Doktor Udara Malaysia

Doktor Udara Malaysia merujuk kepada perkhidmatan kesihatan melalui udara bagi penduduk yang terdapat di kawasan yang sukar dihubungi melalui cara lain di Malaysia. Doktor Udara Malaysia beroperasi di Sabah dan Sarawak, terutamanya di kawasan seperti Sapulut dan Long Lellang.

Di Sarawak, terdapat 12 pasukan Darat Udara (PDU) yang melayan 159 lokasi. Manakala di Sabah terdapat 2 pasukan PDU yang melayan 41 lokasi perkampungan.

Doktor udara juga dikenali sebagai “flying service doctor” dan mengendali pelbagai kes termasuk kes beranak. Mereka dihantar melalui helikopter di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Biasanya perkhidmatan tentera udara digunakan bagi penerbangan ini. Kerajaan persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM5.1 juta setahun untuk perkhidmatan Doktor Udara di Sarawak sahaja. [1] Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine

Disemenanjung malaysia, perkhidamatan doktor udara diberikan kepada penempatan orang asli di Pahang, Kelantan, dan Perak yang mempunyai zon pendaratan. [2] Diarkibkan 2006-12-02 di Wayback Machine

Perkhidmatan ini telah diteruskan sehingga kini supaya penduduk di kawasan pedalaman turut menikmati kemudahan perubatan. Namun begitu, servis doktor udara telah berkurangan hingga 1 kali sebulan dan banyak kali tidak mengikut jadual. Ini disebabkan kebanyakan tempat telahpun disambung dengan jalan darat dan juga akibat faktor kos.

Pengurangan ini telah menyebabkan Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada Khamis, 30 Mac 2000 mengkritik "Memang doktor udara juga membuat lawatan – sebulan sekali tetapi bolehkah kita berkata ‘ular jangan mematuk, parang jangan mengetuk’ pada sebulan itu?"

Pautan luar sunting