Dirian tangan (gimnastik)
Dirian tangan (bahasa Inggeris: handstand ) adalah satu kedudukan berdiri tegak tetapi secara songsang, dengan tangan di atas lantai dan kaki di udara. Kedudukan tangan berjauhan selebar bahu, tetapi terdapat kelainan yang tertentu. Dirian tangan asas mempunyai kaki yang ditegakkan dengan lutut tiada dibengkokkan, tetapi turut mempunyai kelainan yang pelbagai. Untuk mempamerkan satu dirian tangan memerlukan kekuatan badan bahagian atas.
Dalam gimnastik, dirian tangan merupakan pergerakan asas, dan perlu dimahiri agar dapat mempelajari pelbagai kemahiran berasaskannya, kerana sebahagian kelainan dirian tangan dilakukan pada setiap perkakasan gimnastik, dan banyak kemahiran menjatuhkan badan melalui kedudukan dirian tangan semasa pelaksanaannya.
Dalam yoga pula, dirian tangan dikenali sebagai Adho Mukha Vrksasana (gaya pokok menghadapi ke bawah). Junam dirian tangan merupakan salah satu daripada kategori yang utama dalam junam platform bersaingan yang memerlukan permulaan dengan posisi dirian tangan di atas papan. Tambahan pula, dirian tangan sering digunakan untuk mempersembahkan tarian breakdance, pertandingan kesihatan fizikal, sarkas, gerak akrobatik, kumpulan penyorak, capoeira dan seni silat.
Kedudukan pergerakan
suntingDirian tangan tegak statik yang asas, dengan kaki yang tegak, terdiri daripada lima isi utama untuk posturnya:
- Lengan terkunci — Kedua-dua tapak tangan diletak datar di atas lantai dengan jarak lebar bahu, dan kedua-dua siku dikunci semasa memeliharakan tangan yang tegak.
- Kepala terdongak — Muka bukan menghadapi lantai, tetapi menghadapi terus ke hadapan seolah-olah ketika berdiri tegak.
- Pinggul cengkung — Pinggul ditolak melepasi pusat graviti untuk menghalang tulang belakang daripada melengkung; jika dilaksanakan ketika berbaring mendatar di atas lantai, postur ini akan memeliharakan sentuhan antara pelvis dengan lantai.
- Kaki terkunci — Kedua-dua lutut dikunci, dengan kaki-kaki tertutup dan tegak.
- Jari kaki runcing — Kedua-dua kaki dikunci bersama-sama, dengan jari kaki ditunjuk terus ke atas dan dikekalkan sebagai titik tertinggi.
Kelainan-kelainan dirian tangan yang menggunakan radas akan memerlukan penyimpangan daripada postur-postur piawai ini untuk memeliharakan keseimbangan.
Kelainan
suntingKelainan-kelainan popular untuk dirian tangan termasuk posisi dengan:
- kedua-dua kaki dilunjurkan dalam split tepi atau depan;
- kaki-kaki yang dibengkokkan dalam split depan ("split lelaki"), dengan belakang badan yang amat dilengkungkan;
- kaki-kaki yang dibengkokkan sedikit dengan jari kaki menyentuhi belakang kepala; dan
- dirian sebelah tangan.
Penari-penari dalam komuniti breakdance menggunakan banyak kelainan dirian tangan seperti freeze dan tendangan sebelah tangan.
Tekan tubi dirian tangan yang menaikkan dan menurunkan badan semasa membuat dirian tangan merupakan ujian untuk kekuatan bahagian tubuh atas. Perenang-perenang kekadang membuat dirian tangan di dalam air melalui berguling-guling ke depan, meletakkan tangan pada lantai kolam, lalu melunjurkan kaki ke atas permukaan air. Dirian tangan dalam air boleh dijadikan permainan atau pertandingan antara perenang-perenang untuk menentukan siapa yang dapat mengekalkan dirian tangan yang paling lama.
Semasa membelajari dirian tangan, amalan yang paling biasa ialah untuk mengekalkan postur dengan bantuan dinding atau permukaan yang lain sebagai topang untuk imbangan.
Risiko
suntingDirian tangan merupakan postur yang agak selamat jika dibuat dengan betul dan merupakan pengganti yang cemerlang untuk dirian kepala; jika boleh, jangan membuat perubahan daripada dirian kepala kepada dirian tangan. Terdapat risiko yang tertentu terhadap mereka yang mempunyai keadaan darah berkait seperti tekanan darah tinggi. Bagi kumpulan-kumpulan ini, keterbalikan yang lebih mudah seperti postur "kaki ke atas dinding" merupakan pengganti yang sesuai.
Pautan luar
sunting- Vrikshasana - Der Handstand - gambar-gambar yang menunjukkan bagaimana membuat dirian tangan (bahasa Jerman)