Dong Jiao Zong (bahasa Cina: 董敎總) dikenali sebagai Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia merupakan sebuah persatuan yang menguruskan 60 Sekolah Tinggi Persendirian Cina di sekitar Malaysia.

Persekutuan Persatuan-persatuan  Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) ditubuhkan pada 22 Ogos 1954. Ahli-ahlinya terdiri daripada persatuan lembaga pengurus sekolah atau persatuan lembaga pengurus dan guru-guru sekolah Cina dari setiap negeri di seluruh negara. Ahli-ahlinya di peringkat negeri adalah pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan. Anggota AJK persatuan lembaga pengurus sekolah cina di setiap negeri terdiri daripada pengurus/pengelola sekolah yang dipilih melalui pemilihan dalaman atau dilantik oleh pertubuhan lain, lazimnya mereka merupakan individu atau wakil persatuan tempatan yang mengambil berat tentang pendidikan Cina.


Sejak penubuhannya pada tahun 1954, Dong Zong bekerjasama rapat dengan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dalam memperjuangkan hak-hak bangsa Cina. Kedua-dua pertubuhan merupakan peneraju dalam pendidikan Cina dan dikenali sebagai "Dong Jiao Zong" dan hubungan mereka telah dikekalkan sehingga hari ini. Mereka  berusaha menentang dasar ketidaksamaan.. Setelah berjuang dan tabah menempuh pelbagai ujian selama setengah abad, Dong Jiao Zong telah membina imej yang kukuh sebagai jurucakap pendidikan Cina di Malaysia, dan sebagai peneraju dalam pendidikan Sekolah Cina yang diusahakan oleh masyarakat Cina.


Ahli-ahli Dong Zong di peringkat negeri pada asalnya merupakan ahli-ahli lembaga pengurus sekolah daripada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri berkenaan. Masyarakat Cina di setiap kawasan di seluruh negara telah mengadakan lembaga pengurus/pengelola di sekolah tempatan untuk tujuan penubuhan dan pengurusan sekolah. Lembaga pengurus sekolah Cina di setiap komuniti adalah organisasi akar umbi kepada Dong Zong, dan juga penaung kepada pendidikan Cina tempatan. Selama ini, lembaga pengurus sekolah Cina bertanggungjawab untuk membangunkan sekolah dan pendidikan demi melahirkan modal insan cemerlang dan berbakat untuk bangsa dan negara, dan menampung pembiayaan dan tanggungjawab kerajaan dalam pendidikan. Dong Zong berusaha gigih untuk menentang dasar pendidikan satu aliran sekolah demi mempertahankan pendidikan bahasa ibunda di samping menuntut keadilan dan kesaksamaan status dan kedudukan antara semua kaum atau etnik.

Objektif Dong Zong sunting

(1) Menyatupadukan ahli-ahli, mempertahankan dan membangunkan pendidikan Cina di Malaysia

(2) Mengkaji dan menggerakkan semua aspek berkenaan dengan pembangunan dan pembaharuan sistem pendidikan sekolah Cina di Malaysia, antaranya termasuk kurikulum, peperiksaan, guru, dana pendidikan dan sebagainya

(3) Memperkukuh dan mengeratkan hubungan antara pengurus/pengelola sekolah-sekolah Cina di Malaysia

(4) Menyatukan dan mengukuhkan kekuatan masyarakat Cina di Malaysia dalam usaha menambah baik dan memperkasa pendidikan Cina

(5) Mewakili lembaga pengurus sekolah-sekolah Cina di Malaysia untuk berunding dengan kerajaan mengenai semua aspek berkenaan dengan sekolah-sekolah Cina

(6) Merancang kerjasama antara pengurus dan guru sekolah-sekolah Cina di Malaysia

(7) Memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum


Ahli-ahli Dong Zong terdiri daripada persatuan lembaga pengurus sekolah cina atau persatuan lembaga pengurus dan guru sekolah Cina dari negeri-negeri berikut:

  1. Johor
  2. Melaka
  3. Negeri Sembilan
  4. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
  5. Perak
  6. Pulau Pinang
  7. Kedah
  8. Perlis
  9. Pahang
  10. Terengganu
  11. Kelantan
  12. Sarawak
  13. Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

Visi, Misi dan Nilai Teras Dong Zong sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

https://www.dongzong.my/v3/ms/


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.