Diriliş: Ertuğrul

Diriliş: Ertuğrul ("Kebangkitan Ertuğrul", tajuk antarabangsa dalam bahasa Inggeris: Resurrection: Ertuğrul)[1] adalah sebuah drama televisyen cereka sejarah [2] dan pengembaraan Turki yang diterbitkan oleh Mehmet Bozdağ untuk TRT, yang dibintangi oleh Engin Altan Düzyatan sebagai Ertuğrul Bey. Drama ini disetkan pada kurun ke-13 dan berdasarkan kisah hidup Ertuğrul, bapa Osman I, pengasas empayar Uthmaniyah.

Diriliş: Ertuğrul
Genre
Berdasarkan daripada
Ertuğrul
PenciptaMehmet Bozdağ
PengarahMetin Günay
Dibintangi oleh
PenggubahZeynep Alasya
Alpay Göltekin
Negara asalTurki
BahasaTurki
Bilangan musim5
Bilangan episod150 (448 di Netflix) (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifKemal Tekden
LokasiRiva, Istanbul, Turki
Tempoh siaran105–165 minit (Netflix 42–44 minit) (PTV Home 45-47 minit)
Syarikat penerbitan
Tekden Film
Penyiaran
Saluran asalTRT 1
Format gambar1080i (16:9 HDTV) 4K UHD
Format audio5.1 Surround Sound
Siaran asal10 Disember 2014 (2014-12-10) – 29 Mei 2019 (2019-05-29)
Kronologi
Diikuti olehKuruluş: Osman
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan Tekden Film

Siri drama ini melakukan penggambaran di Riva, sebuah kampung yang terletak dalam daerah Beykoz di Istanbul, Turki, dan ditayangkan di TRT 1 di Turki pada 10 Disember 2014. Ia ditayangkan untuk lima musim sehingga 29 Mei 2019. Drama ini ditulis oleh Mehmet Bozdağ dan diarahkan oleh Metin Günay.

Drama ini menerima sambutan yang baik di beberapa negara lain seperti Pakistan dan Azerbaijan,[3] bagaimanapun beberapa negara dunia Arab menyekat tayangannya dan fatwa-fatwa dikeluarkan untuk menentangnya.[4][5][6] Drama ini juga dikritik kerana dianggap mempunyai agenda politik untuk kerajaan Turki.

Plot sunting

Ertrugrul adalah seorang pahlawan nomad Muslim Turkik yang hidup pada kurun ke-13 dari Asia Tengah.[7] Dikelilingi oleh orang Mongol di timur dan puak Salibi dan Byzantium di barat; sepertimana puak-puak Turkik lain, puak Ertrugrul juga dihimpit ke arah barat oleh Mongol.[7] Ertrugrul dan puak Turkmen beliau berjuang untuk mendapatkan sebuah tanahair, yang mana kemudian diasaskan oleh anak lelaki Ertrugrul, Osman sebagai empayar Uthmaniyyah. Siri TV Ertrugrul cuba untuk menggambarkan satu keadaan kehidupan komuniti Turkik Asia dan budaya Muslim.[7]

Musim 1 sunting

Süleyman Şah, Bey dari puak Kayı telah menghantar anak lelaki beliau, Ertuğrul, untuk meminta tanah daripada Emir Aleppo. Permintaan ini hampir mustahil apabila Kayı terlibat dalam satu siri masalah dengan Templars selepas menyelamatkan Şehzade Numan, Halime Sultan, dan Şehzade Yiğit di sebabkan seorang pembelot di istana Emir, Nasir, yang bersekongkol dengan Templars tetapi kemudian dibunuh oleh Ertuğrul dan kebenaran ditunjukan kepada Emir. Satu masalah juga muncul dengan Kurdoğlu Bey, adik angkat lelaki kepada Süleyman Şah, yang menginginkan jawatan Beylik dari abang beliau dengan bantuan Selcan Hatun, kakak angkat dan kakak ipar kepada Ertuğrul, yang ingin membalas dendam ke atas Süleyman Şah di atas kematian bapa beliau yang telah mengkhianat, Alptekin Bey. Ertuğrul, yang mencintai Halime, telah mengahwini beliau selepas menempuh banyak halangan. Suami Selcan, Gündoğdu, menjadi amarah akan tindakan-tindakan Ertuğrul tetapi akhirnya menjadi tenang dan menyokong adik beliau. Menghampiri penghujung musim, Kurdoğlu telah dipancung, Ertuğrul berjaya mengalahkan Templars dan menawan istana kota mereka, manakala Selcan pula telah bertaubat. Ia diikuti dengan kematian Süleyman Şah dan penghijrahan puak Kayi ke Erzurum bagi memenuhi wasiat Süleyman Şah sebelum beliau meninggal dunia.

