Dolar Singapura
Dolar Singapura juga dikenali sebagai Ringgit Singapura (dibahagi kepada 100 sen), adalah unit mata wang negara Singapura dengan kod mata wang SGD. Ia sering dipendekkan dengan tanda dolar $, atau S$ untuk membezakannya dari dolar-dolar yang lain.
Dolar Singapura | |
---|---|
新加坡元 (Cina) Singapore Dollar (Inggeris) சிங்கப்பூர் வெள்ளி (Tamil) | |
![]() Wang kertas dan duit syiling dolar Singapura | |
ISO 4217 | |
Kod | SGD |
Jenis mata wang | |
Subunit | |
1/100 | Cent |
Simbol mata wang | S$ |
Nama samaran | Sing |
Wang kertas | |
Kerap digunakan | $2, $5, $10, $20, $50, $100 & $1000 |
Jarang digunakan | $10000 |
Duit syiling | |
Kerap digunakan | 5, 10, 20, 50 cents, $1 |
Jarang digunakan | 1 cent |
Pengguna | ![]() ![]() |
Pengeluaran | |
Pihak berkuasa kewangan | Penguatkuasa Kewangan Singapura |
Laman sesawang | www.mas.gov.sg |
Kilang | Singapore Mint |
Laman sesawang | www.singaporemint.com |
Nilai | |
Inflasi | 1% |
Sumber | The World Factbook, 2006 est. |
Dipancang oleh | Sama nilai dengan Dolar Brunei |
sunting |
"SGD" dan "S$" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat SGD (nyahkekaburan).
SejarahSunting
Untuk masa yang lama, Singapura menggunakan mata wang yang sama dengan Negeri-negeri Selat (Straits Settlements) dan kemudiannya dengan Malaya, dikawal oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata wang (Board of Commissioners of Currency).
Singapura menggunakan mata wang yang sama dengan Malaysia apabila ia menganggotai negara tersebut pada tahun 1963. Setelah ia berpisah dari Malaysia pada tahun 1965, Singapura mula menggunakan mata wangnya sendiri. Singapura mendirikan sebuah 'Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang, Singapura' (Board of Commissioners of Currency, Singapore) pada 7 April 1967 dan mengeluarkan siri mata wang yang pertama, "Orkid", pada 12 Jun 1967.
Status terkiniSunting
Dolar Singapura adalah mata wang yang boleh ditukar dengan bebas dan dikait dengan longgar dengan Dolar Amerika Syarikat (ASD). Sejak Jun 2004, AS$1 bernilai lebih kurang S$1.7 .
Dolar Brunei dipaut pada dolar Singapura dengan kadar 1:1. Kedua-dua mata wang boleh digunakan di Singapura dan Brunei.