Doria Rachel Jolly

Doria Rachel Jolly (lahir 16 Januari 1988) merupakan seorang pengacara dan pelakon wanita Malaysia. Doria menduduki tempat ketiga dalam rancangan Ikon Siarawan 2016. Ikon Siarawan merupakan sebuah program realiti terbitan RTM untuk mencari bakat baharu yang berpotensi dan berdaya saing dalam dunia penyiaran.[2] Dia juga telah membintangi beberapa drama popular tempatan seperti Isteri Tuan Ihsan (Astro) dan Melankolia (TV3).

Doria Rachel Jolly
Kelahiran (1988-01-16) 16 Januari 1988 (umur 36)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Hertfordshire, London
Pekerjaan
Tahun aktif2007–kini
Laman web rasmiwww.doriarachel.com

Kehidupan awal sunting

Doria Rachel Jolly dilahirkan pada 16 Januari 1988 di Miri, Sarawak. Doria ialah anak sulung daripada 3 adik beradik. Doria berdarah kacukan. Dia memegang ijazah undang-undang dari Universiti Hertfordshire, London dan telah menetap di sana selama 5 tahun sebelum berpulang ke tanah air untuk memulakan kerjayanya di dalam dunia hiburan pada tahun 2016.


Pada 2011 Doria pernah aktif sebagai model dan memenangi anugerah Fashionista Style Search. Dia juga telah mencuba nasib menyertai pertandingan reality pencarian bakat Britain X Factor.

Filemografi sunting

Televisyen sunting

  • Ikon Siarawan (2016)

Filem sunting

  • Paskal (2018)
  • Fly By Night (2018)
  • Wira (2019)
  • Suraya (2020)

Telefilem sunting

  • Ketika Daun Berzikir (2016)
  • Famili Tuan Ihsan (2017)
  • Ishihara (2018)
  • Dilema (2019)
  • Cinta Segera (2020)
  • Kek Lapis (Akan datang)
  • Semua Tentang Kita (2022)
  • Sempurna (2023)

Drama sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "'Cinta pertama' Doria Rachel". Sinar Harian. 2 Mac 2017.
  2. ^ "Biodata Doria Rachel Jolly". Blog Lisa. 14 Disember 2016.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/593261/mahu-variasi-watak

Pautan luar sunting