Dominic Monaghan (lahir 8 Disember 1976 di Berlin) adalah seorang Pelakon Inggeris berketurunan Ireland. Beliau menerima perhatian pada kejayaan adaptasi Peter Jackson pada buku J. R. R. Tolkien Lord of the Rings dengan bermain Merry Brandybuck, dan juga wataknya sebagai Charlie Pace dalam rancangan televisyen Lost.

Dominic Monaghan
Dominic Monaghan 2003.jpg
Dominic Monaghan dalam baju suit bergaya.
KelahiranDominic Bernard Patrick Luke Monaghan
18 Disember, 1976
Ketinggian5' 7" (1.70 m)

BiografiSunting

Hidup awalSunting

Monaghan dilahirkan dan dibesarkan di Berlin, Germany. Keluarganya berpindah ke Stockport, England sewaktu umurnya 12 tahun. Tambahnya lagi pada kefasihan Bahasa Jermannya, dia dikenali dengan kebolehannya untuk menyamar orang lain dan dapat juga cara percakapan mereka. Dominic menghadiri Sekolah Menengah St Anne (di mana pak ciknya mengajar dan kemudian menjadi Ketua Guru) dan Aquinas College di mana dia belajar Kesusasteraan Inggeris, Sandiwara dan Geografi. Sewaktu di kolej, dia mendapat watak besar pertamanya dalam siri televisyen BBC, Hetty Wainthropp Investigates, di mana dia bermain teman sampingan Hetty.

Hidup PeribadiSunting

Pada 8 November 2005 gambar tabloid Monaghan dan rakan pelakon sama Evangeline Lilly diterbitkan dalam berbagai majalah dan laman, mengambarkan kedua mereka bercium dengan ghairah. [1] Pada 9 Ogos 2006, kedua mereka masih tidak mendakwa sifat perhubungan mereka, dengan Lilly menyatakan, "Ada khabar angin bahawa (yang kita sedang berkeluar)... Dom adalah seorang yang hebat dan saya senang jika ia hanya kekal begitu."[2]

Monaghan adalah seorang aktivis alam sekitar, dan telah menjadi aktif dalam penanaman dan pemeliharaan pokok-pokok dan perhutanan. Dia memiliki sebuah kawasan perhutanan kecil di India.

Di lengan kanannya terdapat tatu yang tertulis perkataan pari-pari "sembilan", satu rujukan bagi penglibatannya dalam filem Lord of the Rings. Beberapa pelakon lain juga mempunyai tatu yang agak sama. Pada lengan kirinya tertulis perkataan "Hidup lebih mudah dengan mata anda tertutup".

Monaghan juga menulis Ringers: Lord of the Fans, sebuah dokumentari mengenai peminat Lord of the Rings.

TriviaSunting

FilemografiSunting

Catatan kakiSunting

Pautan luarSunting