Dogo Argentina

baka anjing dari Argentina

Dogo Argentina[a] ialah satu baka anjing besar Argentina daripada jenis mastif. Ia dibiakbakakan pada awal abad kedua puluh di Córdoba di Argentina tengah, terutamanya untuk pemburuan buruan besar seperti pekari, babi hutan, dan puma.[4]:146[5]:340[6]:189[7]:140[8][1][2] Ternakan asasi termasuk anjing laga Cordoba yang kini pupus, iaitu anjing lagi daripada jenis buldog, seekor bulterier, dan seekor mastif Pyrénées.[9][8]

Dogo Argentina
Negara asalArgentina
Trait
Berat Jantan 40–48.5 kg (90–105 lb)[1][2]
Betina 40–43 kg (90–95 lb)[1][2]
Tinggi Jantan 60–68 cm (24–27 in)[1][2]
Betina 60–65 cm (24–26 in)[1][2]
Bulu pendek
Warna putih
Jangka hayat 10–12 tahun[3]:84
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Pada tahun 1920-an, Antonio Nores Martinez, seorang pelajar muda di Córdoba di Argentina tengah, berangkat bersama dengan abang beliau Augustin Nores Martinez untuk menghasilkan baka baharu anjing pemburu buruan besar, terutamanya babi hutan.[2][1][5]:340[9]:338[4]:145–146 Beliau menginginkan anjing yang mempunyai kualiti pertempuran pada anjing laga lama Cordoba, tetapi dengan saiz dan kekuatan lebih besar.[8]:23 Beliau bermula dengan seekor bulterier betina dengan kemampuan pertarungan agak tinggi, yang dibiakbakakan oleh beliau dengan seekor anjing laga berompok daripada jenis buldog. Beliau memilih dan membiakbakakan anak-anak anjing itu, dengan memilih warna bulu putih dan menolak mana-mana haiwan yang retrognatus (berahang pendek). Pada generasi kelapan, beliau memperkenalkan seekor mastif Pyrénées betina; menjelang generasi kedua belas, anjing-anjing beliau membiak dengan benar. Anjing-anjing tersebut menjadi terkenal kerana kejayaan dalam gelanggang.[8]:21 Nores Martinez kemudian memperkenalkan persilangan dengan pelbagai anjing lain termasuk anjing pemburu serigala Ireland, bokser, anjing besar Denmark, bulterier, dogue Bordeaux, dan mastif Sepanyol.[4][9]

Pada tahun 1947, beliau mempersembahkan baka beliau kepada Club de Cazadores ("Kelab Pemburu") Buenos Aires; pada tahun 1948, piawaian baka diterbitkan dalam majalah Diana.[8]:28 Antonio Nores Martinez dibunuh pada tahun 1956; walau bagaimanapun, Augustin, kini seorang duta besar antarabangsa, kemudian terus mempromosikan dogo Argentina semasa pengembaraan beliau.[9]:339

Dogo Argentina diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1973.[10]

Ciri sunting

 
Seekor anjing pertunjukan

Dogo Argentina ialah anjing besar: berat untuk jantan ialah kira-kira 40–45 kg (90–100 lb), untuk betina kurang sedikit; ketinggian pada paras kelasa adalah dalam julat 60–65 cm (24–26 in) untuk betina dan 60–68 cm (24–27 in) untuk jantan.[2][1][11] Panjang tubuhnya lebih besar sedikit daripada ketinggian pada paras kelasa, sehingga maksimum sepersepuluh lagi.[2][1][11]

Lapis bulunya pendek dan sentiasa putih. Satu tompok hitam atau berwarna gelap tunggal pada kepala boleh diterima selagi tidak lebih besar daripada sepersepuluh saiz kepala.[2][1][11] Muncungnya lebih kurang sama panjang dengan tengkorak.[2][1][11]

Seperti banyak baka lain, dogo Argentina mempunyai sesetengah kecenderungan genetik terhadap kepekakan kongenital; ia juga terdedah terhadap kelumpuhan larinks/polineuropati kompleks.[12]:3 Anjing ini biasanya hidup sehingga usia 10 hingga 12 tahun.[3]:84

Kegunaan sunting

Dogo Argentina dibela terutamanya untuk memburu buruan besar seperti pekari, babi hutan, dan puma.[4]:146[5]:340[6]:189[7]:140[8][2][1] Ia mempunyai hidung bagus dan kelajuan dan stamina baik; ia kadang-kadang dapat dilatih untuk kerja polis atau tentera.[13]:153

