pasukan Itali pada tahun 1968 serta mendapat tempat dalam skuad Itali ke kejohanan Euro 1968 dan Piala Dunia 1970.[17][18][19]

Juventus sunting

 
Zoff (kanan) bersama Altafini ketika di Juventus pada musim 1972-73.

Berikutan persembahannya bersama pasukan Itali dan Napoli, Zoff diikat oleh Juventus pada tahun 1972 semasa beliau berusia 30 tahun. Sepanjang tempoh sebelas tahun beliau bersama Juventus, Zoff memenangi enam gelaran Serie A, dua trofi Coppa Italia dan satu Piala UEFA serta berjaya melangkah ke dua final Piala Eropah.[20] Pada tahun 1973, beliau menduduki tempat kedua dalam anugerah Ballon d'Or selepas meraih kejayaa Serie A tetapi pasukannya gagal melengkapkan kejuaraan treble selepas mengalami kekalahan dalam aksi final Piala Eropah dan Coppa Italia pada tahun yang sama. Bahkan, Juventus juga tewas dalam final Piala Antara Benua.

Secara keseluruhannya, Zoff telah melakukan 479 penampilan untuk Juventus dalam semua kejohanan di samping tampil dalam 330 perlawanan liga bersama kelab (kesemuanya perlawanan secara berturut-turut; turut menjadi rekod kelab),[21] 74 perlawanan Coppa Italia, 71 perlawanan kejohanan Eropah dan empat perlawanan lain melibatkan kealb. Beliau kini pemain keenam Juventus yang memegang rekod penampilan terbanyak dalam semua kejohanan, pemain ketujuh yang melakukan kemunculan terbanyak di Serie A, pemain ketiga yang melakukan penampilan terbanyak di Coppa Italia, pemain ketujuh yang melakukan penampilan terbanyak di kejohanan Eropah dan pemain kesembilan yang melakukan penampilan terbanyak di kejohanan antarabangsa.[22]

Zoff meraih kejuaraan Serie A terakhirnya bersama Juventus ketika musim 1981-82 serta memenangi Piala Dunia 1982 bersama pasukan Itali pada tahun yang sama, di mana beliau sebagai kapten pasukan. Pada musim berikutnya iaitu musim terakhir kariernya, Zoff menjuarai Coppa Italia serta berjaya mara ke final Piala Eoropah kedua dalam kerjayanya pada tahun 1983; Juventus dikecewakan oleh Hamburg 1-0 pada 25 Mei selepas Zoff gagal menyelamatkan tendangan jarak jauh Felix Magath dalam perlawanan terakhir kariernya. Penampilan liganya yang terakhir hadir pada 15 Mei 1983 pada aksi menewaskan Genoa di gelanggang sendiri.

Kerjaya antarabangsa sunting

Sebelum mewakili pasukan senior Itali, Zoff pernah memenangi pingat emas bersama pasukan bawah-23 Itali dalam Sukan Mediterranean 1963. Pada 20 April 1968, Zoff melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior dalam aksi menewaskan Bulgaria 2-0 di peringkat suku akhir Euro 1968.[23] Zoff dijadikan sebagai penjaga gol utama pasukan sekali gus mengatasi pesaingnya, Enrico Albertosi[24] sepanjang kejohanan. Itali akhirnya menjuarai Kejohanan Eropah di tanah air sendiri manakala Zoff pula berjaya memungut pingat emas kejohanan selepas hanya tampil dalam empat perlawanan bersama Itali. Beliau juga berjaya memastikan dua perlawanan tidak dibolosi jaringan pihak lawan lalu memenangi anugerah penjaga gol terbaik kejohanan. Zoff diketepikan dalam kesebelasan utama Itali semasa kejohanan Piala Dunia 1970. Beliau menjadi penjaga gol kedua pasukan selepas Albertosi yang mana pasukannya mara ke perlawanan akhir sebelum ditewaskan oleh Brazil 4–1. Beliau kembali kepada kesebelasan utama Itali untuk mencabar Albertosi semasa kempen Piala Dunia 1974. Namun, kempen Piala Dunia tersebut dilihat amat mengecewakan bagi Itali apabila mereka kecundang dan tersingkir di pusingan pertama.[25][26]

 
Franco Causio, Presiden Sandro Pertini, Zoff (kiri depan) dan jurulatih Enzo Bearzot semasa pulang dari Sepanyol selepas baru menjuarai Piala Dunia 1982.

