Buka menu utama
"LD50" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat LD50 (nyahkekaburan).

Dalam toksikologi, dos maut median (simbol: LD50, daripada istilah Bahasa Inggeris: Lethal dose, 50%, "dos maut, 50%"; LC50Lethal concentration, 50%, "kepekatan maut, 50%"; atau LCt50 - lethal concentration and time, "kepekatan dan masa maut, 50%") bagi sesuatu toksin, sinaran, atau patogen ialah dos yang diperlukan untuk membunuh separuh daripada anggota populasi teruji selepas jangka masa ujian tentu. Angka LD50 kerap digunakan sebagai penunjuk am bagi ketoksikan akut sesuatu bahan. Ujian ini dicipta oleh J.W. Trevan pada 1927.[1] Istilah dos separuh maut kadang-kadang digunakan dengan erti sama, terutamanya dalam terjemahan daripada teks bahasa lain, tetapi juga boleh merujuk dos submaut; oleh sebab ketaksaan ini, ini selalunya dihindari. LD50 biasanya ditentukan dengan ujian terhadap haiwan seperti mencit makmal. Pada 2011, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat meluluskan kaedah alternatif kepada LD50 untuk pengujian dadah kosmetik BOTOX tanpa ujian haiwan.[2][3]

Isi kandungan

Lihat jugaSunting

Tindakan lain bagi ketoksikanSunting

Tindakan berkaitanSunting

  • TCID50 Dos Infektif Kultur Tisu (Tissue Culture Infective Dosage)
  • EID50 Dos Infektif Telur (Egg Infective Dosage)
  • ELD50 Dos Maut Telur (Egg Lethal Dosage)
  • Unit membentuk plak (pfu)

RujukanSunting

Pautan luarSunting

Templat:Farmakologi Templat:Toksikologi