Diosdado Macapagal
Diosdado Pangan Macapagal (28 September, 1910 – 21 April 1997) adalah Presiden Republik Filipina ke-9. Dia berkhidmat sebagai Presiden dari tahun 1961 hingga tahun 1965. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden ke-6, dari tahun 1957 hingga tahun 1961. Beliau digelar sebagai Budak Miskin dari Lubao, Juara Lelaki Pertama and Orang yang jujur. Anak perempuannya, Gloria Macapagal-Arroyo berkhidmat sebagai presiden Republik Filipina dari tahun 2001 hingga tahun 2010.
Diosdado Macapagal | |
---|---|
Presiden Filipina ke-9 | |
Dalam jawatan 30 Disember 1961 – 30 Disember 1965 | |
Naib Presiden | Emmanuel Pelaez (1961-1965) |
Didahului oleh | Carlos Garcia |
Digantikan oleh | Ferdinand Marcos |
Naib Presiden Filipina ke-6 | |
Dalam jawatan 30 Disember 1957 – 30 Disember 1961 | |
Presiden | Carlos Garcia |
Didahului oleh | Fernando Lopez |
Digantikan oleh | Emmanuel Pelaez |
Anggota DPR dari Pampanga, daerah 1 | |
Dalam jawatan 1947–1957 | |
Didahului oleh | Amado Yuzon |
Digantikan oleh | Francisco Nepomuceno |
Butiran peribadi | |
Lahir | Lubao, Filipina | 28 September 1910
Meninggal dunia | 21 April 1997 Bandar Makati, Filipina | (umur 86)
Parti politik | Parti Liberal |
Pasangan | Purita de la Rosa (1938–1943) Eva Macaraeg (1946–1996) |
Anak-anak | Cielo Arturo Gloria Diosdado Macapagal, Jr. |
Alma mater | Universiti Filipina Universiti Santo Tomas |
Profesion | Peguam Ahli politik |
Tandatangan |
Macapagal adalah kelulusan dari Universiti Filipina dan Universiti Santo Tomas, selepas itu, beliau bekerja sebagai peguam dengan kerajaan. Beliau, buat pertama kalinya, memenangi pilihanraya tahun 1949 untuk berkhidmat dengan Rumah Perwakilan, mewakili daerah kelahirannnya, Pampanga. Pada tahun 1957, Macapagal dilantik menjadi Naib Presiden dalam pentadbiran Presiden Carlos P. Garcia, dan pada tahun 1961 Macapagal menewaskan Presiden Garcia untuk menjadi Presiden Republik Filipina ke 9.
Sebagai Presiden, Macapagal menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk menghapuskan gejala rasuah untuk memulihkan ekonomi Filipina yang teruk ketika itu. Macapagal juga memperkenalkan Undang undang land reform, meletakkan Matawang Filipina (pesos) pada pertukaran matawang pasaran percuma, dan meliberalkan pertukaran matawang asing and kawalan import. Akan tetapi, kesemua reform yang dilakukannya, mendapat tentangan dari Kongress yang dikuasai oleh Parti Nacionalista. Macapagal juga terkenal dalam sejarah kerana menukar tarikh sambutan hari kemerdekaan Republik Filipina dari 4 Julai kepada 12 Jun, mengambil sempena Emilio Aguinaldo dan pejuang kemerdekaan yang lain mengisytiharkan kemerdekaan dari Sepanyol pada tahun 1898. Macapagal telah ditewaskan pada tahun 1965 oleh Ferdinand Marcos, dan bermulanya pemerintahan diktatorial Marcos selama lebih kurang 20 tahun.
