Doug Emhoff

peguam Amerika Syarikat

Douglas Craig Emhoff[1] (lahir 13 Oktober 1964) ialah seorang peguam Amerika Syarikat. Beliau merupakan suami kepada Kamala Harris, Naib Presiden Amerika Syarikat. Emhoff ialah rakan kongsi di DLA Piper dari tahun 2017 hingga tahun 2020 apabila beliau meninggalkan firma itu. Beliau menjadi Lelaki Kedua dan pasangan orang Yahudi pertama bagi naib presiden Amerika Syarikat.[2]

Doug Emhoff
Emhoff pada 2021
Lelaki Kedua Amerika Syarikat
Memegang jawatan
20 Januari 2021
Naib PresidenKamala Harris
Didahului olehKaren Pence
sebagai Wanita Kedua
Butiran peribadi
LahirDouglas Craig Emhoff
(1964-10-13) 13 Oktober 1964 (umur 59)
Bandar Raya New York, New York, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganKerstin Mackin (k. 1992; c. 2008)
Kamala Harris (k. 2014)
Anak-anak2
PendidikanUniversiti Negeri California, Northridge
Universiti California Selatan

Kehidupan awal sunting

Emhoff dilahirkan di Bandar Raya New York di Brooklyn. Ibu bapa beliau, Barbara dan Michael Emhoff merupakan orang Yahudi.[3] Emhoff mempunyai seorang abang lelaki, Andy Emhoff dan seorang kakak perempuan, Jamie Emhoff.[4] Dari tahun 1969 hingga tahun 1981, Emhoff dibesarkan di Matawan dan Old Bridge Township, New Jersey. Beliau bersekolah di Sekolah Tinggi Cedar Ridge sebelum berpindah bersama keluarganya ke California ketika berusia 17 tahun.[5][6][7][8][9] Emhoff menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi Agoura. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Negeri California, Northridge dan ijazah Doktor Juris dari Universiti California Selatan pada tahun 1990.[10]

Kerjaya sunting

Emhoff adalah litigasi hiburan dan memulakan kerjanya di kumpulan litigasi Pillsbury Winthrop. Beliau kemudiannya berpindah ke Belin Rawlings & Badal, sebuah firma butik pada akhir 1990-an. Beliau membuka syarikatnya sendiri dengan Ben Whitwell pada tahun 2000. Firma itu diambil alih oleh Venable pada tahun 2006. Pelanggannya termasuk Walmart dan Merck.[11] Emhoff kemudian menjadi pengarah urusan pejabat-pejabat Pantai Barat Venable.[12]

Emhoff menyertai DLA Piper sebagai rakan kongsi pada tahun 2017. Beliau bekerja di pejabatnya di Washington, D.C. dan di California.[13][14] Berikutan isterinya, Kamala Harris diumumkan akan menjadi calon gandingan dengan Joe Biden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020, Emhoff mengambil cuti dari DLA Piper.[14] Pada 10 November 2020, kempen Biden-Harris mengumumkan Emhoff akan meninggalkan DLA Piper secara kekal sebelum 20 Januari 2021.[15] Seandainya Emhoff meneruskan kerjaya dengan firma itu, akan timbul permasalahan konflik kepentingan untuk pentadbiran Biden-Harris.[15]

Kempen presiden 2020 sunting

Isteri Emhoff, Kamala Harris ialah calon dalam pemilihan presiden bagi Parti Demokrat 2020 sebelum menarik diri pada Disember 2019.[7] Harris diumumkan sebagai calon gandingan Joe Biden untuk pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020 pada 11 Ogos 2020. Ini menjadikan Emhoff sebagai lelaki ketiga dalam sejarah Amerika Syarikat yang menjadi pasangan naib presiden dari parti politik utama selepas John Zaccaro dan Todd Palin.[16] Semasa Harris menjawat jawatan, Emhoff menjadi Lelaki Kedua Amerika Syarikat yang pertama.[17] Beliau menjadi pasangan naib presiden A.S. berketurunan orang Yahudi yang pertama.[18][19][20][14]

Dalam peranannya sebagai lelaki kedua, Emhoff merancang untuk fokus pada akses yang sama terhadap keadilan dan perwakilan undang-undang.[21]

Kehidupan peribadi sunting

Emhoff berkahwin selama 16 tahun dengan Kerstin Emhoff, née Mackin.[22] Mereka mempunyai dua orang anak, Cole dan Ella.[23][8] Kedua-dua mereka bercerai pada 2008. Emhoff berkahwin dengan Kamala Harris pada 22 Ogos 2014, di Santa Barbara, California dengan adik perempuan Kamala, Maya Harris sebagai perasmi majlis.[24] Sehingga Ogos 2019, Emhoff dan Harris dianggarkan mempunyai nilai bersih $5.8 juta.[25]