Sejak tahun 1972, Zoff menyarung jersi nombor 1 pasukan Itali tanpa dinafikan. Beliau mengambil bahagian dalam kempen Piala Dunia 1978 dan pasukannya berjaya menduduki tempat keempat kejohanan. Zoff pula berjaya menghasilkan tiga jersi bersih semasa kejohanan berlangsung. Itali tersingkir di peringkat separuh akhir apabila akur kepada kekalahan 2-1 kepada Belanda. Selepas perlawanan, Zoff dikecam kerana melakukan kesalahan mudah apabila beliau gagal menafikan rembatan jarak jauh oleh Arie Haan.[27] Zoff juga merupakan tonggak utama Itali sekali lagi dalam kejohanan Euro 1980 sekali lagi di tanah airnya. Beliau membantu pasukannya mara ke peringkat separuh akhir kejohanan dan sekali lagi mereka menamatkan kempen kejohanan di tempat keempat. Semasa kejohanan Euro 1980, beliau menghasilkan tiga jersi bersih dengan hanya dibolosi satu gol dalam aksi penentuan pingat gangsa. Itali tewas dalam penentuan penalti tetapi Zoff sekali lagi dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan sebagai penghargaan kepadanya yang telah menjuarai kejohanan yang sama pada edisi 1968. Sepanjang kedua-dua kejohanan itu, Zoff telah menghasilkan rekod tanpa bolos dalam Kejohanan Eropah, yang kemudiannya dileburkan oleh Iker Casillas pada tahun 2012. Zoff juga menghasilkan rekod tanpa bolos dalam kelayakan Kejohanan Eropah, yang juga dileburkan oleh rakan senegara, Gianluigi Buffon pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, beliau masih lagi memegang rekod tanpa bolos sepanjang Kejohanan Eropah dan kelayakan dengan menghasilkan lapan jersi bersih antara tahun 1975 dan 1980 selama 784 minit. Bersama dengan Casillas, Buffon dan Thomas Myhre, beliau merupakan penjaga gol yang dibolosi gol paling sedikit dalam tiap-tiap Kejohanan Eropah; iaitu hanya bolos satu gol dalam Kejohanan Eropah 1968 dan dalam kalangan pemain tersebut, hanya Zoff dan Casillas yang berjaya menjulang trofi kejohanan akhirnya.

Kejayaan terbesar Zoff ialah dalam kejohanan Piala Dunia 1982 di Sepanyol apabila beliau mengetuai pasukan Itali ketika berusia 40 tahun. Perkembangan ini menjadikan beliau sebagai pemain paling tua yang menjulang trofi Piala Dunia. Sepanjang kejohanan, beliau menghasilkan dua jersi bersih serta berjaya menyelamatkan bola daripada melintasi garisan gol pada lewat permainan peringkat kumpulan menentang pasukan pilihan, Brazil sekali gus membolehkan Itali meraih kemenangan 3-2 lalu menempah tiket ke peringkat separuh akhir.[28][29][30][31] Pada 11 Julai, pada usia 40 tahun dan 133 hari, beliau merupakan pemain paling tua yang tampil dalam final Piala Dunia.[32] Selepas kejayaan Itali menewaskan Jerman Barat 3–1 di Stadium Santiago Bernabéu di Madrid, beliau mengikuti jejak langkah Gianpiero Combi (1934) sebagai penjaga gol kedua yang mengetuai pasukannya untuk memenangi Piala Dunia (seterusnya, diikuti oleh Iker Casillas dan Hugo Lloris yang masing-masing mengetuai Sepanyol dan Perancis pada tahun 2010 dan 2018). Atas persembahannya, beliau telah diundi sebagai Penjaga Gol Terbaik Kejohanan.