Diosdado Macapagal adalah keturunan Don Juan Macapagal (Putera dari Tondo) yang juga cicit kepada Raja Selurong, Raja Lakandula.[1]
Kisah Hidup
suntingPembelajaran
suntingDiosdado Macapagal dilahirkan pada 28 September, 1910 di Lubao, Pampanga, anak kedua dari empat adik beradik dalam keluarga yang miskin.[2] Ayahnya, Urbano Macapagal, adalah seorang ahli syair yang menulis dengan menggunakan bahasa dialog tempatan, dan ibunya, Romana Pangan Macapagal, adalah seorang guru sekolah yang mengajar catechism.[3] Keluarga beliau mencari rezeki dengan menternak babi dan menyewakan penumpang di rumah mereka.[3] Kerana kesusahan dan kemiskinan keluarganya, Macapagal digelar sebagai "Budak Miskin dari Lubao".[4]
Macapagal cemerlang dalam pembelajarannya di sekolah rendah tempatan, berkelulusan valedictorian di Sekolah Tinggi Lubao, dan salutatorian di Sekolah Tinggi Pampanga.[5] Beliau menamatkan kursus undang undang di Universiti Filipina, dan kemudiannya memasuki Sekolah Undang Undang Filipina dalam tahun 1932, belajar dengan biaya scholarship dan dengan bekerja separuh masa sebagai akauntan.[3][5] Semasa di sekolah undang undang, beliau mendapat populariti sebagai seorang ahli debat.[5] Akan tetapi, beliau terpaksa berhenti belajar selepas dua tahun kerana masalah kesihatan dan tidak cukup wang.[3]
Apabila beliau pulang ke Pampanga, Macapagal mengahwini Purita de la Rosa.[3] Macapagal mendapat dua orang anak hasil perkahwinan dengan De la Rosa, Cielo dan Arturo.[4]
Kareer Awal
suntingSelepas lulus peperiksaan, Macapagal dijemput untuk menyertai Firma guaman Amerika sebagai peguam terlatih.[6] Beliau telah ditugaskan sebagai setiausaha sulit kepada Presiden Manuel L. Quezon di Istana Malacañang.[5] Semasa pendudukan Jepun di Filipina semasa Perang Dunia Kedua, Macapagal bekerja di Istana Malacañang sebagai setiausaha sulit kepada President Jose P. Laurel, sambil dalam diam-diam terlibat dalam pergerakan anti-Jepun.[5]
Dalam tahun 1943, Macapagal kehilangan isteri pertamanya, Purita de la Rosa, dalam peperangan.[5] Pada tahun 1946 Macapagal berkahwin dengan Evangelina Macaraeg, dengannya Macapagal mendapat dua orang anak, Gloria dan Diosdado Macapagal Jr.[4]
Dewan Perwakilan
suntingSetelah disuruh oleh ahli-ahli politik tempatan di Pampanga, President Quirino memanggil Macapagal yang ketika itu berada di Washington untuk bertanding merebut kerusi dalam Dewan Perwakilan mewakili Daerah pertama Pampanga.[7]
Naib Presiden
suntingDalam 1957 general election, Parti Liberal, telah menyenaraikan nama Macapagal sebagai wakil Parti Liberal untuk bertanding jawatan Naib Presiden sebagai teman sepasukan Jose Yulo, Bekas Speaker Dewan Perwakilan Republik Filipina. Ini disokong kuat oleh Pengerusi Parti Liberal Eugenio Perez[7] Apabila Jose Yulo ditewaskan oleh Carlos P. Garcia dariParti Nacionalista, Macapagal telah dipilih sebagai Naib Presiden setelah menewaskan calon parti Nacionalista, Jose Laurel, Jr., dengan 8 percentage point. Sebulan selepas pilihanraya, Macapagal telah dipilih sebagai Ketua Parti Liberal.[8] Ini menjadikan Macapagal Naib Presiden Republik Filipina yang pertama dipilih dari parti lawan Presiden.
Presiden
suntingDalam Pilihanraya Presiden tahun 1961, Macapagal bertanding sebagai calon Presiden menentang Garcia yang cuba merebut peluang kedua untuk berkhidmat sebagai Presiden satu penggal lagi. Macapagal telah berjanji untuk menamatkan gejala rasuah.[3] Macapagal telah menewaskan Carlos P. Garcia dengan 55% hingga 45% margin.[4] Diosdado Macapagal mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina ke 9 pada 30 Disember, 1961.
