Djent merupakan jenis muzik bawah genre progresif metal.[1] Ciri bunyinya ialah gain tinggi, herotan gitar, pergerakan palm-mute dan bunyi gitar bernada rendah. Nama "Djent" seakan-akan serupa bunyi tersebut. Fredrik Thordendal, pemain gitar utama kugiran Meshuggah dari Sweden, dianggap sebagai perintis teknik djent.

Antara kumpulan muzik yang menggunakan teknik djent ialah Animals as Leaders, Tesseract, Veil of Maya, Vildhjarta dan Born of Osiris.

RujukanSunting

  1. ^ Bowcott, Nick (26 Jun 2011). "Meshuggah Share the Secrets of Their Sound". Guitar Worl]. Future US. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2016. Dicapai pada 17 Oktober 2011.