Semasa penerbangan pulang menaiki pesawat DC9, kenangan Zoff bersama Pertini (Presiden Itali), Causio dan Bearzot diabadikan dalam satu foto apabila mereka bermain kad scopone scientifico, permainan sukan Itali.[33][34] Pada April 2017, gambar tersebut diletakkan di Muzium Volandia, berdekatan Varese.[35][36][37][38]

Zoff juga memegang rekod terpanjang tanpa dibolosi gol dalam perlawanan antarabangsa (1142 minit) antara tahun 1972 dan 1974. Rekod jersi bersih itu ditamatkan oleh pemain Haiti, Manno Sanon yang menjaringkan gol cantik ketika Piala Dunia 1974. Zoff melakukan penampilan terakhirnya bersama Itali pada 29 Mei 1983 dalam aksi kekalahan 2-0 kepada Sweden di gelanggang lawan pada aksi kelayakan Euro 1984. Saat persaraannya, Zoff merupakan pemain yang paling banyak melakukan kemunculan untuk Itali (112 kaps). Beliau kini menduduki tempat keenam dalam kategori itu dan penjaga gol kedua dalam kedudukan itu selepas Buffon.[39][40]

Kerjaya jurulatih sunting

Selepas bersara, Zoff melangkah ke alam pengurusan dengan menyertai kakitangan teknikal di Juventus. Pada mulanya, beliau menjadi jurulatih penjaga gol walaupun pengalaman yang dimilikinya terbukti belum mencukupi.[41] Beliau seterusnya melatih pasukan Olimpik Itali, yang mana pengalaman pertamanya untuk menjadi jurulatih. Beliau membantu pasukannya untuk menempah kelayakan ke Sukan Olimpik 1988 di Seoul sebelum kembali ke barisan kejurulatihan di Juventus. Pauskan Olimpik Itali menamatkan kempen di tempat keempat kejohanan. Zoff pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih Juventus dari tahun 1988 hingga 1990.[42] Pada tahun 1990, beliau telah dipecat walaupun menjuarai Piala UEFA dan Coppa Italia ketika musim 1989–90. Malah, beliau juga membantu Juventus untuk menghuni tangga ketiga liga.[43] Beliau kemudiannya menyertai kelab Lazio sebagai jurulatih pada tahun 1994 dan seterusnya sebagai pengarah sukan. Di Lazio, beliau merangkul kejuaraan Coppa Italia pada tahun 1998 dan membimbing pasukannya untuk mara ke perlawanan akhir Piala UEFA pada musim yang sama sebelum mereka ditewaskan oleh Inter.[44]

