Doraemon Story of Seasons

Doraemon Story of Seasons (Bahasa Jepun: ドラえもんのび太の牧場物語 Doraemon Nobita no Bokujou Monogatari) adalah permainan video lakon peranan dan simulasi pertanian untuk Nintendo Switch dan Microsoft Windows yang merupakan kerjasama antara siri permainan video Story of Seasons dan francais Doraemon. Permainan ini dibangunkan oleh Brownies dan Marvelous dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Penerbitan tajuk permainan ini menandakan pelancaran pertama permainan video Doraemon kepada pasaran Barat.

Doraemon Story of Seasons
PembangunBrownies
Marvelous
PenerbitBandai Namco Entertainment
PengarahHikaru Nakano
PengeluarKoji Nakajima
SiriDoraemon
Harvest Moon
EnjinUnity
Platform
PelepasanSwitch, Windows
  • JP: 13 Jun 2019
  • WW: 11 Oktober 2019[1]
PlayStation 4
  • JP: 30 Julai 2020
  • WW: 4 September 2020
GenreSimulasi ladang, lakon peranan
ModPemain tunggal

Permainan ini dikeluarkan pada 13 Jun 2019 di Jepun, diikuti dengan keluaran antarabangsa pada 11 Oktober 2019. Versi PlayStation 4 dijadualkan akan dikeluarkan pada 30 Julai 2020 di Jepun, dan antarabangsa pada 4 September 2020.

PlotSunting

Setelah menanam benih misteri yang dijumpai oleh Nobita, Doraemon dan rakan-rakan dihantar ke dunia lain, ke tempat yang disebut sebagai Shizen Town. Semasa proses itu, Doraemon kehilangan sebahagian besar alat rahsia yang akan membantu mereka kembali. Pada akhirnya, mereka memutuskan untuk tinggal di Shizen Town sambil berusaha mencari jalan untuk kembali ke dunia asalnya. Lunch, seorang penduduk tempatan Shizen Town, meminjamkan Nobita sebuah ladang di bandar untuk dia tinggal.[2][3]

RujukanSunting

  1. ^ "DORAEMON STORY OF SEASONS | Official Website (EN)". BANDAI NAMCO Entertainment Europe | Official Website (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2020. Dicapai pada 5 Oktober 2019.
  2. ^ "Doraemon and Story of Seasons Crossover Gets New Trailer, Japanese Release Date". DualShockers (dalam bahasa Inggeris). 10 Mei 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2019. Dicapai pada 7 Jun 2019.
  3. ^ 876TV (22 Mei 2019), Nintendo Switch「ドラえもん のび太の牧場物語」無料体験版 紹介映像 (dalam bahasa Jepun), dicapai pada 7 Jun 2019

Pautan luarSunting