DoubleTree by Hilton ialah sebuah rangkaian hotel Amerika dan merupakan sebahagian dari Hilton Worldwide. Sebagian besar hotel DoubleTree dimiliki oleh entiti lain, yang dioperasikan dengan kaedah francais, namun terdapat juga yang dioperasikan sendiri oleh Hilton Worldwide.[4] DoubleTree merupakan jenama Hilton yang jumlah hotelnya paling pantas berkembang sejak tahun 2007, dan juga menjadi jenama Hilton yang jumlah biliknya paling pantas berkembang antara 2007–2015.[5][6][7][8][9][10] Sehingga 31 Disember 2018, DoubleTree memiliki 559 hartanah dengan 130.714 bilik, yang mana 117 hartanah dikelola dengan 33.779 bilik, sementara 442 hotel difrancaiskan dengan 96.935 bilik.[3]

DoubleTree by Hilton
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriHotel
DitubuhkanJanuari 1969; 55 tahun yang lalu (1969-01) di Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat
PengasasSamuel F. Kitchell[1][2]
Ibu pejabatMcLean, Virginia, Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
PemilikHilton Worldwide Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukHilton Worldwide
Tapak webwww.doubletree.com
Facebook: Doubletree Twitter: doubletree Instagram: doubletree LinkedIn: doubletree-hilton Youtube: UCqBZmHn5oL1vK7LoXkpOcsA Pinterest: doubletree Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

DoubleTree bersaing dalam kategori perkhidmatan penuh, bersama rantaian kembar Hilton Hotels & Resorts. Salah satu ciri khas DoubleTree ialah biskut coklat yang mulai disajikan pada awal dekad 1980-an untuk penginap, namun kini disajikan pada semua penginap. Biskut ini dibuat oleh Christie Cookie Company sejak 30 tahun lalu.[11]

Sejarah sunting

 
Sebuah hotel DoubleTree di Denver

Hotel Doubletree pertama dibuka di Scottsdale, Arizona, pada tahun 1969.[12] Hotel ini terletak di bawah Scottsdale Fashion Square dan dibangun oleh Sam Kitchell.[2] Doubletree Corporation kemudian bergabung dengan Promus Hotel Corporation pada Disember 1997, menyatukan jenama Doubletree, Red Lion, Hampton Inn, dan Embassy Suites.[13] Pada Disember 1999, Hilton Hotels Corporation memperoleh Promus Hotel Corporation. Jenama Doubletree Hotels dan jenama hotel Promus yang lain berada di bawah Hilton Worldwide.[14] Pada awal tahun 2011, Hilton Worldwide melancarkan logo dan nama baru untuk rangkaian hotel ini, yang awalnya "Doubletree" dinamakan sebagai "DoubleTree by Hilton".[15]

Strategi francais DoubleTree mampu meyakinkan beberapa pengendali hotel untuk turut serta dalam rangkaian. Strategi ini berbeza dengan Marriott ataupun Sheraton yang bergantung pada pembangunan hotel baru untuk meningkatkan jumlah hartanahnya. DoubleTree juga menyediakan pilihan lebih murah untuk bergabung dalam francais, sehingga dapat meningkatkan jumlah hartanah, sekaligus menjaga hartanah yang telah bergabung agar tidak keluar dari rangkaian.[16]

Hotel DoubleTree terbesar, dengan 1.094 bilik, dibuka di Orlando, Florida di International Drive pada tahun 2009 setelah dibaik pulih dengan harga $35 juta.[17]

Rujukan sunting

  1. ^ Samuel Kitchell. Amherst College. Accessed December 2017.
  2. ^ a b "Three-Way Expansion for Fashion Square". Arizona Republic. ISSN 0892-8711. Dicapai pada 2017-12-24.
  3. ^ a b https://otp.tools.investis.com/clients/us/hilton_worldwide2/SEC/sec-show.aspx?FilingId=13217616&Cik=0001585689&Type=PDF&hasPdf=1
  4. ^ Doubletree. World Franchising. Accessed October 2013.
  5. ^ "FORM 10-K HILTON HOTELS CORPORATION". getfilings.com. Advameg. Dicapai pada 2 April 2017.
  6. ^ "FORM 10-K HILTON HOTELS CORPORATION" (PDF). media.corporate-ir. Phoenix IR. Dicapai pada 2 April 2017.
  7. ^ "FORM 10-K Hilton Worldwide Holdings Inc". UNITED STATES SECURITIES AND EXCHANGE COMMISSION. Dicapai pada 2 April 2017.
  8. ^ "FORM 10-K Hilton Worldwide Holdings Inc". UNITED STATES SECURITIES AND EXCHANGE COMMISSION. Dicapai pada 2 April 2017.
  9. ^ "FORM 10-K Hilton Worldwide Holdings Inc". UNITED STATES SECURITIES AND EXCHANGE COMMISSION. Dicapai pada 2 April 2017.
  10. ^ "FORM 10-K Hilton Worldwide Holdings Inc". UNITED STATES SECURITIES AND EXCHANGE COMMISSION. Dicapai pada 2 April 2017.
  11. ^ https://www.doubletreecookies.com/history
  12. ^ Doubletree by Hilton. Entrepreneur. Accessed December 2014.
  13. ^ Promus and Doubletree Hotel Companies Will Merge. The New York Times. Accessed December 2014.
  14. ^ Hilton to Buy Promus Chain, Creating One of Biggest Hotel Groups. The New York Times. Accessed December 2014.
  15. ^ DoubleTree by Hilton Introduces New Global Brand Identity, Creating One of Biggest Hotel Groups. Business Wire. Accessed December 2014.
  16. ^ Karmin, Craig. "Hotel Operators Ready to Rumble Over Upgrades". Wall Street Journal. ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2015-10-23.
  17. ^ "ORLANDO GETS WORLD'S LARGEST DOUBLETREE HOTEL". Design Curial. Dicapai pada 3 April 2017.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan DoubleTree di Wikimedia Commons