Pada tahun 1998, Zoff telah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Itali. Walaupun corak permainan Itali lebih kepada berwaspada dan defensif, Zoff lebih gemar permainan yang terbuka, deras dan serangan sekali gus ia bertentangan dengan cara permainan defensif yang diguna pakai oleh jurulatih Itali terdahulu seperti Cesare Maldini dan Arrigo Sacchi. Zoff membimbing pasukannya untuk mara ke Euro 2000 dan memperkenalkan beberapa pemain muda dalam skuad seperti Francesco Totti, Gianluca Zambrotta, Stefano Fiore, Massimo Ambrosini, Christian Abbiati, Marco Delvecchio dan Vincenzo Montella.[45][46][47] Walaupun Itali dilihat bukan pasukan pilihan kerana dianggotai ramai pemain muda, beliau berjaya membawa Itali untuk bergelar naib juara dalam kejohanan akhir. Dalam laluan ke perlawanan akhir, Itali yang beraksi dengan sepuluh pemain berjaya menyingkirkan tuan rumah, Belanda di peringkat separuh akhir menerusi penentuan penalti selepas terikat seri tanpa jaringan. Itali juga mempamerkan corak permainan defensif menentang pasukan Belanda yang lebih melancarkan serangan dan gaya permainan terbuka.[48][49] Dalam perlawanan akhir kejohanan, Itali mendahului permainan 1-0 pada sebahagian besar separuh masa kedua perlawanan. Namun, lebih kurang daripada 60 saat untuk memenangi kejohanan, pemain Perancis Sylvain Wiltord menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan dan mengheret permainan ke masa tambahan.[50] Walaupun mara ke final, Zoff meletakkan jawatan beberapa hari kemudian selepas dikecam hebat oleh presiden A.C. Milan dan ahli politik, Silvio Berlusconi.[51] Zoff telah diundi sebagai Pengurus Terbaik World Soccer pada tahun 2000.[52]

Zoff kembali kepada juara bertahan Serie A, Lazio untuk menggantikan Sven-Göran Eriksson pada tahun 2001. Beliau membimbing Lazio untuk menduduki tempat ketiga dalam Serie A. Pada musim berikutnya, beliau meletakkan jawatan pada 20 September selepas hanya menjelang tiga perlawanan berikutan persembahan hambar pasukannya pada permulaan musim 2001–02.[53] Pada tahun 2005, beliau dinamakan sebagai jurulatih Fiorentina untuk menggantikan Sergio Buso. Walaupun beliau berjaya menyelamatkan pasukannya daripada mengalami penyingkiran ke Serie B pada hari terakhir musim, Zoff akhirnya dilepaskan.

Kehidupan peribadi sunting

Zoff berkahwin dengan Annamaria Passerini; pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, Marco, yang lahir pada 1967.[54][55] Zoff merupakan penganut Katolik.[56]

Pada 28 November 2015, Zoff dilaporkan telah ditahan di hospital selama tiga minggu berikutan menghidapi jangkitan virus pada saraf, yang menyukarkannya untuk berjalan.[57][58] Pada 23 Disember 2015, dilaporkan bahawa Zoff telah beransur pulih.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Udinese 1961–62 4 0 0 0 4 1
1962–63 34 0 1 0 35 0
Jumlah 38 0 1 0 39 0
  Mantova 1963–64 27 0 0 0 27 0
1964–65 32 0 1 0 33 0
1965–66 38 0 1 0 39 0
1966–67 34 0 1 0 35 0
Jumlah 131 0 3 0 134 0
  Napoli 1967–68 30 0 2 0 4[a] 0 36 0
1968–69 30 0 5 0 3[a] 0 0 0 38 0
1969–70 30 0 3 0 6[a] 0 0 0 39 0
1970–71 30 0 11 0 41 0
1971–72 23 0 11 0 2[b] 0 36 0
Jumlah 143 0 32 0 15 0 190 0
  Juventus 1972–73 30 0 11 0 9[c] 0 50 0
1973–74 30 0 9 0 2[c] 0 1[d] 0 42 0
1974–75 30 0 10 0 10[b] 0 50 0
1975–76 30 0 4 0 4[c] 0 38 0
1976–77 30 0 5 0 12[b] 0 47 0
1977–78 30 0 4 0 7[c] 0 41 0
1978–79 30 0 9 0 2[c] 0 41 0
1979–80 30 0 4 0 8[e] 0 42 0
1980–81 30 0 8 0 4[b] 0 3[f] 0 45 0
1981–82 30 0 4 0 4[c] 0 38 0
1982–83 30 0 6 0 9[c] 0 45 0
Jumlah 330 0 74 0 71 0 4 0 479 0
Jumlah kerjaya 642 0 110 0 86 0 4 0 842 0
  1. ^ a b c Penampilan di Piala Pameran Eropah
  2. ^ a b c d Penampilan di Piala UEFA
  3. ^ a b c d e f g Penampilan di Piala Eropah
  4. ^ Penampilan di Piala Antara Benua 1973.
  5. ^ Penampilan di Piala Juara-Juara UEFA 1979-80.
  6. ^ Penampilan di Torneo di Capodanno.