Isu isu penting dalam era Macapagal sebagai presiden
suntingUcapan Macapagal
sunting- Inaugural Address, (30 December 1961)
- First State of the Nation Address (22 Januari 1962)
- Second State of the Nation Address (28 Januari 1963)
- Third State of the Nation Address (27 Januari 1964)
- Fourth State of the Nation Address (25 Januari 1965)
Polisi-polisi Domestik
suntingEconomy
suntingDalam ucapan pertamanya sebagai Presiden Filipina, Macapagal telah menjanjikan perubahan socio-ekonomik dengan meletakkan dasar dasar pembangunan ekonomi di tangan syarikat syarikat persendirian tanpa campurtangan kerajaan.[4]
20 hari selepas itu, matawang Filipina peso sudah dibenarkan untuk dimasukkan ke pertukaran matawang asing di pasaran.[4]
Semua usaha Macapagal telah dikongkong oleh Nacionalistas, yang menguasai Dewan Perwakilan dan senat. Akan tetapi, Macapagal telah berjaya memperbaiki ekonomi Filipina dengan baik sekali (steady economic progress), dan perkembangan naik turun GDP tahunan dianggarkan 5.15% untuk tahun 1962 hingga 65.[4]
Usaha untuk membenteras rasuah
suntingSatu daripada janji Macapagal semasa pilihanraya Presiden adalah untuk membasmi gejala rasuah dikalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mana menjadi parah sejak dari pentadbiran Presiden Garcia lagi.[9]
Penukaran Tarikh Hari Kemerdekaan
suntingMacapagal telah mengisytiharkan penukaran tarikh sambutan Hari Kemerdekaan Republik Filipina pada 12 Mei, 1962, dari 4 Julai , tarikh Filipina diberikan kemerdekaan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1946, kepada 12 Jun, tarikh dimana Emilio Aguinaldo, Presiden pertama Republik Filipina dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain mengisytiharkan kemerdekaan negara mereka dari penjajahan Sepanyol pada tahun 1898.[10] Perubahan ini menjadi kekal pada tahun 1964 dengan termeterainya Perjanjian Republik No. 4166.[11]
Polisi Luar Negara
suntingTuntutan Filipina keatas Sabah
suntingFilipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas.[12] Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.[13] Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan. [14]
Maphilindo
suntingDalam bulan Julai 1963, Presiden Diosdado Macapagal telah mengadakan summit meeting di Manila. Maphilindo telah dirancang untuk ditubuhkan untuk menrealisasikan impian Jose Rizal untuk menyatupadukan orang orang melayu dan filipina.[15]
Maphilindo adalah satu Badan regional. Akan tetapi, ia merupakan tactik kepada ahli-ahli seperti Jakarta dan Manila untuk melewat-lewatkan, atau juga menghalang, pembentukan Persekutuan Malaysia. Manila mempunyai tuntutannya terhadap Sabah (asalnya British Borneo Utara),[16] dan Jakarta membantah pembentukan Persekutuan Malaysia kerana menganggapnya sebagai salah satu cara British untuk mengekalkan kuasa di rantau ini (neocolonialism). MAPHILINDO gagal apabila Sukarno merancang konfrontasi dengan Malaysia. Konfrontasi ini bertujuan untuk menghalang Malaysia untuk kekal merdeka. Idea ini adalah inspirasi Presiden Sukarno dengan Partai Komunis Indonesia (PKI). Parti ini menghasut Presiden Sukarno bahawa pembentukan Persekutuan Malaysia adalah neo-colonization dan akan menjejaskan keamanan Indonesia. Apabila ASEAN ditubuhkan, secara tidak langsung perkara ini telah dirombak.[17]
Perang Vietnam
suntingSebelum tamat penggal tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden Filipina pada tahun 1965, Presiden Diosdado Macapagal mengarahkan Kongress untuk menghantar pasukan tentera ke South Vietnam. Akan tetapi, Idea ini telah ditolak oleh parti pembangkang yang diketuai oleh Presiden Senat Ferdinand Marcos yang menentang Macapagaldan Parti Liberal dan menyokong Parti Nacionalista.[18]
Pilihanraya midterm tahun 1963
suntingPilihanraya Senator dan pilihanraya tempatan telah diadakan pada 12 November, 1963. Pilihanraya tahun 1963 telah dikenali sebagai Pilihanraya midterm tahun 1963 kerana tarikh pilihanraya kebetulan jatuh pada penggal keempat tempoh perkhdmatan Presiden Diosdado Macapagal sebagai Presiden Filipina. Parti Liberal (LP) memenangi empat dari lapan kerusi - Ini membanyakkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh LP dan jumlah kerusi senat LP telah meningkat naik dari lapan kepada sepuluh.
