Keretapi Ringan Docklands

(Dilencongkan dari Docklands Light Railway)

Kereta Api Ringan Docklands (DLR; bahasa Inggeris:Docklands Light Railway) adalah sistem metro ringan automatik yang dibuka pada tahun 1987 untuk berkhidmat di petempatan Docklands yang dibangunkan semula di London Timur, England.[3][4] Rangkaian DLR meliputi sehingga Stratford di utara, Lewisham di sebelah selatan Sungai Thames di selatan, Tower Gateway dan Bank di daerah kewangan Bandar London di barat, dan Beckton serta Woolwich Arsenal di timur.

Keretapi Ringan Docklands
DLR roundel.svg
Docklands Light Railway trein in Shadwell (12753975413).jpg
A DLR train at Shadwell
Umum
PemilikDocklands Light Railway Ltd, sebahagian Pengangkutan untuk London
Kawasan perkhidmatanLondon
LokasiLondon Raya
Jenis transitMetro ringan
Jumlah laluan/aliran7
Jumlah stesen45
Bil. penumpang harian340,000 (purata harian, DfT 2017)
Bil. penumpang tahunan121.8 juta (2018/19)[1]
1.8%
Ibu pejabatPoplar
Laman sesawangDLR
Operasi
Mula beroperasi31 Ogos 1987; 33 tahun yang lalu (1987-08-31)
PengendaliKeolisAmey Docklands Ltd. Keolis (70%)/Amey (30%)
Jumlah kenderaan149
Panjang kereta api2 atau 3 gerabak setiap set kereta api
Jarak kepala3 to 5 mins through out the day
Teknikal
Panjang sistem38 km
Bilangan landasan2
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Jejari kelengkungan minimum38 m (125 ka)
Pengelektrikan750 V AT rel ketiga (sentuhan bawah)
Kelajuan purata64 km/h (40 mph)
Kelajuan tertinggi80 km/h[2] (Had Kelajuan Maksimum)
64 km/h (Had Kelajuan Operasi)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Sistem ini beroperasi dengan kakitangan yang minimum di kereta api dan di stesen pertukaran utama; empat stesen bawah tanahnya mempunyai kakitangan untuk mematuhi keperluan keselamatan dan pencegahan kebakaran stesen-stesen bawah tanah. Cadangan pengoperasian yang sama telah dibuat untuk London Underground.[5]

DLR dikendalikan di bawah francais yang dianugerahkan oleh Pengangkutan untuk London (TfL) kepada KeolisAmey Docklands, sebuah usaha sama antara pengendali pengangkutan Keolis dan pakar infrastruktur Amey plc. Sebelum ini, DLR dioperasikan selama lebih 17 tahun oleh Serco Docklands,[6] sebahagian daripada Kumpulan Serco.[7][8] Sistem ini dimiliki oleh Docklands Light Railway Ltd,[9] divisyen Rel London TfL. Pada tahun 2017/18 DLR telah membawa 121.8 juta perjalanan oleh penumpang. Rangkaian ini telah dikembangkan beberapa kali dan sambungan masa hadapan sedang dipertimbangkan.

Sistem semasaSunting

RangkaianSunting

Shadwell, dengan tren menghampiri stesen.

DLR mempunyai landasan sepanjang 38 km,[10] dengan 45 stesen.[11] Terdapat enam cabang: ke Lewisham di selatan, Stratford dan Stratford International di utara, Beckton dan Woolwich Arsenal di timur, dan Central London di barat, dipecah ke Bank dan Tower Gateway.[12]

 
Landasan Kereta Api London, Tilbury dan Southend (hadapan), dikendalikan oleh c2c berjalan selari dengan DLR (belakang pagar) dari Limehouse ke Tower Gateway.

Cabang utara, selatan dan tenggara berakhir di stesen kereta api Stratford, Stratford International, Lewisham dan Woolwich Arsenal. Petukaran lain ke stesen kereta api termasuk Limehouse, Greenwich dan West Ham, sementara stesen sambungan untuk pemegang kad Oyster terdapat di antara stesen DLR Shadwell dengan stesen London Overground dengan nama yang sama, dan antara Fenchurch Street dan terminus barat DLR Tower Gateway dan Bank.[13]

Antara Limehouse dan Tower Gateway, landasan DLR terletak selari dengan Kereta Api London, Tilbury dan Southend.

 

PerkhidmatanSunting

Walaupun susun atur sistem ini mempunyai banyak pola perkhidmatan, berikut merupakan laluan-laluan yang dioperasikan:[14]

