Pokok Dokong merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Dokong banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. [1]

Bunga dokong

Nama saintifiknya ialah Lansium Domesticum Corr.

Ia merupakan buah dari keluarga Meliaceae iaitu sama dengan keluarga Duku, Langsat, Duku-Langsat dan Duku Johor.

Kawasan Tanaman sunting

Negeri-negeri utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah.

Pokok dokong sunting

Pokok dokong agak sederhana besar. Kanopinya berbentuk ovate hingga lanceolate dengan ketinggian antara 6 m hingga 9 m. Batang pokok adalah lurus bercabang dan kulitnnya berwarna coklat kehijauan

Daunnya jenis pinat dan mempunyai 7 - 9 helai anak daun yang tersusun berselang-seli dan berbentuk eliptik atau obovat, sementara anak daun dipangkal berbentuk ovat. Permukaan atas daun berwarna hijau tua, licin, bersinar, dan berombak sedikit. Ciri-ciri ini merupakan ciri dokong yang membezakan nya dari Lansium yang lain.

Bunga dokong sunting

Bunga tersusun dalam satu jambak berbentuk spika pada dahan dan di antara 1 - 8 jambak bunga keluar pada satu-satu tampok pembungaan pada dahan tersebut. Panjang spika ialah 15 - 20 cm dan bilangan bunga hermofrodit pada satu spika ialah di antara 20 - 50 kuntum berukuran 0.5 - 0.7 cm panjang dan juga 0.5 - 0.7 cm lebar.

Buah dokong sunting

Buah dokong tersusun padat 30 hingga 40 biji dalam satu tangkai. Buah berwarna kuning keperangan apabila masak, berbentuk bulat hingga obovat berukuran 3 - 4.7 cm lebar dan 3.5 - 5 cm panjang. Sebiji buah biasanya terdapat 5 ulas isi yang pejal dan rasanya manis dengan kandungan gula di antara 15 - 22 % brix.

Biji yang besar terdapat dalam semua buah bersaiz besar. Biji berbentuk bujur, mempunyai 1- 5 embrio dan boleh mengeluarkan 1- 5 anak pokok.

 
Buah dokong yang masak berwarna kuning.
 
Buah belum masak
 
Dokong masak

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.