Rujukan sunting

  1. ^ California Bar records, Attorney Licensee Profile Douglas Craig Emhoff. Accessed November 10, 2020.
  2. ^ Deliso, Meredith (November 7, 2020). "Vice President-elect Kamala Harris' husband Doug Emhoff set to become 1st second gentleman". ABC News. Dicapai pada November 9, 2020.
  3. ^ Rosenberg, Amy S. (November 20, 2020). "Second gentleman, first Jew, Jersey-raised: Doug Emhoff is making history". Philadelphia Inquirer. Dicapai pada November 25, 2020.
  4. ^ Goldstein, Jessica M. (October 5, 2020). "Doug Emhoff Is the Good Husband". Marie Claire.
  5. ^ "Kamala Harris' husband has roots in Matawan, Old Bridge". centraljersey.com. November 12, 2020. Dicapai pada November 26, 2020.
  6. ^ Davis, Mike (August 12, 2020). "Kamala Harris' husband, Douglas Emhoff, has 'NJ in his veins'". Asbury Park Press. Dicapai pada August 12, 2020.
  7. ^ a b Reston, Maeve (June 3, 2019). "What to know about Douglas Emhoff, Kamala Harris' husband, after that onstage protester moment". CNN. Dicapai pada August 11, 2020.
  8. ^ a b Friedman, Gabe (August 11, 2020). "Kamala Harris is Joe Biden's VP pick - here's what Jewish voters should know" (dalam bahasa Inggeris). Jewish Telegraphic Agency. Dicapai pada August 12, 2020.
  9. ^ "Get to Know Kamala Harris' Husband Doug Emhoff, America's First 'Second Gentleman'". PEOPLE.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 9, 2020.
  10. ^ Cullins, Ashley (March 29, 2019). "First Gentleman? Kamala Harris' Attorney Husband Talks 'Endlessly Fascinating' Campaign Trail". The Hollywood Reporter. Dicapai pada August 11, 2020.
  11. ^ Saul, Stephanie (August 17, 2020). "Doug Emhoff, Kamala Harris's husband, takes a leave of absence from his law firm". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada August 19, 2020.
  12. ^ Greene, Jenna (August 13, 2020). "Westlaw Today Signon". signon.thomsonreuters.com. Dicapai pada August 19, 2020.
  13. ^ Summers, Juana (June 8, 2019). "Harris' husband takes on growing public role in 2020 race". Associated Press. Dicapai pada August 11, 2020.
  14. ^ a b c Bonos, Lisa (August 19, 2020). "The story of Kamala and Doug, a match made in Hollywood (literally)". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 19, 2020.
  15. ^ a b "The Latest: Biden speaks to leaders of European allies". AP NEWS. November 10, 2020. Dicapai pada November 10, 2020.
  16. ^ Emmrich, Stuart (August 13, 2020). "The 9 Things We Know About Kamala Harris's Husband". Vogue. Dicapai pada August 15, 2020.
  17. ^ Edelman, Adam (August 13, 2020). "The first 'second gentleman'? Meet Kamala Harris' husband, Doug Emhoff". NBC News. Dicapai pada August 15, 2020.
  18. ^ Kisken, Tom (August 26, 2020). "Agoura High alumnus could become nation's first 'second gentleman'". Ventura County Star. Dicapai pada August 27, 2020.
  19. ^ "Douglas Emhoff: Kamala Harris's husband and potential 'second gentleman'". BBC News (dalam bahasa Inggeris). August 13, 2020. Dicapai pada August 17, 2020.
  20. ^ Schor, Elana (August 12, 2020). "Harris brings Baptist, interfaith roots to Democratic ticket". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 17, 2020.
  21. ^ Deliso, Meredith. "Doug Emhoff set to become 1st second gentleman". Good Morning America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 10, 2020.
  22. ^ Goldstein, Jessica M. (October 5, 2020). "Doug Emhoff Is the Good Husband". Marie Claire. Dicapai pada November 5, 2020.
  23. ^ Harris, Kamala (May 10, 2019). "Sen. Kamala Harris on Being 'Momala'". Elle. Dicapai pada August 12, 2020.
  24. ^ Siders, David (August 25, 2014). "Kamala Harris married in Santa Barbara ceremony". The Sacramento Bee.
  25. ^ "The Net Worth Of Every 2020 Presidential Candidate". Forbes. August 14, 2019. Dicapai pada August 24, 2019.

Pautan luar sunting