Distopia

komuniti atau masyarakat yang tidak diingini atau menakutkan

Distopia (bahasa Yunani: δυσ-, "buruk, sakit", dan τόπος, "tempat, landskap") ialah gagasan tentang sesuatu masyarakat tertindas dan terkawal yang seringnya bertopengkan utopia, sebagaimana diperihalkan dalam buku-buku seperti Brave New World dan Nineteen Eighty-Four. Masyarakat distopia menonjolkan berbagai-bagai jenis sistem kawalan sosial yang menindas serta juga berbagai-bagai bentuk pemaksaan, baik yang aktif mahupun yang pasif. Gagasan dan karya tentang masyarakat distopia sering memeriksa dengan teliti konsep penyalahgunaan teknologi dan penganiayaan, baik secara individu mahupun secara kelompok, manusia yang tidak berupaya mengatasi teknologi yang telah maju dengan lebih pantas daripada perkembangan manusia sejagat. Masyarakat distopia sering dibayangkan sebagai negara polis, dengan kuasa yang tidak terbatas terhadap warganya.