Dr Azhar Ibrahim

pensyarah Singapura

Dr. Azhar Ibrahim bin Alwee (lahir 1971) ialah seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).[1][1] Beliau telah menerima PhD, MA, daripada Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008.

Azhar Ibrahim Alwee
Azhar Ibrahim.jpg
Kelahiran1971
PekerjaanPensyarah di Universiti Nasional Singapura (NUS)
Terkenal keranaMajlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) bagi Karya Sastera Bukan Kreatif 2016

Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam. Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pasca kedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Abbasi Islamic Studies Program, Stanford University (2011).Kajian beliau berfokus pada Teologi Sosial dalam Muslim Asia Tenggara: Trend dan Cabaran, dan Teologi Dialog dalam. Masyarakat Melayu-Indonesia: Prospek dan Halangan. Beliau telah menulis banyak makalah dan buku-buku dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sangat aktif memberikan syarahan di Malaysia dan juga antarabangsa.

Beliau juga merupakan pemenang anugerah Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) bagi Karya Sastera Bukan Kreatif 2016.[2]

KaryaSunting

BukuSunting

  1. Singapore Chronicles: Malays
  2. Narrating Presence: Awakening from Cultural Amnesia
  3. Moral Vision and Social Critique: Selected Essays of Syed Hussein Alatas
  4. Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi
  5. Bahasa dan Tantangan Intelektualisme
  6. Contemporary Islamic Discourse in the Malay-Indonesian World
  7. Utopia Masyarakat Lambak
  8. Syair Kesaksian
  9. Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini
  10. Penjahanaman Pemikiran Intelektual
  11. Historical Imagination and Cultural Responses to Colonialism and Nationalism
  12. Memikir-ulang Tradisi Untuk Pembaharuan


RujukanSunting

Pautan luarSunting

  1. MASTERA perlu giatkan penterjemahan karya Melayu
  2. Kerajaan iktiraf bidang kesusasteraan dalam mencorak kemajuan negara
  3. Istilah Nusantara diguna tanpa semangat penyatuan Melayu