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Itali[59][60]
Tahun Kmncln Gol
1968 5 0
1969 4 0
1970 2 0
1971 6 0
1972 5 0
1973 8 0
1974 8 0
1975 7 0
1976 10 0
1977 6 0
1978 12 0
1979 4 0
1980 12 0
1981 7 0
1982 13 0
1983 3 0
Jumlah 112 0

Kejurulatihan sunting

Pasukan Dari Hingga Rekod
P M S K % Menang
  Juventus 1 Julai 1988 30 Jun 1990 &&&&&&&&&&&&0104.&&&&&0104 &&&&&&&&&&&&&053.&&&&&053 &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&017.&&&&&017 &&&&&&&&&&&&&050.96000050.96
  Lazio 1 Julai 1990 30 Jun 1994 &&&&&&&&&&&&0154.&&&&&0154 &&&&&&&&&&&&&057.&&&&&057 &&&&&&&&&&&&&058.&&&&&058 &&&&&&&&&&&&&039.&&&&&039 &&&&&&&&&&&&&037.&1000037.01
  Lazio 28 Januari 1997 3 Jun 1997 &&&&&&&&&&&&&016.&&&&&016 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&056.25000056.25
  Itali 31 Julai 1998 4 Julai 2000 &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 &&&&&&&&&&&&&010.&&&&&010 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&045.45000045.45
  Lazio 9 Januari 2001 30 September 2001 &&&&&&&&&&&&&032.&&&&&032 &&&&&&&&&&&&&017.&&&&&017 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&053.13000053.13
  Fiorentina 25 Januari 2005 7 Jun 2005 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&025.&&&&&025.00
Jumlah &&&&&&&&&&&&0348.&&&&&0348 &&&&&&&&&&&&0151.&&&&&0151 &&&&&&&&&&&&0119.&&&&&0119 &&&&&&&&&&&&&078.&&&&&078 &&&&&&&&&&&&&043.39000043.39

Pencapaian sunting

 
Golden Foot Dino Zoff, 2004.

Pemain sunting

Kelab sunting

Juventus[61][62][63]

Antarabangsa sunting

Itali[64]

Manager sunting

Club sunting

Juventus[61]

Individu sunting

Pemain
Pengurus

Darjah sunting

  Kelas Ke-3 / Komander: Commendatore Ordine al Merito della Repubblica Italiana: 1982[84]
  Kelas Ke-2 / Pegawai Tertinggi: Grande Ufficiale Ordine al Merito della Repubblica Italiana: 2000[85]

Rekod sunting

  • Piala Dunia FIFA: Pemain tertua yang pernah beraksi dan memenangi perlawanan final, pada usia 40 tahun, 4 bulan dan 13 hari pada edisi 1982[86]
  • Piala Eropah: Pemain tertua yang pernah beraksi di perlawanan final, pada usia 41 tahun dan 86 hari pada tahun 1983[87]
  • Penampilan terbanyak berturut-turut di Serie A bersama Juventus: 330 (1972–1983)[88]
  • Penampilan terbanyak berturut-turut di Serie A: 332 (1972–1983)[89]
  • Masa terpanjang tanpa dibolosi gol dalam perlawanan antarabangsa: 1142 minit(1972–1974).[90]
  • Masa terpanjang tanpa dibolosi gol dalam perlawanan Kejohanan Eropah termasuk aksi kelayakan: 784 (1975–1980)
  • Jaringin terendah dibolosi dalam setiap edisi Kejohanan Eropah: 1 (1968) (bersama Gianluigi Buffon, Iker Casillas dan Thomas Myhre)
  • Jaringan terendah dibolosi dalam setiap edisi Kejohanan Eropah yang merupakan pemenang kejohanan sebagai penjaga gol utama: 1 (1968) (bersama Iker Casillas)
  • Salah seorang daripada empat penjaga gol yang memenangi Piala Dunia FIFA sebagai kapten pasukan: 1982 (bersama Gianpiero Combi, Iker Casillas dan Hugo Lloris)[91][92]

