"Does She" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Yuna menampilkan penyanyi Korea Selatan, Jay Park.[1] Ia dimuatkan sebagai trek kesembilan untuk album antarabangsa keempat beliau, Rouge. Seperti kebanyakan lagu-lagu di dalam Rouge, "Does She" diterbitkan oleh bekas ahli Rhye, Robin Hannibal.[2][3]

"Does She"
Lagu oleh Yuna dan Jay Park
daripada album Rouge
Dilancarkan pada12 Julai 2019
FormatMuat turun digital
GenrePop, R&B
Panjang3:22
SyarikatVerve Forecast
Penggubah
  • Yunalis Mat Zara'ai
  • Michelle Buzz
  • Robin Hannibal
  • Samuel Farrar
  • Rami Samir Jrade
  • Park Jae-beom
PenerbitRobin Hannibal
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

Menurut Yuna dalam satu aplikasi pesanan ringkas beliau yang dikirim kepada Malaysiakini, "Does She" dianggap lain daripada yang lain kerana ia dihasilkan melalui kolaborasi dengan penyanyi serta pencipta lagu Korea Selatan, Jay Park.[4]

""Does She" merupakan lagu daripada saya, dan penulis lagu Sam Farrar dari Maroon 5, jadi lagu ini melalui banyak proses untuk sampai ke tahap versi akhir. Saya rasa (beliau) Jay Park sangat berbakat, beliau boleh nyanyi, rap, menari, dan beliau juga ada kredit jalanan di Seoul yang saya rasa sangat bernilai pada seseorang artis,"[4]

Yuna berkata, selain bakat, beliau selesa memilih Park sebagai teman duet kerana keikhlasan dipamerkan beliau semasa menyokong karyanya.[4] Rakaman lagu "Does She" tidak dibuat secara bersama sebaliknya melalui e-mel sahaja. Proses menyiapkan lagu ini ialah antara cabaran paling sukar pernah dihadapinya.[4]

Muzik video sunting

Biarpun tiada muzik video rasmi untuk lagu ini diterbitkan, video lirik untuk lagu "Does She" telah dimuat naik di saluran YouTube rasmi Yuna.

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[5]
  1. "Does She" – 3:22

Rujukan sunting

  1. ^ Aref Omar (12 Jun 2019). #Showbiz: Yuna-Jay Park collaboration in the making? New Straits Times. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
  2. ^ Azlina Mazli (12 Jun 2019). Yuna duet dengan Jay Park, peminat makin tak sabar MSTAR Online. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
  3. ^ Leya Sheena (11 Jun 2019). Yuna & Jay Park hint at music collaboration HYPE. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
  4. ^ a b c d Nadia Azam (12 Jun 2019) Yuna sahkan Jay Park rakan duet lagu Does She Malaysiakini. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
  5. ^ "Rouge". iTunes. 16 May 2019. Dicapai pada 16 May 2019.