Dolla Watch Me Glow
Dolla Watch Me Glow ialah sebuah telefilem drama muzikal Malaysia 2021 arahan Izuan Mokhtar dibintangi oleh kumpulan Dolla sebagai teraju utama.[1] Ia mengisahkan perbezaan latar belakang 4 gadis demi mencapai impian dan akhirnya disatukan menjadi sebuah kumpulan wanita terkenal di Malaysia. Berdasarkan daripada kisah benar kumpulan ini,[2] telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro Citra menerusi slot Citra Exclusive pada 22 Mei 2021.[3]
Dolla Watch Me Glow | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Marr Mohamed |
Pengarah | Izuan Mokhtar |
Dibintangi oleh | Dolla |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Haji Fadzil Teh |
Penyunting | Zulaiqa Azhar |
Lokasi |
|
Tempoh siaran | 90 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Citra |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 22 Mei 2021 |
Sinopsis
suntingMengisahkan Sabrina, gadis yang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan di Los Angeles, California. Juga Tabby, seorang anak tunggal yang dikongkong keluarga. Manakala Shasha pula yang sekian lama dibenci ibunya sendiri dan Angel, gadis yang sentiasa ingin keluar dari zon selesa hidupnya.
Sabrina, Tabby, Angel dan Syasya ingin menggapai cita-cita dan minat mereka dalam bidang muzik dengan menjalani uji bakat bersama syarikat rakaman tersohor, Universal Music secara solo. Bagaimanapun, penyelaras A&R syarikat berkenaan, Kelly (Azwan Ali) membuat keputusan untuk menyatukan mereka sebagai sebuah kumpulan.
Sabronzo yang sejak dari kecil bercita-cita hendak menjadi rappers mula tidak berpuas hati dan bermula pelbagai peristiwa bagi membentuk sebuah kumpulan.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Dolla sebagai diri mereka sendiri:
- Azwan Ali sebagai Kelly, pengurus Dolla
- Douglas Lim sebagai Yuan (Ayah Tabby)
- Angeline Tan sebagai Lily (Ibu Tabby)
- Aniq Suhair sebagai Nick
- Aida Aris sebagai Surya (Ibu Syasya)
- Fauziah Nawi sebagai Norzie (Nenek Syasya)
- Catriona Ross sebagai Ibu Haji (Ibu Sabronzo)
- Mat Over sebagai Ayah Haji (Ayah Sabronzo)
Penampilan khas
sunting- Elite sebagai diri mereka sendiri
Penerbitan
suntingDolla Watch Me Glow diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan skrip oleh Marr Mohamed terbitan Zeel Production dengan kerjasama Astro dan Universal Music Malaysia.[1][4] Ia merupakan percubaan sulung Dolla dalam bidang lakonan.[3][5][6] Telefilem ini berdasarkan dari kisah benar kumpulan ini dari pra-kemunculan sehingga puncak populariti mereka.[7] Menurut kumpulan ini:
"Hampir 70 peratus kisah yang dipaparkan dalam telefilem itu ada kena mengena dengan kami. Cuma 30 peratus ditokok tambah bagi mewarnai telefilem tersebut dan menjadikan jalan cerita Dolla Watch Me Glow menjadi lebih menarik. Bagi kami tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada penonton. Jadi apa yang bakal peminat saksikan nanti memang kisah hidup sebenar kami,".
Salah seorang ahli kumpulan Dolla, Sabronzo bagaimanapun berkata, mereka tidak kisah jika lakonan mereka dikritik penonton meskipun baru setahun jagung bergiat aktif dalam industri muzik.[2][8] Mereka turut mengakui lebih dikenali sebagai penyanyi dan penari, bukan sebagai pelakon.[2]
Pengarah kreatif dan penulis skrip telefilem ini, Marr Mohamed memuji kemampuan ahli kumpulan Dolla dalam aspek lakonan biarpun kesemuanya pertama kali beraksi di hadapan kamera. Menurutnya, idea untuk menerbitkan drama itu datang daripada pihak Astro yang kagum dengan penerimaan peminat terhadap Dolla sehingga mereka muncul trending di serata dunia. Beliau turut meluangkan masa antara empat hingga ke lima jam semata-mata untuk menemu bual mereka.[9] Penggambaran telefilem ini dijalankan pada Mac 2021.[10]
Tayangan
suntingDolla Watch Me Glow memulakan tayangan perdana untuk slot Citra Exclusive di Astro Citra pada 22 Mei 2021.[1][2][3]
Rujukan
sunting- ^ a b c Mya Amri (20 Mei 2021). "Cayalah! Dolla kini berlakon pula, muncul dalam telefilem Dolla Watch Me Glow". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Mei 2021.
- ^ a b c d Qarami Hashim (20 Mei 2021). "Kisah hidup Dolla diangkat dalam telefilem meski baru setahun jagung jadi penyanyi – "Tak kisah jika ada yang kata kami 'kayu'"". mStar Online. Dicapai pada 20 Mei 2021.
- ^ a b c Wawann Mohd (21 Mei 2021). "Kisah hidup Dolla dalam telefilem Dolla Watch Me Glow". SinarPlus. Sinar Harian. Dicapai pada 21 Mei 2021.
- ^ "Perjalanan hidup kumpulan Dolla digarap jadi telefilem". Suara Merdeka. 20 Mei 2021. Dicapai pada 21 Mei 2021.
- ^ Georgie Joseph (21 Mei 2021). "Dolla bangga kisah hidup mereka diangkat dalam telefilem". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2021.
- ^ "Semakin popular, Dolla kini berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telemovie Dolla Watch Me Glow". Kopiplanet. 20 Mei 2021. Dicapai pada 21 Mei 2021.
- ^ "Bakal muncul dengan telefilem Dolla Watch Me Glow, Dolla tidak kisah dikritik 'kayu'". OiJom. 20 Mei 2021. Dicapai pada 21 Mei 2021.
- ^ Khadijah Ibrahim (21 Mei 2021). "Dolla sedia dikritik, jika lakonan seperti 'kayu'". BebasNews. Dicapai pada 21 Mei 2021.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (21 Mei 2021). "Dolla dedah kisah sendiri dalam telefilem". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Mei 2021.
- ^ Najiy Jefri (6 Mac 2021). "Dolla semakin memuncak". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2021.