Catatan sunting

  1. ^ "Zoff Sig. Dino" [Zoff Mr. Dino]. Quirinale (dalam bahasa Itali). Presidenza della Repubblica Italiana. Dicapai pada 11 December 2020.
  2. ^ "Dino Zoff". www.worldfootball.net. Dicapai pada 11 January 2018.
  3. ^ name=rai>"I 70 anni di Dino Zoff" (dalam bahasa Itali). RAI. Dicapai pada 15 July 2016.
  4. ^ name=figc>"Il mito compie 70 anni: auguri Dino Zoff, campione di sport e di vita" (dalam bahasa Itali). Italian Football Federation. Dicapai pada 9 June 2016.
  5. ^ Luigi Garlando (8 September 2008). "E se Buffon fosse più bravo di Zoff?". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 9 June 2016.
  6. ^ a b Michael Cox. "Dino Zoff: The quiet genius". ESPN. Dicapai pada 9 June 2016.
  7. ^ name=rsssf.com>IFFHS' Century Elections Diarkibkan 12 Januari 2016 di Wayback Machine – rsssf.com – by Karel Stokkermans, RSSSF.
  8. ^ Neale Graham (9 February 2009). "The best goalkeepers of all time". CNN. Dicapai pada 3 May 2016.
  9. ^ "World Soccer Players of the Century". World Soccer. Dicapai pada 5 January 2015.
  10. ^ "Calcio, Zoff si inventa scrittore: "Dura solo un attimo la gloria"". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). 22 September 2014. Dicapai pada 5 January 2015.
  11. ^ "Italy's towering guardian". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-08. Dicapai pada 26 November 2016.
  12. ^ name="Dino Zoff: The quiet genius"
  13. ^ name="Dino Zoff: The quiet genius"
  14. ^ name="vecchietti">"I 'vecchietti' del Campionato Europeo UEFA" (dalam bahasa Itali). UEFA.com. 7 February 2014. Dicapai pada 25 November 2016.
  15. ^ Fabrizio Maffei. "Zoff, Dino". Treccani: Enciclopedia dello Sport. Dicapai pada 26 November 2016.
  16. ^ "Dino Zoff" (PDF). Dicapai pada 5 January 2015.
  17. ^ name="Italy’s towering guardian"
  18. ^ name="treccani1"
  19. ^ name="Dino Zoff - biografia"
  20. ^ Paolo Menicucci (28 February 2017). "Dino Zoff fa 75: cinque grandi partite" (dalam bahasa Itali). UEFA.com. Dicapai pada 30 October 2017.
  21. ^ "Zoff shares Buffon record". Football Italia. 13 November 2011. Dicapai pada 13 March 2016.
  22. ^ "Classic Football: Dino Zoff – I was there". FIFA Official Site. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-01. Dicapai pada 2021-01-19.
  23. ^ name="Nazionale in cifre">"Nazionale in cifre: Zoff, Dino". figc.it (dalam bahasa Itali). FIGC. Dicapai pada 27 April 2015.
  24. ^ Fabio Bianchi (18 October 2002). "Zenga e Tacconi: quando la rivalità era uno spettacolo". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 30 October 2017.
  25. ^ name="Italy’s towering guardian"
  26. ^ name="autogenerated1"
  27. ^ name="autogenerated1"
  28. ^ name="treccani1"
  29. ^ "World Cup Hall of Fame: Dino Zoff". Sports Illustrated. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2005.
  30. ^ "Dino Zoff, in esclusiva su Premium Calcio: "Buffon meglio di me? No. Sono più bravo io"" (dalam bahasa Itali). Mediaset. 17 October 2013. Dicapai pada 9 March 2017.
  31. ^ SIMONE MALAGUTTI (5 July 2012). "Zoff era pazzo" (dalam bahasa Itali). Mediaset. Dicapai pada 9 March 2017.
  32. ^ "Record e Curiosità" [Records and Trivia]. La Repubblica (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 6 May 2016.
