Divisyen ke-11 India

Divisyen ke-11 Tentera British India (11 Divisyen India) adalah sebuah divisyen dalam Tentera British India yang menjadi sebagai daripada III Kor Tentera British India yang diperintah oleh Markas Gerakan Tanah Melayu (Malaya Command). Semasa Pertempuran Malaya 11 Divisyen India dipertanggungjawabkan dengan pertahanan sebelah utara Semenanjung Tanah Melayu, khususnya bahagian sempadan dengan Thailand.

Sejarah sunting

11 Divisyen India ditubuhkan pada 15 September 1940 di Kuala Lumpur dan menjadi Markas Pasukan Kawasan Utara (Force HQ Northern Area). Pada 12 Oktober 1940, pasukan ini dinamakan semula sebagai Divisyen ke-11 Infantri India dan Markas Pasukan Kawasan Utara. Pada 16 April 1941, pasukan ini sekali lagi diubahkan namanya menjadi Divisyen ke-11 Infantri India (nama Markas Pasukan Kawasan Utara digugurkan).

Untuk tempoh 15 September 1940 hingga 15 April 1941, 11 Divisyen India diletakkan di bawah perintah Markas Gerakan Tanah Melayu (Malaya Command) (Lt. Jen. A. E. Percival) tetapi mulai 16 April 1941 Divisyen ini diletakkan di bawah penguasaan III Kor India (Lt. Jen. Lewis Heath).

11 Divisyen India diperintah oleh Mejar Jeneral Murray-Lyon dari tarikh penubuhannya sehingga ia dipecat oleh Lt. Jen. Percival. Kepimpinan 11 Divisyen India kemudiannya dipangku oleh Brig. A.C.M. Paris sebelum diambil alih oleh Billy Key.

11 Divisyen menyerah diri kepada Tentera Jepun pada 15 Februari 1942 bersama-sama dengan 130,000 orang askar Komanwel apabila Jeneral Percival bersetuju menyerah diri tanpa syarat kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita.

11 Divisyen India terlibat dalam kempen selama 10 minggu untuk cuba menyekat kemaraan Tentera Jepun dari bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. 11 Divisyen adalah formasi tentera pertama bertempur dengan Tentera Jepun di Malaya apabila Jepun memulakan serangan pada 8 Disember 1941. 11 Divisyen mengalami kemalangan jiwa yang tinggi dalam Pertempuran Jitra, Pertempuran Gurun dan kemudiannya Pertempuran di Slim River.

Selepas pertempuran sengit semasa Pertempuran Muar, 11 Divisyen India terpaksa berundur ke Singapura dan bergabung dengan 9 Divisyen India. Briged ke-8 India dari divisyen ini bertempur hingga saat-saat terakhir sebelum kejatuhan Singapura.

Pertempuran Jitra sunting

Sebab Kekalahan Pertempuran Jitra sunting

Sebab utama kekalahan adalah tentera India dan British dalam 11 Divisyen India tidak diberikan latihan mencukupi dalam peperangan hutan walaupun sudah lebih satu tahun ditubuhkan Mej. Jen. Murray-Lyon tidak menegaskan latihan mencuckupi untuk anggota-anggota pasukannya di dlama peperangan hutan.

Perancangan pertahanan yang disediakan oleh Murray-Lyon juga tidak menyeluruh. Kedudukan pertahanan 11 Divisyen terlalu lemah – garisan pertahanan hadapan pasukan ini merentasi kawasan sejauh 7 batu, dengan hanya menggunakan 2 briged. Satu batalion juga diletakkan secara terasing tanpa diberikan atau memberikan bantuan sesama. Dua batalion lagi ditempatkan di laur kawasan pertahanan tanpa diberikan pertahanan anti-kereta kebal. Langkah ini sungguh mencari nahas.

Sepatutnya Murray-Lyon membuatkan garisan pertahanan yang dimampatkan dan diaturkan dengan cara “in depth” dan pertahanan keliling. Sebaliknya terdapat ruang di antara garisan pertahanan 6 Briged dan 15 Briged yang membolehkan tentera Jepun menyusup masuk dan membelakangi pasukan pertahanan British.

Susunan Perang Pada 10 Disember 1941 sunting

  • Unit Sokongan
    Rejimen Ke-3 Kavalri India
    Batalion Pertama Rejimen infantri Bahawalpur
    Rejimen Medan Ke-137 Royal Artillery
    Rejimen Medan 155 Regiment RA
    Rejimen Gunung Ke-22 Rejimen Artileri India
    80th Anti-Tank Regiment Royal Artillery
    3 Kompeni Medan Askar Jurutera India
    17 Kompeni Medan Askar Jurutera India
    23 Kompeni Medan Askar Jurutera India
    46 Kompeni Askar Jurutera India
    43 Kompeni Askar Jurutera India

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting

  • Colin Smith (2006). Singapore Burning. England: Penguin Books. ISBN 978-0-14-101036-6.