Hong Kong Disneyland

(Dilencongkan dari Disneyland Hong Kong)

.

Taman tema Disney
Fail:Hong Kong Disneyland Logo.png

Pertunjukan bunga api di Disneyland Hong Kong
Hong Kong Disneyland
Lokasi Penny's Bay, Pulau Lantau, Hong Kong
Dibuka 12 Sepetember 2005
Taman peranginan Hong Kong Disneyland Resort
Tema Magic Kingdom
Laman web Hong Kong Disneyland Homepage
Pengendali Hong Kong International Theme Parks
Hong Kong Disneyland
Cina Tradisional: 香港迪士尼樂園
Cina Ringkas: 香港迪士尼乐园
Aliran Disneyland Resort Line MTR Hong Kong yang mengangkut penumpang ke Hong Kong Disneyland

Hong Kong Disneyland (Bahasa Cina: 香港迪士尼樂園) ialah taman tema pertama dalam Hong Kong Disneyland Resort dan dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Hong Kong International Theme Parks.

Hong Kong Disneyland, iaitu taman kelima yang bergaya Magic Kingdom, terletak di atas tanah tebus guna di Penny's Bay, Pulau Lantau. Setelah bertahun-tahun menjalani rundingan dan pembinaan, taman ini dibuka pada 12 September 2005. Pihak Disney cuba mengelakkan masalah pertembungan budaya dengan menerapkan unsur-unsur budaya, adat resam, dan tradisi Cina ketika mereka bina resort ini, termasuk mematuhi hukum feng shui. Contohnya, sebatang lengkuk diletakkan pada laluan pejalan kaki berhampiran pintu masuk Hong Kong Disneyland Resort agar qi yang bagus tidak mengalir ke Laut China Selatan. [1]

Taman ini terdiri daripada empat kawasan bertema yang serupa dengan taman Disneyland yang lain, iaitu Main Street, U.S.A., Fantasyland, Adventureland dan Tomorrowland. Para penghibur di taman tema ini bertutur dalam bahasa-bahasa Inggeris, Kantonis dan Mandarin. Peta panduan juga disediakan dalam tulisan Cina tradisional dan ringkas, dan juga bahasa-baahsa Inggeris, Perancis dan Jepun.

Taman ini boleh menampung 34,000 pelawat sehari[2], sebagai taman Disneyland terkecil di dunia.

Kawasan bertema sunting

Taman ini terdiri daripada empat kawasan bertema klasik, iaitu Main Street, U.S.A., Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland. Pada tahun 2014, Hong Kong Disneyland bakal merangkumi sejumlah tujuh kawasan bertema selepas ditambah Grizzly Trail, Mystic Point dan Toy Story Land, yang diumumkan untuk rancangan peluasan Hong Kong Disneyland.

Main Street, U.S.A. sunting

Adventureland sunting

Fantasyland sunting

Tomorrowland sunting

Grizzly Gulch sunting

  • Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars
  • Grizzly Gulch geysers play area

Mystic Point sunting

  • Mystic Manor
  • Garden of Wonders
  • The Storytellers Sandbox

Toy Story Land sunting

  • Toy Soldiers Parachute Drop
  • Slinky Dog ZigZag Spin
  • RC Racer

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.disneylandreport.com/disneysecrets/hong_kong_disneyland_secrets/hong_kong_disneyland_feng_shui_secrets_facts.html
  2. ^ Chan, Carrie (December 20, 2007). "Disney ups intake for new year". Hong Kong Standard. Dicapai pada 2007-03-19.

Pautan luar sunting

Koordinat: 22°18′48″N 114°02′36″E / 22.31333°N 114.04333°E / 22.31333; 114.04333