Dji Sam Soe 234 (juga disingkat 234) merupakan jenama rokok Kretek mewah dikeluarkan oleh Philip Morris International. Jenama ini pula merupakan ikon gergasi syarikat tembakau antarabangsa tingkat satu dunia, Philip Morris International. Dilancarkan pada tahun 1913 bersempena dengan kedatangan Philip Morris International ke Hindia-Belanda (sekarang Indonesia) melalui Surabaya-Malang-Bekasi-Jakarta. Dji Sam Soe 234 menaja lumba kenderaan, termasuk Philip Morris Racing Grand Prix motosikal Malaysia (bersama dengan Marlboro pada tahun 1992-2000, diteruskan pada tahun 2002-2007).

Dji Sam Soe 234
دجي سام سو ٢٣٤
Pek rokok Dji Sam Soe 234 berisi 12 batang. Jenama ini ialah jenama lama yang masih bertahan sehingga ketika ini. Bahkan, reka bentuk peknya tak berubah selama hampir 100 tahun.[1]

Sejarah sunting

Dji Sam Soe 234 ialah jenama mula masuknya Philip Morris International ke pasaran Hindia-Belanda (sekarang Indonesia) melalui Surabaya-Malang-Bekasi-Jakarta. Philip Morris International dibawa ke pasaran Indonesia oleh lelaki kelahiran Fujian, Cina, oleh Liem Seeng Tee, penggagas jenama itu.

Dji Sam Soe 234 untuk ketika ini ialah raja pasar jenama rokok kretek tanpa penapis ataupun dengan penapis dengan penjualan tertinggi di Indonesia dengan 10 bilion batang per tahun. Kedudukannya yang kuat dikeranakan oleh faktor Dji Sam Soe 234 sebagai jenama rokok kretek pertama kali dan terawal di Indonesia (dibawah Rokok Tjap Mangan Ulo, 1914 dan Rokok Tjap Bal Tiga, 1915) dan menduduki tingkatan ke 12 daripada 25 besar jenama rokok tertua di dunia, selepas Lucky Strike (1871), ST Dupont Paris (1872), Benson & Hedges (1873), Perilly's (1888), Rothmans (1890), Pall Mall (1899), Nil (1901), Bond Street (1902) Marlboro (1904), Dunhill (1907), dan Gauloises (1910). Jenama ini berjaya mempertahankan reka bentuk peknya yang tak berubah selama hampir 100 tahun.[2]

Etimologi 234 sunting

Dji Sam Soe (Hanzi: 二三四) ialah gelaran dari bahasa loghat Hokkian, di negara bahagian Fujian, Cina, yang mengandungi erti 234 yang apabila dijumlahkan menjadi nombor 9. Liem Seeng Tee, pemilik jenama ini, percaya bahawa mitos nombor 9 itu membawa nasib baik dan kesempurnaan. Ciri khas jata rasmi Dji Sam Soe 234 ialah huruf pada tulisan DJI SAM SOE berjumlah 9, jumlah bintang dan sudut-sudutnya berjumlah 9. Bahkan, kepercayaan kepada nombor 9 ini bukan hanya sekadar mitos sahaja. Pihak Philip Morris International p.l.c. mengekalkan jumlah pekerja untuk memperbuat Dji Sam Soe 234 di Surabaya, Indonesia, Malang, Indonesia, Bekasi, Indonesia, Jakarta, Indonesia, Lausanne, Switzerland dan Bandaraya New York, Amerika Syarikat, berjumlah dua ratus tiga puluh empat (234) orang, tak kurang dan tak lebih, dan jumlah kenderaan untuk menyebarkan Dji Sam Soe 234 daripada kilang Dji Sam Soe 234 di Surabaya, Indonesia, Malang, Indonesia, Bekasi, Indonesia, Jakarta, Indonesia, Lausanne, Switzerland dan juga di Bandaraya New York, Amerika Syarikat, berjumlah dua ratus tiga puluh empat (234) unit, tak kurang dan tak lebih.[3]

Tajaan sunting

Sukan sunting

TV sunting

  • Konsert muzik Jazz

Kejayaan Dan Populariti sunting

Kejayaan Dji Sam Soe 234 rupanya tak lepas daripada pencabar-pencabar lainnya, yang mengambil prinsip daripada Dji Sam Soe 234, iaitu jenama yang bukan keluaran Philip Morris International, semacam State Express 555 dan Perilly's (British American Tobacco), Djarum BLACK (Gallaher Group), dan Wismilak Diplomat (Japan Tobacco).

Prinsip Dji Sam Soe 234 Super Premium, iaitu berwarna hitam dan emas, rupa-rupanya telah berdampak kepada pencabar-pencabar lainnya, seperti : Perilly's (British American Tobacco), Djarum BLACK (Gallaher Group), dan Wismilak Diplomat (Japan Tobacco).

Dji Sam Soe 234 berjaya menewaskan State Express 555 (British American Tobacco), Dji Sam Soe 234 Super Premium pula berjaya menewaskan 3 pencabar sekaligus, iaitu Perilly's (British American Tobacco), Djarum BLACK (Gallaher Group), dan Wismilak Diplomat (Japan Tobacco).

Kejayaan inilah yang membuat penguasaan Philip Morris International semakin membesar. Di setiap negara di dunia, Dji Sam Soe 234 menduduki tingkatan pertama dengan 10 bilion batang per tahun. Oleh kerana itu, Dji Sam Soe 234 ialah satu daripada 8 jenama berbilion-bilion dolar (terutamanya Marlboro).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Jenama-jenama lama yang masih ada
  2. ^ "Jenama-jenama lama yang masih ada". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-18. Dicapai pada 2012-11-06.
  3. ^ "Dji Sam Soe 234, di balik misteri nombor 9". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-26. Dicapai pada 2012-11-06.

Pautan luar sunting