Musim 2 sunting

Puak Kayı, yang kini mendiami Erzurum, mencari perlindungan dengan Dodurga selepas Mongol, yang diketuai oleh Baycu Noyan, membunuh beramai-ramai separuh daripada anggota puak Kayi. Ini mengakibatkan Ertuğrul berdepan dengan Tuğtekin, sepupu beliau, yang mencemburui beliau bersama-sama dengan Gündoğdu yang sekali lagi terkeliru dengan ancaman besar dalam puak Dodurga; Aytolun dan abang beliau Gümüştekin. Aytolun telah mengahwini bapa Tuğtekin, Korkut Bey, oleh itu beliau boleh membantu Gümüştekin menjadi margrave untuk kesemua puak Turkmen dengan bantuan Emir Sadettin selepas membunuh Korkut. Hanya Selcan yang sedar akan ancaman ini dan secara konsisten memberi amaran kepada Gündoğdu, yang mana mengabaikan amaran beliau ekoran kesalahan lampau. Bersama-sama rancangan ini, Kocabaş, seorang alp di bawah Tuğtekin yang mana bekerja untuk Baycu Noyan, telah menjadikan Tuğtekin untuk menentang Ertuğrul; oleh itu mengakibatkan hubungan mereka semakin memburuk sebelum Kocabaş berjaya dibunuh oleh Ertuğrul, dan hubungan beliau dengan Tuğtekin secara beransur-ansur semakin pulih. Aytolun dan Gümüştekin dibunuh selepas pengkhianatan mereka terdedah apabila aduan Selcan didengari dan Korkut juga meninggal dunia. Noyan sepatutnya terbunuh ditangan Ertuğrul selepas kematian Tuğtekin dan puak terpecah apabila 1000 berhijrah ke Ahlat bersama dengan Gündoğdu manakala 400 berhijrah ke Anatolia Barat bersama dengan Ertuğrul.

Musim 3 sunting

Kayi, puak pendatang baharu dan miskin berdepan dengan Ural, seorang pedagang veteran yang kaya dari puak Çavdar. Meskipun Ural bukanlah seorang Bey dalam puak beliau, beliau berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kuasa, menjadi cemburu terhadap puak apabila perkara baik terjadi pada puak kecil ini. Sementara itu, Templars yang telah menyusup masuk ke dalam Hanlı Pazar, diketuai oleh Hancı Simon, berusaha untuk membalas dendam dan membunuh Ertuğrul ata apa yang telah beliau lakukan kepada Templars beberapa tahun sebelumnya. Ertuğrul mengalahkan Hancı Simon dan menawan Hanlı Pazar, mengakibatkan Ural menjadi lebih cemburu. Apabila Ural dituduh telah membunuh Tekfur dari Karacahisar, Andros, dan membawa masalah kepada Kayı, Ural dihukum mati, bagaimanapun, beliau diselamatkan oleh Emir Sadettin dengan tipu daya. Selepas kematian Candar, Bey dari puak Çavdar, yang juga merupakan bapa Ural, Ural meminta bantuan daripada Tekfur Karacahisar baharu, Vasilius, yang ingin mengusir orang-orang Turk dari tanah beliau, akan tetapi terbunuh di tangan Ertuğrul dalam cubaan beliau untuk menjadi Bey bagi puak Çavdar. Apabila Vasilius cuba untuk menyerang hendap Sultan dari Selçuk, beliau gagal dan dibunuh oleh Ertuğrul. Di sebabkan kejayaan ini, Sultan menjadikan Ertuğrul sebagai Uç Bey dan ini menaikan amarah Emir Sadettin, yang berikrar untuk menamatkan riwayat Ertuğrul. Pada penghujung musim, Ertuğrul terperangkap dalam satu serang hendap yang diatur oleh Tekfur Karacahisar baharu, Ares.

Musim 4 sunting

Ertuğrul dipercayai telah meninggal dunia meskipun sebenarnya beliau telah ditangkap oleh beberapa pedagang hamba. Sementara itu, Emir Sadettin berjaya menyakinkan Dündar, adik lelaki bagi Ertuğrul dan Bey Kayı baharu, untuk menjual Hanlı Pazar dan berpindah kembali untuk menyertai puak Gündoğdu tetapi terhenti ekoran kepulangan Ertuğrul dan diusir dengan serta merta. Selepas anak lelaki Ertuğrul, Gündüz diculik, Ertuğrul mengistiharkan perang ke atas Karacahisar dan berjaya menawannya. Berikutan tertangkapnya Ares, Ertuğrul membawa beliau mengadap Sultan dan meberitahu beliau untuk mengaku kepada Sultan berkenaan perbuatan jahat yang dilakukan oleh Sadettin Köpek. Rancangan ini hampir berjaya tetapi Köpek telah diselamatkan oleh permaisuri Sultan, Mahperi, dan ini mengakibatkan satu peristiwa yang mengubah Ares, yang kemudian dibunuh oleh Noyan, menjadi seorang Muslim. Tidak lama selepas itu, Sultan diracun sehingga mati dan peningkat pengaruh kuasa Köpek di dalam istana mencetus masalah kepada Sultan baharu, Gıyaseddin. Gıyaseddin bersekutu dengan Ertuğrul dan dengan bantuan Hüsamettin Karaca, Köpek mati dipenggal. Halime meninggal dunia semasa melahirkan anak lelaki ketiga dan bongsu kepada Ertuğrul - Osman yang diramalkan. Selepas ini, Ertuğrul berhadapan dengan kepulangan Noyan tetapi tidak berjaya mengalahkan beliau dan adik perempuan beliau yang licik, Alangoya, yang cuba untuk membunuh Osman. Noyan bersedia untuk sebuah pertempuran, dalam sejarah dikenali sebagai Pertempuran Köse Dağ, dan puak Kayı berpindah ke Söğüt.

