Dolla: Mini Album
Dolla: Mini Album ialah EP sulung oleh kumpulan gadis Malaysia, Dolla. Ia dikeluarkan pada 21 Februari 2022 oleh Universal Music Malaysia.[1]
Dolla: Mini Album | |
---|---|
EP oleh | |
Dilancarkan pada | 21 Februari 2022 |
Dirakamkan pada | 2020–2022 |
Genre | |
Panjang | 22:26 |
Syarikat |
|
Single daripada Dolla: Mini Album | |
| |
sunting · sunting di Wikidata |
Latar belakang dan keluaran
suntingEP ini didahului dengan pelancaran single sulung Dolla, "Dolla Make You Wanna" pada 20 Mac 2020 semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Muzik video rasminya telah meraih sejuta tontonan di YouTube.[2] Single kedua, "Impikan" dikeluarkan pada 30 Oktober dan turut diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris dengan tajuk "Watch Me Glow".[3] Single ketiga Dolla, "Berani" dikeluarkan pada 24 September 2021,[4] manakala versi akustik lagu ini dikeluarkan pada Januari 2022. "Bad" kemudian dikeluarkan sebagai single keempat pada 11 Februari.[5]
Dolla: Mini Album dikeluarkan pada 21 Februari 2022 jam 12 tengah malam.[6][7] Dolla pada mulanya merancang untuk lancarkan 500 unit CD. Bagaimanapun, jumlah itu ditambah kepada 500-unit lagi ekoran sambutan yang amat luar biasa daripada peminat Dolla. Album ini telah habis terjual sebanyak 1,000 unit dalam tempoh 24 jam selepas pelancaran rasminya.[6] Pengurus Promosi Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar, penambahan itu dilakukan selepas masih ramai peminat terlepas peluang memilikinya dan bersungguh-sungguh untuk membelinya. Beliau dinyatakan berkata: "Pada mulanya kami membuka pra-tempah sebanyak 500 unit saja untuk album ini dan dalam tempoh 12 jam sudah habis terjual. Ramai peminat mengadu terlepas peluang dan berdepan kesukaran sewaktu buat tempahan. Kami sendiri memang tak sangka ia akan terjual begitu pantas. Disebabkan itulah kami putuskan memberanikan diri buka tempahan untuk tambahan 500-unit lagi dan itu pun terjual habis dengan cepat juga,".[6] Sebagai tambahan, album itu turut mengandungi buku foto serta poskad individu setiap anggotanya.[8] Lagu "Raya Raya Raya" yang dikeluarkan pada Mei 2021 dimuatkan sebagai trek bonus.[9][10]
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Masa | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Bad" | 3:39 | ||||||||
2. | "Dolla Make You Wanna" | 2:46 | ||||||||
3. | "Impikan" | 3:31 | ||||||||
4. | "Berani" | 3:17 | ||||||||
5. | "Berani" (Versi akustik) | 3:30 | ||||||||
6. | "Watch Me Glow" | 3:31 | ||||||||
7. | "Bad" (Versi bahasa Inggeris) | 3:39 | ||||||||
8. | "Raya Raya Raya" (Trek bonus) | 3:18 | ||||||||
Jumlah masa: 22:26 |
Pensijilan
suntingNegara | Pensijilan | Jualan/Pengedaran |
---|---|---|
Malaysia | — | 1,000[6] |
Sejarah keluaran
suntingNegara | Tarikh keluaran | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 21 Februari 2022[6] | CD, muat turun digital, media penstriman | Lion Music Group, Universal Music Group (Malaysia) |
Rujukan
sunting- ^ "Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam". XTRA. 22 Februari 2022. Dicapai pada 4 Mac 2022.
- ^ "Dolla tekad takluki industri seni, muncul single Dolla Make You Wanna". Kopiplanet. 20 Mac 2020. Dicapai pada 19 April 2020.
- ^ Budiey (30 Oktober 2020). "Dolla lancar single kedua berjudul Impikan, angkat falsafah pantang menyerah kalah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ Fiza Kamarudin (27 September 2021). "Lain Macam Single Terbaharu Ni... Dolla Memang Berani!". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (15 Februari 2022). "Single Bad 'trending' nombor satu". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2022.
- ^ a b c d e "CD album mini album Dolla habis terjual". Kosmo!. 22 Februari 2022. Dicapai pada 4 Mac 2022.
- ^ Fiza Kamaruddin (23 Februari 2022). "Fuh! Laris Macam Pisang Goreng Panas... 1,000 Unit CD Mini Album Dolla Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Mac 2022.
- ^ "Album Dolla laku keras, 24 jam habis dijual". Majoriti. 24 Februari 2022. Dicapai pada 4 Mac 2022.
- ^ Phic Arman (22 Februari 2022). ""Kami Sendiri Memang Tak Sangka"- DOLLA: Mini Album Habis Terjual Dalam Masa 24 Jam?". Murai.my. Dicapai pada 4 Mac 2022.
- ^ "Dolla muncul dengan Raya Raya Raya". XTRA. 1 Mei 2021. Dicapai pada 22 Mei 2021.