Peraturan sunting

Pemilikan anjing baka ini diharamkan atau dibatasi di sesetengah negara, termasuk Australia,[14] Austria (Niederösterreich,[15] Vienna,[16] and Vorarlberg[17]), Kepulauan Cayman,[18] Hong Kong,[19] Malaysia,[20] New Zealand,[21] Norway,[22] Turki,[23] dan United Kingdom.[24]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: دوݢو ارݢينتينا; Sepanyol: dogo argentino

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k "FCI-Standard N° 292 DOGO ARGENTINO" [Piawaian FCI No. 292 Dogo Argentina] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Jorge Nallem. 2 Ogos 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b c d e f g h i j k "Estándar-FCI N° 292 DOGO ARGENTINO" [Piawaian FCI No. 292 Dogo Argentina] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Sepanyol). Disemak oleh Jorge Nallem. 2 Ogos 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b Kim Dennis-Bryan (2020 [2012]). The Complete Dog Breed Book (Inggeris), edisi ke-2. London: Dorling Kindersley. ISBN 9780241412732.
  4. ^ a b c d David Alderton (2000). Hounds of the World: An Illustrated Guide (Inggeris). Shrewsbury: Swan Hill Press. ISBN 9781853109126.
  5. ^ a b c Bonnie Wilcox, Chris Walkowicz (1993). Atlas of Dog Breeds of the World (Inggeris), edisi ke-4. Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 0866228551
  6. ^ a b Pierre Rousselet-Blanc (penyunting) (1992). El Perro (Sepanyol). Barcelona, Sepanyol: Ediciones Martinez Roca, S.A. ISBN 8427016824.
  7. ^ a b Esther J. J. Verhoef-Verhallen, Marion Drolsbach, Rosemary Mitchell-Schuitvoerder (2001). The Complete Encyclopedia of Dogs (Inggeris). Lisse: Rebo International. ISBN 9036615097.
  8. ^ a b c d e f Paolo Vianini (2018). El Dogo Argentino (Sepanyol). Barcelona, Sepanyol: Editorial De Vecchi S.A. ISBN 9781644615850.
  9. ^ a b c d Morris, Desmond (2001). Dogs: A Dictionary of Dog Breeds (Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 1570762198
  10. ^ "FCI breeds nomenclature: Dogo Argentino". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  11. ^ a b c d Raza: (292) Dogo Argentino (Sepanyol). Buenos Aires, Argentina: Federación Cinológica Argentina. Diarkibkan pada 10 Julai 2019.
  12. ^ Ronaldo C. Da Costa, Curtis W. Dewey (2015). Practical Guide to Canine and Feline Neurology (Inggeris), edisi ke-3, e-buku. Ames, Iowa: John Wiley & Sons. ISBN 9781119062042.
  13. ^ Dan Rice (2001). Big Dog Breeds (Inggeris). Hauppauge, New York: Barron's Educational Series. ISBN 9780764116490.
  14. ^ Australian Department of Agriculture (9 Januari 2023). "What dog breeds cannot be imported into Australia?". Jabatan Pertanian Australia (dalam bahasa Inggeris).
  15. ^ "Haltung von Listenhunden in Niederösterreich" [Pembelaan anjing tersenarai di Niederösterreich]. oesterreich.gv.at - Österreichs digitales Amt (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  16. ^ "Haltung von Listenhunden in Wien" [Pembelaan anjing tersenarai di Vienna]. oesterreich.gv.at - Österreichs digitales Amt (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  17. ^ "Haltung von Listenhunden ("Kampfhunden") in Vorarlberg" [Pembelaan anjing tersenarai ("anjing laga") di Vorarlberg]. oesterreich.gv.at - Österreichs digitales Amt (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  18. ^ "Animals (Prohibited Dogs) Regulations (2012 Revision)" (PDF). Cayman Islands Gazette (dalam bahasa Inggeris). 21 (tamb. 3). 8 Oktober 2012. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 25 Mac 2022. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  19. ^ "Hong Kong e-Legislation". www.elegislation.gov.hk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  20. ^ "Kod Amalan Kebajikan Haiwan: Aktiviti Pembiakan Haiwan Kesayangan" (PDF). Jabatan Perkhidmatan Veterinar (pdf). 2019. m/s. 29. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  21. ^ Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Te Tari Taiwhenua. "Key Facts: Dog Control Amendment Act 2003". Te Tari Taiwhenua (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  22. ^ "Forskrift om hunder" [Peraturan untuk anjing] (dalam bahasa Norway). Lovdata. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  23. ^ "Tehlike Arz Eden Hayvanlara İlişkin Genelge" [Arahan tentang Haiwan Berbahaya] (dalam bahasa Turki). Kementerian Pertanian dan Perhutanan. 9 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2021. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  24. ^ "Banned dogs". GOV.UK. Dicapai pada 30 March 2022.