Kempen Pilihanraya Presiden tahun 1965
suntingSebelum tamat penggal tempoh perkhidmatannya, Macapagal telah merancang untuk merebut peluang satu penggal lagi sebagai Presiden Filipina.[4] Dengan Presiden Senat Ferdinand Marcos, ahli Parti Liberal yang popular, Macapagal tewas dan beliau gagal untuk mendapatkan kembali nomination disebabkan re-election bid, Marcos mengalihkan sokongannya kepada Parti Nacionalista untuk menentang Macapagal.[4]
Diantara isu isu yang dibangkitkan terhadap pentadbiran Macapagal adalah Rasuah dan kenaikkan harga barangan pengguna.[4] Macapagal telah ditewaskan oleh Marcos dalam Pilihanraya Presiden tahun 1965 November 1965 polls.
Galeri
suntingPersaraan dan kematian
suntingMacapagal mengumumkan persaraannya dari arena politik selepas kekalahannya ditangan Ferdinand Marcos pada tahun 1965. Pada tahun 1971, Macapagal telah dipilih sebagai presiden constitutional convention yang mendraf perlembagaan tahun 1973. Pada tahun 1979, Macapagal menubuhkan Persatuan Pembebasan Negara sebagai satu parti politik untuk menentang rejim Ferdinand Marcos.
Apabila demokrasi telah dikembalikan di Filipina pada tahun 1986, Macapagal berkhidmat sebagai pengerusi kehormat National Centennial Commission, dan pengerusi board of CAP Life.
Dalam persaraannya, Macapagal menghabiskan masanya dengan membaca dan mengarang buku.[5] Macapagal mempublish memoirnya, mengarang sejumlah books tentang kerajaan dan ekonomi, dan menulis untuk column mingguan untuk Bulletin Manila suratkhabar.
Diosdado Macapagal meninggal dunia kerana kegagalan jantung untuk berfungsi, pneumonia dan komplikasi buah pinggang di Pusat Kesihatan Bandar Makati pada 21 April, 1997. Diosdado Macapagal dikebumikan di Libingan ng mga Bayani.
Presidential Library dan Muzium
suntingPada 28 September, 2009, Anak perempuan Diosdado Macapagal, Presiden Gloria Macapagal-Arroyo, merasmikan Muzium dan Perpustakaan Memorial Presiden Diosdado Macapagal, terletak di tanah kelahirannya, Lubao, Pampanga.[19][20]
Sambutan ulangtahun Hari Lahir Presiden Diosdado Macapagal
suntingPresident Benigno S. Aquino III mengisytiharkan bahawa pada setiap 28 September, 2010 sebagai cuti awam di Pampanga untuk memperingati hari lahir Bekas Presiden Diosdado Macapagal.[21]
Rujukan
sunting- Speeches of President Diosdado Macapagal. Manila: Bureau of Printing, 1961.
- New Hope for the Common Man: Speeches and Statements of President Diosdado Macapagal. Manila: Malacanang Press Office, 1962.
- Five Year Integrated Socio-economic Program for the Philippines. Manila: [s.n.], 1963.
- Fullness of Freedom: Speeches and Statements of President Diosdado Macapagal. Manila: Bureau of Printing, 1965.
- An Asian looks at South America. Quezon City: Mac Publishing House, 1966.
- The Philippines Turns East. Quezon City: Mac Publishing House, 1966.
- A Stone for the Edifice: Memoirs of a President. Quezon City: Mac Publishing House, 1968.
- A New Constitution for the Philippines. Quezon City: Mac Publishing House, 1970.
- Democracy in the Philippines. Manila: [s.n.], 1976.