Perkhidmatan waktu puncak
Laluan ka/j Berhenti di
Bank - Lewisham 15 Shadwell, Limehouse, Westferry, West India Quay (menghala ke Bank sahaja), Canary Wharf, Heron Quays, South Quay, Crossharbour, Mudchute, Island Gardens, Cutty Sark, Greenwich, Deptford Bridge, Elverson Road
Bank - Woolwich Arsenal 7.5 Shadwell, Limehouse, Westferry, Poplar, Blackwall, East India, Canning Town, West Silvertown, Pontoon Dock, London City Airport, King George V
Tower Gateway - Beckton 7.5 Shadwell, Limehouse, Westferry, Poplar, Blackwall, East India, Canning Town, Royal Victoria, Custom House, Prince Regent, Royal Albert, Beckton Park, Cyprus, Gallions Reach
Stratford - Lewisham 7.5 Pudding Mill Lane, Bow Church, Devons Road, Langdon Park, All Saints, Poplar, West India Quay, Canary Wharf, Heron Quays, South Quay, Crossharbour, Mudchute, Island Gardens, Cutty Sark, Greenwich, Deptford Bridge, Elverson Road
Stratford - Canary Wharf 7.5 Pudding Mill Lane, Bow Church, Devons Road, Langdon Park, All Saints, Poplar, West India Quay
Stratford International - Woolwich Arsenal 7.5 Stratford, Stratford High Street, Abbey Road, West Ham, Star Lane, Canning Town, West Silvertown, Pontoon Dock, London City Airport, King George V
Perkhidmatan bukan waktu puncak
Route ka/j Berhenti di
Bank - Lewisham 12 Shadwell, Limehouse, Westferry, West India Quay (menghala ke Bank sahaja), Canary Wharf, Heron Quays, South Quay, Crossharbour, Mudchute, Island Gardens, Cutty Sark, Greenwich, Deptford Bridge, Elverson Road
Bank - Woolwich Arsenal 6 Shadwell, Limehouse, Westferry, Poplar, Blackwall, East India, Canning Town, West Silvertown, Pontoon Dock, London City Airport, King George V
Tower Gateway - Beckton 6 Shadwell, Limehouse, Westferry, Poplar, Blackwall, East India, Canning Town, Royal Victoria, Custom House, Prince Regent, Royal Albert, Beckton Park, Cyprus, Gallions Reach
Canning Town - Beckton

Antara dua waktu puncak sahaja.

6 Royal Victoria, Custom House, Prince Regent, Royal Albert, Beckton Park, Cyprus, Gallions Reach
Stratford - Canary Wharf 6 Pudding Mill Lane, Bow Church, Devons Road, Langdon Park, All Saints, Poplar, West India Quay
Stratford International - Woolwich Arsenal 6 Stratford, Stratford High Street, Abbey Road, West Ham, Star Lane, Canning Town, West Silvertown, Pontoon Dock, London City Airport, King George V

Terdapat kapasiti untuk laluan ulang-alik tambahan dari Canning Town ke Prince Regent ketika pameran sedang berlangsung di Pusat Pameran ExCeL.

Di stesen terminal, tren akan menukar arah di platform kecuali di Bank di mana terdapat ruang landasan keluar berbalik dalam terowong di luar stesen. Banyak tren waktu puncak di laluan Lewisham - Stratford pusing di Canary Wharf. Semasa gangguan perkhidmatan atau kerja-kerja kejuruteraan yang dirancang, kereta api juga boleh berpatah balik di Crossharbour dan Mudchute. Semua tren berkhidmat setiap stesen di laluan, tetapi kereta api dari Bank ke Lewisham tidak berhenti di West India Quay kerana mereka dihalakan sepanjang diveunder track untuk mengelakkan konflik simpang. Semasa kerja-kerja jangka panjang untuk projek penyambungan, laluan lain boleh dioperasikan pada hujung minggu, seperti Beckton ke Lewisham jika cawangan Bank ditutup.

RujukanSunting

  1. ^ "Light Rail and Tram Statistics, England: 2018/19" [Statistik Rel Ringan dan Trem, England:2018/19] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Department for Transport. Dicapai pada 19 Jun 2019.
  2. ^ "TfL transparency". Department for Transport. Dicapai pada 30 November 2018.
  3. ^ "Docklands Light Railway Capacity Upgrading, United Kingdom". Railway-Technology.com. Diarkib daripada yang asal pada 15 June 2018. Dicapai pada 13 June 2014.
  4. ^ Cross, David (1 September 1987). "Enthusiasts flock to busy opening day: Docklands Light Railway". The Times. London.
  5. ^ Chapman, James (14 January 2011). "Boris Johnson: I'll use driverless Tube trains to break strikes". Daily Mail. London. Diarkib daripada yang asal pada 31 July 2012.
  6. ^ "URI". Data.companieshouse.gov.uk. 2011-10-13. Diarkib daripada yang asal pada 15 April 2016. Dicapai pada 2016-11-17.
  7. ^ "Archived copy". Diarkib daripada yang asal pada 30 September 2012. Dicapai pada 2012-10-01.
  8. ^ Serco Limited Annual Accounts 31 December 2011
  9. ^ "URI". Data.companieshouse.gov.uk. 2011-10-13. Diarkib daripada yang asal pada 31 March 2017. Dicapai pada 2016-11-17.
  10. ^ "Increased services for Docklands Light Railway routes". Transport for London. 24 August 2015. Diarkib daripada yang asal pada 29 June 2016.
  11. ^ "About TfL - Culture & heritage - London's transport - a history - Docklands Light Railway (DLR)". Transport for London. Diarkib daripada yang asal pada 15 June 2014. Dicapai pada 13 June 2014.
  12. ^ "Docklands Light Railway". Official London Guide. Diarkib daripada yang asal pada 23 February 2012. Dicapai pada 19 March 2012.
  13. ^ "OSI List". oyster-rail.org.uk. October 2014. Diarkib daripada yang asal pada 20 March 2015. Dicapai pada 14 April 2015.
  14. ^ "Docklands Light Railway Franchise Agreement: Appendix A" (PDF). Transport for London. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 26 November 2015.