Musim 5 sunting

Setelah 10 tahun berada di Söğüt, dalam sebuah negeri Selçuk yang dikawal oleh Mongol, Ertuğrul berhadapan dengan ramai komander Mongol termasuk Alıncak dan Subutai, selain para pembunuh upahan Selçuk yang bekerja dengan Mongol, Beybolat. Beybolat menyamar dengan menggunakan nama, Albastı, dan beliau tiba selepas kematian bapa beliau, Umur Bey, Bey dari puak Umuroğlu, yang dihantar untuk menjadi pengutip cukai baharu di Söğüt. Umur Bey telah dibunuh oleh seorang komander Byzantium, Dragos, yang menyamar sebagai Söğüt Zangoç (Pembunyi loceng), yang ingin mengambil alih bandar. Beybolat, yang mengantikan bapa beliau, dan Dragos, yang menguasai istana kota Lefke selepas membunuh Tekfur Yannis yang tidak bersalah, membawa banyak masalah kepada Ertuğrul termasuk membolehkan Beybolat mengawal Söğüt untuk sementara waktu. İlbilge, adik perempuan Beybolat, merupakan satu-satunya ahli keluarga yang menyokong keadilan, di mana dengan bantuan beliau, Ertuğrul telah berjaya mengalahkan dan membunuh kedua-dua Beybolat dan Dragos. Setelah kematian Beybolat, Ertuğrul berdepan dengan Arikbuka, seorang pengintip dan saudara kandung Alıncak yang ditakuti, bersama-sama dengan pengintip, Qiyat, yang bekerja untuk Hulagu melawan Berke, sekutu Ertuğrul dan Han untuk Golden Horde. Musim tamat dengan kematian Arikbuka dan Qiyat selain perkahwinan Ertuğrul dengan İlbilge Hatun.

Sekuel sunting

Siri ini diteruskan dengan Kuruluş: Osman yang mana berlaku selepas pemergian Ertuğrul ke Konya dan Dündar kembali ke puak Kayi. Siri baharu bermula pada November 2019 dan memfokuskan pada anak lelaki Ertuğrul, Osman Bey, berdasarkan pada Osman I, pengasas empayar Uthmaniyyah. Ia kini mempunyai dua musim dan masih berterusan setakat tahun 2021.

Episod sunting

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
126[a]10 Disember 2014 (2014-12-10)17 Jun 2015 (2015-06-17)TRT 1
235[b]30 September 2015 (2015-09-30)8 Jun 2016 (2016-06-08)
330[c]26 Oktober 2016 (2016-10-26)14 Jun 2017 (2017-06-14)
430[d]25 Oktober 2017 (2017-10-25)6 Jun 2018 (2018-06-06)
529[e]7 November 2018 (2018-11-07)29 Mei 2019 (2019-05-29)[8]
Nota
  1. ^ 76 di Netflix
  2. ^ 103 di Netflix
  3. ^ 91 di Netflix
  4. ^ 90 di Netflix
  5. ^ 88 di Netflix

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Menon, Pradeep (9 July 2020). "Resurrection: Ertuğrul, currently on Netflix, far exceeds its reputation as a 'Turkish Game of Thrones'". Firstpost. Dicapai pada 5 July 2021.
  2. ^ Ahmad, Zeeshan (18 May 2020). "'Diriliş: Ertuğrul': Are we fans of aspirational history or quality television?". The Express Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 May 2020.
  3. ^ "Azerbaijanis in love with historical Turkish TV series". Anadolu Agency (28 November 2019). Dicapai pada 11 May 2020.
  4. ^ Hoda, Ayesha (24 February 2020). "Diriliş: Ertuğrul Banned in Egypt but the Turkish Soap Remains Popular, Here's Proof". Masala. Dicapai pada 21 April 2019.
  5. ^ Şafak, Yeni (30 October 2020). "Following in UAE, Saudi footsteps, Egypt issues fatwa banning Turkish TV series". Yeni Şafak. Dicapai pada 30 October 2020.
  6. ^ Daur, Naya (22 April 2020). "Jamia Binoria Issues Fatwa Against 'Ertugrul' Following PM's Orders To Telecast It On PTV". Dicapai pada 30 October 2020.
  7. ^ a b c "Why A Medieval Nomad Is In Vogue Today". www.speakingtree.in. Dicapai pada 2021-10-02.
  8. ^ Haberler, T. R. (24 March 2019). "Diriliş Ertuğrul ne zaman bitiyor! İşte Diriliş Ertuğrul'un final yapacağı tarih..." trhaberler.com/dirilis-ertugrul-ne-zaman-bitiyor-iste-dirilis-ertugrulun-final-yapacagi-tarih-haber-377974 (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 29 October 2020.

Pautan luar sunting

Templat:Diriliş: Ertuğrul