Dipeptida ("dua asid amino") ialah sejenis sebatian organik yang terdiri daripada dua asid amino yang sama atau berlainan. Bergantung kepada jenis asid amino asal, suatu dipeptida boleh membentuk dua isomer. Beberapa dipeptida adalah penting daripada aspek fisiologi dan komersial.[1]

Dipeptida paling ringkas, glisilgisina.

Dipeptida ialah pepejal putih, dan kebanyakannya jauh lebih larut dalam air berbanding asid amino asal.[1] Dipeptida Ala-Gln sebagai contoh, memiliki nilai keterlarutan air sebanyak 586 g/L, 10 kali ganda keterlarutan Gln (35 g/L). Dipeptida juga boleh memiliki kestabilan berbeza seperti dalam hal hidrolisis. Sifat hidrolisis dan keterlarutan air tinggi dipeptida diguna pakai dalam infusi untuk memberi nutrisi.[2]

Contoh-contoh dipeptida adalah seperti di bawah, dan memiliki kepentingan komersial:[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Yagasaki M, Hashimoto S (November 2008). "Synthesis and application of dipeptides; current status and perspectives". Applied Microbiology and Biotechnology. 81 (1): 13–22. doi:10.1007/s00253-008-1590-3. PMID 18795289.
  2. ^ a b Fürst P, Pogan K, Stehle P (1997). "Glutamine dipeptides in clinical nutrition". Nutrition. 13 (7–8): 731–7. doi:10.1016/S0899-9007(97)83035-3. PMID 9263278.