Dosa Seorang Suami
Dosa Seorang Suami ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Khairul Amri "Keoi" Khalid dibintangi oleh Rusdi Ramli dan Amyza Adnan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 21 Julai 2014 hingga 8 September 2014 menggantikan Menantu Sepuluh Ribu.[1]
Dosa Seorang Suami | |
---|---|
Genre | Drama, keluarga |
Ditulis oleh | Wan Mahani Wan Hassan |
Pengarah | Khairul Amri "Keoi" Khalid |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | A. Aida |
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | A. Aida Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 21 Julai 2014 – 8 September 2014 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
suntingMengisahkan Rafiq seorang usahawan yang berjaya telah ditakdirkan lumpuh sebelah badan akibat penyakit strok. Segala kekayaan dan kejayaan yang dikecapinya musnah. Rafiq hidup bertemankan kerusi roda. Setelah disahkan menghidap penyakit strok, Rafiq sering dijauhi oleh ahli keluarganya termasuk anak-anak dan isterinya. Anak-anak Rafiq antaranya Arisa (Keena), Arisz (Dazrin Kamarudin) dan Ramli (Afzan) juga tidak mempedulikannya. Malah mereka sering mencipta alasan untuk tidak berada di sisi ayahnya.
Mujur ada pembantu selaku pekerja Rafiq iaitu Khamis (Cat Farish). Khamis sentiasa mengambil berat akan perihal tuannya. Khamis membantu Rafiq membersihkan diri, memandikannya, menukar pakaian, menghidang makanan minuman. Sesekala Khamis memberi sedikit tazkirah pada Rafiq dengan harapan agar tuannya terbuka hati untuk berubah. Rafiq orangnya keras hati, mudah marah. Sesekala ajakan baik oleh Khamis sering disalah tafsir oleh dirinya. Namun, Khamis cekal untuk membantu tuannya.
Rafiq sering terimbau kenangan silam. Kenangan ketika dia pernah mengecap kejayaan. Memiliki keluarga yang bahagia. Dek kesilapannya dalam mendidik anak dan isteri, akhirnya perbuatannya memakan dirinya. Isterinya tidak menghormatinya. Anak-anaknya menjauhkan diri. Segalanya bermula selepas dia jatuh sakit. Adakah akan terbuka hati Rafiq untuk berubah? Bagaimana hubungan Rafiq dengan anak-anak dan isterinya nanti? Adakah mereka akan bersatu semula? Apa hubungan Maya (Watie Sadali) dengan rumah agam yang tersergam indah itu? Adakah Maya juga mengenali Rafiq?
Pelakon
sunting- Rusdi Ramli sebagai Rafiq
- Amyza Adnan sebagai Alya
- Leez Rosli sebagai Shila
- Keena Mentor sebagai Arisa
- Dazrin Kamarudin sebagai Arisz
- Afzan A. Rahman sebagai Ramli
- Annie Arifin sebagai Suzanna
- Watie Sadali sebagai Maya
- Lan Siro sebagai Rashid
- Beego sebagai Ustaz Amin
- Qistina sebagai Zulaikha
- Farwina sebagai Baby
- Cat Farish sebagai Khamis
- Noni sebagai Lisa
Runut bunyi
sunting- "Pendam" - Shahir
- "Muah" - Suzanne
- "Aku Ditipu Lagi" - Data
- "Bertakhta di Hati" - Farahdhiya
- "Kau Telah Pergi" - Farahdhiya
- "Seperti Yang Lain" - Min Yasmin
- "Hilangkanlah" - Min Yasmin
- "Cinta Sesungguhnya" - Sabhi Saddi
- "Bukan Membencimu" - Farahdhiya
Rujukan
sunting- ^ "Dosa Seorang Suami di TV3". Selebriti Online. 19 Ogos 2014. Dicapai pada 2 Mei 2015.
- ^ Dosa Seorang Suami (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 Julai 2019.