- Constitutional Democracy in the World. Manila: Santo Tomas University Press, 1993.
- From Nipa Hut to Presidential Palace: Autobiography of President Diosdado P. Macapagal. Quezon City: Philippine Academy for Continuing Education and Research, 2002.
Lihat juga
suntingDinamakan sempena Diosdado Macapagal:
Rujukan
sunting- ^ "The Houses of Lakandula, Matanda, and Solayman (1571-1898): Genealogy and Group Identity". Philippine Quarterly of Culture and Society 18. 1990.
- ^ "Diosdado Macapagal biography". The Macapagals. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-17. Dicapai pada August 9, 2009.
- ^ a b c d e f "Common Man's President". Time. November 24, 1961. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-21. Dicapai pada August 6, 2009.
- ^ a b c d e f g h i j Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMalaya
- ^ a b c d e f g "Diosdado Macapagal". Malacañang Museum. Office of the President of the Philippines. Dicapai pada August 6, 2009.
- ^ Karnow, Stanley (1989). In Our Image: America's Empire in the Philippines. New York: Ballantine Books. m/s. 33. ISBN 0-345-32816-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ a b "Diosdado Macapagal autobiography". The Macapagals. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-17. Dicapai pada August 9, 2009.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaenc
- ^ "The Philippines: Smoke in Manila". Time. August 10, 1962. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-02. Dicapai pada August 11, 2009.
- ^ Proclamation no. 28: June 12 as Philippine Independence Day Diarkibkan 2009-10-24 di Wayback Machine in Insights on the Philippine Independence, Kalayaan 2000[pautan mati kekal], 12 June 2000, Presidential Communications Operations Office.
- ^ "Republic Act No. 4166". August 4, 1964. Dicapai pada August 5, 2009.
- ^ [1][pautan mati kekal], Come clean on Sabah, Sulu sultan urge gov't. Accessed March 1, 2008.
- ^ [2], Philippines' Claim To Sabah. Accessed February 28, 2008.
- ^ The Star (May 29, 2008). [3] Diarkibkan 2012-10-13 di Wayback Machine. The Star.
- ^ Diosdado Macapagal
- ^ Diosdado Macapagal
- ^ Diosdado Macapagal
- ^ The Philippines: Allies During the Vietnam War » HistoryNet
- ^ Youtube - Inauguration and Blessing of Pres Diosdado Macapagal Museum and Library Lubao, Pampanga
- ^ "PGMA leads the inauguration of Diosdado Macapagal Museum and Library. - Philippines News Agency". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-05. Dicapai pada 2010-11-18.
- ^ Macapagal at 100, Ambeth Ocampo, Philippine Daily Inquirer, http://opinion.inquirer.net/inquireropinion/columns/view/20100928-294839/Macapagal-at-100 Diarkibkan 2011-05-07 di Wayback Machine
Pautan luar
sunting
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Diosdado Macapagal |
- Office of the President - Diosdado Macapagal biography
- The Philippine Presidency Project - Diosdado Macapagal
- Macapagal.com - Diosdado Macapagal
- Images of Diosdado Macapagal Diarkibkan 2011-07-14 di Wayback Machine
Kerusi dewan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Amado Yuzon |
Anggota Dewan Perwakilan dari daerah ke-1 Pampanga 1947–1957 |
Diikuti oleh: Francisco Nepomuceno |
Jawatan politik | ||
Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh Carlos Garcia |
Naib Presiden Filipina 30 Disember 1957 – 30 Disember 1961 |
Diikuti oleh: Emmanuel Pelaez |
Didahului oleh Carlos Garcia |
Presiden Filipina 30 Disember 1961 – 30 Disember 1965 |
Diikuti oleh: Ferdinand Marcos |
Jawatan parti politik | ||
Didahului oleh Eugenio Perez |
Presiden Parti Liberal 1957–1961 |
Diikuti oleh: Ferdinand Marcos |
Naib Presiden Filipina |
|
Osmeña | Quirino | Lopez | Garcia | Macapagal | Pelaez | Lopez | Tolentino | Laurel | Estrada | Arroyo | Guingona | De Castro | Binay | Robredo | Duterte |