  33. ^ "Apre ai visitatori il Dc 9 su cui volarono Pertini e Wojtyla" [It is opened to visitors the aircaft which transported Pertini and Wojtyla]. Avvenire (dalam bahasa Itali). April 4, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada April 4, 2017. Dicapai pada September 27, 2020.
  34. ^ "Aperte le visite all'aereo Dc-9 sul quale viaggiarono il presidente Pertini e Papa Wojtyla". Il Messaggero. April 8, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-27. Dicapai pada 2021-01-19.
  35. ^ "A Volandia "apre" il DC-9 di Pertini e Papa Wojtyla". Il Giorno (dalam bahasa Itali). Varese. April 8, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada April 15, 2017.
  36. ^ l.Landoni (April 4, 2017). "Volandia, apre al pubblico il Dc 9 dello scopone Mundial tra Pertini e Bearzot" [Volandia opens to the puvlic the Dc 9 of the Mundial scopone between Pertini and Bearzot]. la Repubblica. Milan. Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2019.
  37. ^ "Il Dc-9 di Pertini arrivato al museo Volandia di Milano-Malpensa". Askanews.it.
  38. ^ "A bordo del Dc-9 di Pertini e Wojtyla". Il Giornale. April 8, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-27. Dicapai pada 2021-01-19.
  39. ^ name="Italy’s towering guardian"
  40. ^ name="autogenerated1"
  41. ^ name="Italy’s towering guardian"
  42. ^ name="Italy’s towering guardian"
  43. ^ name="Italy’s towering guardian"
  44. ^ name="treccani1"
  45. ^ name="Juventus rallies around stricken legend Dino Zoff"
  46. ^ name="treccani-nazionali">Bortolotti, Adalberto; D'Orsi, Enzo; Dotto, Matteo; Ricci, Filippo Maria. "CALCIO - COMPETIZIONI PER NAZIONALI" (dalam bahasa Itali). Treccani: Enciclopedia dello Sport (2002). Dicapai pada 26 February 2020.
  47. ^ Veltroni, Walter (12 September 2015). "Zoff: "Berlusconi, Bearzot e Totti. Vi svelo tutto"". Il Corriere dello Sport (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 26 February 2020.
  48. ^ Giancarlo Mola (29 June 2000). "Italia, finale da leggenda Olanda spreca e va fuori" (dalam bahasa Itali). La Repubblica. Dicapai pada 18 May 2015.
  49. ^ Casert, Raf (30 June 2000). "Pele picks France in Euro final". CBC. Dicapai pada 26 February 2020.
  50. ^ "2000, Italia battuta in finale. L'Europeo alla Francia". Il Sole 24 Ore (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 29 January 2015.
  51. ^ Ivan Speck (4 July 2000). "Zoff resigned after attack from Berlusconi". espnfc.com. Dicapai pada 28 April 2016.
  52. ^ name="World Soccer Awards"
  53. ^ name="treccani1"
  54. ^ name="Italy’s towering guardian"
  55. ^ name="Dino Zoff - biografia">Giorgio Dell’Arti; Massimo Parrini (5 October 2008). "Dino Zoff - biografia - cinquantamila.it" (dalam bahasa Itali). Il Corriere della Sera. Dicapai pada 26 November 2016.
  56. ^ lafedequotidiana
  57. ^ "Zoff reportedly in hospital". Football Italia. 28 November 2015. Dicapai pada 23 December 2015.
  58. ^ "Dino Zoff hospitalized with viral infection". Sports Net. 28 November 2015. Dicapai pada 23 December 2015.
  59. ^ name="Nazionale in cifre"
  60. ^ Dino Zoff – Century of International Appearances
