Buka menu utama

Donald's Happy Birthday ialah salah satu siri pendek Disney dengan watak utamanya, Donald Duck. Pengarahnya ialah Jack Hannah. Penulis cerita kartun ini ialah Nick George dan Bill Berg. Filem ini diterbitkan pada 11 Februari 1949 di Amerika Syarikat.

Donald's Happy Birthday
Tajuk ketika pembukaan kartun.
PengarahJack Hannah
PenerbitWalt Disney
PemuzikOliver Wallace
JuruanimasiBob Carlson
Volus Jones
Bill Justice
Jack Boyd
PengedarRKO Radio Pictures
Tarikh keluaranFebruary 11, 1949
Proses warnaTechnicolor
Tempoh7 minutes
NegaraUnited States

CeritaSunting

Filem ini bercerita tentang hari ulang tahun Donald Duck pada 13 Mac dan anak saudaranya, Huey, Louie dan Dewey hendak memberinya hadiah rokok tembakau yang mahal tetapi mereka tidak mempunyai duit. Mereka bekerja bermacam-macam seperti memotong rumput dan mengemaskan halaman rumah semata-mata untuk mendapatkan duit daripada bapa saudaranya itu. Donald dengan baik hati memberikan mereka upah tetapi menggesa mereka menabung semua duit tersebut.

 
Tarikh lahir Donald Duck

Ketika Donald sedang lena tidur, mereka bertiga cuba sedaya upaya mendapatkan duit tersebut dari tabung. Donald yang curiga dengan mereka memegang tabung itu agar mereka tidak boleh memecahkan tabung tersebut. Walau bagaimanapun, mereka bertiga berusaha untuk mendapatkan sehingga dapat. Setelah membeli hadiah rokok tersebut, Donald menyangka mereka bertiga ingin mencuri-curi untuk menghisap rokok. Donald menyalakan semua rokok tersebut di mulut mereka sehingga mereka mabuk. Kemudian, Donald menemui kad ucapan dan ketika itu dia berasa sangat malu dengan tindakannya.

Pautan luarSunting