Donnie Yen Ji-dan (甄子丹; lahir pada 27 Julai 1963) adalah seorang pelakon, pengarah filem, penerbit, koreografi aksi di Hong Kong.

Donnie Yen
Kelahiran
Yen Ji-dan

(1963-07-27) 27 Julai 1963 (umur 60)
Nama lainZhen Zi-Dan, Yen Chi Tan, Yen Zi Dan
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Pengarah filem
  • Penerbit filem
  • Koreografi aksi
Tahun aktif1981 - sekarang
PasanganLeung Zing-ci (1993-1994)
Cissy Wang (k 2003)
Anak-anak3
Ibu bapaBow Sim-mark (ibu)
Chris Yen (adik)
Donnie Yen
Bahasa Cina:

Latar Belakang sunting

Yen dilahirkan di Guangzhou, China. Ibunya Bow-sim Mark adalah seorang guru Tai Chi dan juga guru gaya Fu Wudangquan manakala ayahnya Klyster Yen (甄雲龍) seorang editor surat khabar. Apabila beliau berusia dua tahun, keluarganya berpindah ke Hong Kong dan akhirnya bermastautin di Boston, Amerika Syarikat. Adiknya, Chris Yen, juga merupakan seorang pelakon.

Dalam pengaruh ibunya, Yen berminat dalam seni bela seperti Kung Fu dan Tai Chi sejak kecil. Yen mula belajar Kung Fu semasa beliau berusia 9 tahun, dan seterusnya menamatkan pelajarannya lima tahun kemudian untuk mempelajari wushu dengan lebih mendalam. Oleh kerana ibu bapanya khuatir Yen akan dipengaruhi oleh gejala negatif di Combat Zone, Boston, Yen dihantar ke Beijing untuk berlatih bersama dengan Pasukan Wushu Beijing selama dua tahun. Sebelum balik ke Amerika Syarikat, beliau bersinggah di Hong Kong di mana beliau bertemu dengan koreografer aksi yang terkenal, Yuen Woo-Ping.


Kerjaya sunting

Kerjaya Awal sunting

Yen mula bertapak dalam industri filem pada tahun 1984, yang mana dia pertama kali memegang watak dalam filem Drunken Tai Chi. Selepas filem Drunken Tai Chi dan Tiger Cage (1988), Yen menembusi watak sebagai Jeneral Nap-lan dalam Once Upon a Time in China II (1992), yang mana termasuk adegan berlawan di antara wataknya dengan Wong Fei-hung lakonan Jet Li. Yen seterusnya berlakon dalam filem Iron Monkey pada tahun 1993.

Pada tahun 1995, Yen memegang watak Chen Zhen dalam siri televisyen Fist of Fury, yang diterbit oleh ATV. Siri televisyen tersebut diadaptasi daripada filem Bruce Lee yang sama tajuknya.

Pada tahun 1997, Yen memulakan syarikat penerbitan filemnya, Budget Films, dan menjadi pengarah buat pertama kali dalam filemnya, Legend of the Wolf (1997) dan Ballistic Kiss (1998). Walaupun filem yang dihasil olehnya mendapat pujian kritik filem, namun filemnya tidak mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Oleh hal demikian, Yen hampir muflis dan terpaksa meminjam wang daripada ceti haram.

2000-an sunting

Yen kemudian kembali ke Amerika Syarikat, di mana beliau diajak untuk membuat koreografi aksi bagi filem-filem Hollywood seperti Highlander: Endgame (2000) dan Blade II (2002). Pengarah-pengarah filem tersebut berasa kagum akan kemahirannya dan beliau juga diberi peranan kameo dalam kedua-dua filem tersebut.

Pada tahun 2002, Jet Li mahukan Yen untuk memegang watak Sky, musuhnya dalam filem tersebut disebabkan oleh kemahiran seni bela diri Yen yang baik. Pada tahun 2003, Yen menjadi watak antagonis dan berlawan dengan Jackie Chan dalam filem Shanghai Knights.

Yen juga membuat koreografi untuk aksi animasi dalam permainan video Onimusha pada tahun 2004. Beliau terus aktif dalam sektor filem Hong Kong dan berlakon dalam filem Seven Swords, SPL: Sha Po Lang, Dragon Tiger Gate dan sebagainya. Perlakonannya dalam filem Flash Point berjaya mendapat anugerah Golden Horse Film Awards dan Hong Kong Film Awards.



Filemografi sunting

Pautan luar sunting