Disney+ Hotstar (dikenali hanya sebagai Hotstar[a]) ialah sebuah perkhidmatan OTT penstriman beserta video atas permintaan India yang dimiliki oleh Disney Star yang juga merupakan anak syarikat kepada The Walt Disney Company.[2] Ia dilancarkan sebagai Hotstar sejak 2015, sebelum pemerolehan Hotstar oleh Disney pada April 2020.[3] Di India, perkhidmatan ini digunakan lebih kurang 300 juta pengguna aktif.[2]

Disney+ Hotstar
Kawasan yang dipasarkanIndia, Amerika Utara, United Kingdom, Dunia Arab, dan beberapa bahagian negara di Asia Tenggara
(versi mungkin berbeza)
(lihat negara yang dilancarkan)
PresidenSunil Rayan
IndustriPenstriman
ServisPenstriman video atas permintaan
PemilikThe Walt Disney Company India
IndukNovi Digital Entertainment (Disney Star)
Laman webwww.hotstar.com
Kedudukan Alexapositive decrease 251 (12 Jun 2020)[1]
Jenis laman webPlatform OTT
Dilancarkan11 Februari 2015 (2015-02-11)
Status terkiniAktif
Logo pertama Hotstar dari 2015 sehingga 2020.

Pada Februari 2020, setelah pemerolehan induk Star India, 21st Century Fox, oleh Disney pada 2019, Disney mengumumkan rancangan integrasi perkhidmatan video atas permintaan Disney+ dengan Hotstar pada April 2020, untuk memanfaatkan infrastruktur dan pengguna Hotstar. Pada 3 April 2020, platform tersebut digabungkan dengan Disney+.[4]

Disney+ Hotstar juga terdapat di negara di luar India, iaitu, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Manakala, negara di Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Dunia Arab, dan Singapura pula hanya didatangkan dengan perkhidmatan penstriman Hotstar sahaja. Di Malaysia, perkhidmatan ini mula beroperasi pada 1 Jun 2021 dengan menyiarkan kandungan dari Disney dan puluhan filem tempatan.[5]

Ketersediaan sunting

Pada Ogos 2019, CEO Disney Bob Iger menyatakan bahawa akan ada perancangan untuk mengembangkan Hotstar ke Asia Tenggara.[6] Pada Ogos 2020, ia telah diumumkan bahawa Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Indonesia pada 5 September 2020, menandakan pengembangan pertama perkhidmatan yang disatukan di luar India.[7] Pada 19 Oktober 2020, Star India mengumumkan pelancaran Hotstar di Singapura, pada 1 November 2020.[8] Pada 25 Februari 2021, ia telah dilaporkan bahawa Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Malaysia dan Thailand pada 2021.[9] Perkhidmatan ini dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021,[10] dan dijadualkan akan dilancarkan di Thailand pada 30 Jun.[11]

Dilancarkan sebagai Disney+ Hotstar
Tarikh keluaran Negara/Wilayah Rakan kongsi keluaran
11 Februari 2015[b]   India Tiada
5 September 2020[7]   Indonesia Telkomsel
1 Jun 2021[10]   Malaysia Astro
30 Jun 2021[11]   Thailand AIS[12]
2022[9]   Vietnam
Dilancarkan sebagai Hotstar
Tarikh keluaran Negara/Wilayah Rakan kongsi keluaran
4 September 2017   Amerika Syarikat Hulu[c]
  Kanada Tiada
13 September 2018   United Kingdom
1 November 2020[8]   Singapura StarHub

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ di Kanada, Singapura dan United Kingdom
  2. ^ Dahulu dikenali sebagai Hotstar dan dijenamakan semula sebagai Disney+ Hotstar pada 3 April 2020
  3. ^ Kandungan di dalam Hotstar telah digabungkan ke platform penstriman ini pada 1 September 2021

Rujukan sunting

  1. ^ "Hotstar.com Site Overview". Alexa Internet. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2020. Dicapai pada 5 April 2020.
  2. ^ a b "Disney+ goes live for 'small number' of Hotstar users in India". Digital TV Europe (dalam bahasa Inggeris). 12 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2020. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  3. ^ Grater, Tom; Grater, Tom (31 Mac 2020). "Disney+ To Launch In India On April 3 After Short Delay". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 September 2020.
  4. ^ "Disney debuts its streaming service in India". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). 2 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  5. ^ Georgie Joseph (4 Mei 2021). "Penstriman Disney+ Hotstar bakal dilancar, tayang produk tempatan". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  6. ^ "Disney Plans Southeast Asia Expansion for Hotstar". NDTV Gadgets 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2019. Dicapai pada 7 Ogos 2019.
  7. ^ a b Frater, Patrick (5 Ogos 2020). "Disney Plus Hotstar to Launch in Indonesia in September". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Ogos 2020.
  8. ^ a b "Star India to launch Hotstar in Singapore on November 1". OnlyTech. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  9. ^ a b "Disney+Hotstar expected to end 2021 with 50 million subscribers". indiantelevision.com. 25 Februari 2021. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  10. ^ a b Frater, Patrick (3 Mei 2021). "Disney Plus Hotstar to Launch in Malaysia With Local Content Component". Variety. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  11. ^ a b Datta, Lisa Richwine, Tiyashi (13 Mei 2021). "Disney's streaming growth slows as pandemic lift fades, shares fall". Reuters. Dicapai pada 14 Mei 2021.
  12. ^ Frater, Patrick (19 Mei 2021). "Disney Plus Hotstar Expected to Launch Next in Thailand, in Partnership With Telco Giant AIS (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada 19 Mei 2021.

Pautan luar sunting