Don Daniyal Don Biyajid

Pendakwah bebas Malaysia

Don Daniyal bin Don Biyajid atau lebih terkenal sebagai Ustaz Don (lahir 14 November 1984) merupakan seorang penceramah bebas, pengacara televisyen dan pensyarah Malaysia, terkenal dengan rancangan keagamaan beliau yang kebanyakkannya disiarkan di TV AlHijrah dan Astro Oasis.


Don Daniyal

AMS (Selangor)
Kelahiran
Don Daniyal bin Don Biyajid

(1984-11-14) 14 November 1984 (umur 39)
PekerjaanPensyarah,[1] penceramah,[1] personaliti media
MajikanKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Karya terkenal
30 Minit Ustaz Don
PasanganHusna Zahry Rafie (k. 2012)
Anak-anak3
Ibu bapaDon Biyajid bin Mustafa[2]
Maryam binti Che Abdul Kader[2]
SaudaraDon Asyraf Don Biyajid (adik)

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 14 November 1984 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anak kedua dari empat beradik kepada pasangan Che Maryam binti Abdul Kader dan bapa, Don Biyajid bin Mustafa, seorang bekas pembantu makmal veterinar. Ustaz Don mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nibong Tebal, Pulau Pinang. Beliau ialah seorang yang aktif berpidato di zaman persekolahannya.[3] Beliau merupakan lulusan di Universiti Al Azhar di Kaherah, Mesir.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan karier di media dengan mengendalikan program interaktif agama Islam, 30 Minit Ustaz Don di saluran TV AlHijrah (saluran Astro 114) Sebelum ini beliau mengendalikan Program Ihya Ramadan. Penglibatan beliau tidak hanya di TV AlHijrah, beliau turut terlibat di saluran Astro Oasis, RTM dan TV3. Beliau turut aktif di media sosial Facebook Instagram dan TikTok untuk membincangkan perihal agama secara interaktif bersama pengikut beliau.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Husna Zahry pada 23 Ogos 2012[5] dan dikurniakan empat orang anak yang kesemuanya lelaki–Don Mustofa (lahir 2014),[6] Don Ibrohim (lahir 2016)[7] dan Don Sulaiman (lahir 2019)[8] dan Don Yunus (2021).

Beliau sebelum ini menafikan khabar angin mengatakan beliau berkahwin dua atau berpoligami dalam satu temuramah bersama Berita Harian: "Mana ada saya kahwin dua? Kalau betul saya kahwin lagi, saya tak akan sorok. Untuk apa sembunyi kerana lambat-laun pasti orang akan tahu."[9][10]

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Salam Famili Dirinya sendiri Astro Ceria Penampilan khas

Televisyen sunting

Bibliografi sunting

  • Syariat Itu Mudah, Kahwin Itu Indah[11]
  • Solat & Selawat[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Ustaz Don - Pekerjaan". 14 Disember 2013. Dicapai pada 15 Disember 2013.
  2. ^ a b "Ustaz Don - Ibu bapa". 18 September 2012. Dicapai pada 10 Disember 2013.
  3. ^ Amirah Amaly Syafaat (7 Februari 2016). Ustaz Don johan pidato Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Ogos 2016. "GUGUP jika tidak dapat melihat wajah ibu, Che Maryam Abdul Kader dan bapa, Don Biyajid Mustafa di dalam dewan, itu yang terjadi kepada Ustaz Don Daniyal, 32, sewaktu mula membabitkan diri dalam pertandingan berpidato".
  4. ^ Fenomena 30 Minit Ustaz Don Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2011.
  5. ^ Ustaz Don Daniyal kahwin Husna Zahry Arnamee. Dicapai pada 24 Ogos 2012.
  6. ^ Ustaz Don namakan bayi sulung Don Mustofa MStar Online (22 Januari 2014). Dicapai pada 7 Mei 2014.
  7. ^ Tahniah! Ustaz Don timang cahaya mata kedua Beautifulnara (27 Januari 2016). Dicapai pada 7 Mei 2016.
  8. ^ Don Sulaiman, nama pilihan anak ketiga Ustaz Don Astro Awani (19 Februari 2019). Dicapai pada 7 Mei 2019.
  9. ^ Feride Hikmet Atak (2 Mei 2018). Mana ada kahwin dua - Ustaz Don Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  10. ^ Izwan Mohd Isa (2 Mei 2018). Ustaz Don nafi berpologami Kosmo!. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  11. ^ a b "Buah tangan terbaru dari Ustaz Don Daniyal". KUISCELL Sdn Bhd. 29 Ogos 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-15. Dicapai pada 15 Disember 2013.

Pautan luar sunting