  61. ^ a b Stefano Bedeschi (28 February 2014). "Gli eroi in bianconcero: Dino Zoff" (dalam bahasa Itali). Tutto Juve. Dicapai pada 10 December 2015.
  62. ^ "Dino Zoff". Eurosport. Dicapai pada 10 December 2015.
  63. ^ "Dino Zoff" (dalam bahasa Perancis). L'Èquipe. Dicapai pada 10 December 2015.
  64. ^ "D. Zoff". Soccerway. Dicapai pada 10 December 2015.
  65. ^ "1968 team of the tournament". UEFA. 1 April 2011. Dicapai pada 29 April 2015.
  66. ^ "UEFA Euro 1980 team of the tournament". UEFA. 1 July 2011. Dicapai pada 27 March 2015.
  67. ^ Rob Moore; Karel Stokkermans (21 January 2011). "European Footballer of the Year ("Ballon d'Or")". RSSSF. Dicapai pada 23 November 2015.
  68. ^ a b "FIFA World Cup Awards: All-Star Team". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2016. Dicapai pada 22 March 2015.
  69. ^ "FIFA Order of Merit Holders" (PDF). FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-02. Dicapai pada 20 January 2015.
  70. ^ name=rsssf.com
  71. ^ name=rsssf.com
  72. ^ name=rsssf.com
  73. ^ name="World Soccer Players of the Century"
  74. ^ "UEFA Golden Player: Dino Zoff". www.uefa.com. 9 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2004. Dicapai pada 23 November 2015.
  75. ^ "Zinedine Zidane voted top player by fans" (PDF). uefa.com. UEFA. Dicapai pada 24 July 2014.
  76. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai pada 15 June 2013.
  77. ^ "Golden Foot Legends". goldenfoot.com. Golden Foot. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2015. Dicapai pada 27 March 2015.
  78. ^ "Hall of fame, 10 new entry: con Vialli e Mancini anche Facchetti e Ronaldo" [Hall of fame, 10 new entries: with Vialli and Mancini also Facchetti and Ronaldo]. La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). 27 October 2015. Dicapai pada 27 October 2015.
  79. ^ "Inaugurata la Walk of Fame: 100 targhe per celebrare le leggende dello sport italiano" (dalam bahasa Itali). Coni. 7 May 2015. Dicapai pada 26 August 2015.
  80. ^ "CNA 100 Leggende CONI per data di nascita" (PDF) (dalam bahasa Itali). Coni. Dicapai pada 23 September 2015.
  81. ^ "IFFHS Legends". IFFHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-27. Dicapai pada 14 September 2016.
  82. ^ "Dino Zoff". Dicapai pada 20 January 2015.
  83. ^ Jamie Rainbow (14 December 2012). "World Soccer Awards – previous winners". World Soccer.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2016. Dicapai pada 21 December 2015.
  84. ^ "Zoff Sig. Dino – Commendatore Ordine al Merito della Repubblica Italiana". quirinale.it (dalam bahasa Itali). 25 October 1982. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2015. Dicapai pada 19 March 2015.
  85. ^ "Zoff Sig. Dino – Grande Ufficiale Ordine al Merito della Repubblica Italiana". quirinale.it (dalam bahasa Itali). 12 July 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2015. Dicapai pada 19 March 2015.
  86. ^ name="Record e Curiosità"
  87. ^ name="Juventus rallies around stricken legend Dino Zoff"
  88. ^ name="Zoff shares Buffon record"
  89. ^ name="treccani1"
  90. ^ name="best keepers"
  91. ^ name="Italy’s towering guardian"
  92. ^ name="autogenerated1"

Pautan luar sunting