3 Hero Pencen Dalam Kain Ketat Isabela (drama)

Drama 3 Hero Pencen Dalam Kain Ketat Isabelaa merupakan sebuah drama keluaran JD Production Sdn Bhd di Malaysia. 3 Hero Pencen dalam Kain Ketat Isabella mengisahkan tiga sekawan yang ingin berehat dan menghabiskan masa mereka bersama-sama setelah mereka bersara dari kerja masing-masing.

3 Hero Pencen Dalam Kain Ketat Isabela
PenerbitJD Production Sdn Bhd
PenulisLakon layar: Mohd Nizam Hj Nazir
SinematografiWarna, Drama
Mula ditayangkan
2009
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

PelakonSunting

2 bakat baru yang muncul dalam drama ini adalah Khairil (sebagai Iqbal, anak kepada Ghafor yang tinggal di Kuala Lumpur) dan Naim (sebagai Zen, lelaki yang membunuh Isabella).

PenerbitanSunting

Lokasi penggambaran drama ini berlaku sekitar Kuala Lumpur dan mengambil masa 8 hari untuk selesai penggambaran. Drama ini di tayangkan di ASTRO PRIMA.

RingkasanSunting

Drama 3 Hero Pencen Dalam Kain Ketat Isabela mengisahkan mengenai golongan yang baru hendah pencen kerja bertemu dengan remaja yang cantik jelita di kota raya Kuala Lumpur. Ia memaparkan kisah 3 orang lelaki yang baru hendak pencen kerja dan merancang percutian mereka di Kuala Lumpur. 3 lelaki itu ialah Ghafor (Zaibo), Jayos (MR OS) dan Mahmud ( Bob Lokman).

Di Kuala Lumpur mereka terpikat dengan seorang gadis yang bernama Isabella yang bekerja sebagai GRO. Mereka bertiga berkenalan dengan Isabella di tempat yang berlainan dan masing-masing menaruh hati tanpa antara mereka bertiga mengetahuinya.

Isabella pula adalah nama samaran yang digunakan oleh Nurbella yang ingin membalas dendam kepada lelaki-lelaki. Isabella yang sebenar telah mati 6 tahun yang lalu dan kematiannya disaksikan oleh Nurbella, adik Isabella.

Isabella/Nurbella setiap hari menggoda lelaki ditempat kerjanya dan mengenakankan mereka dengan mengikis harta serta memperbodoh-bodohkan lelaki yang berjaya digodanya.

Ghafor, Jayos dan Mahmud akhirnya mengetahui bahawa Isabella yang sebenar telah mati dan mereka juga tahu bahawa Isabella/Nurbella terpaksa bekerja sebagai GRO hanya kerana ingin membalas dendam terhadap kematian kakaknya yang dirogol oleh lelaki bernama Zen.

RujukanSunting

Pautan luarSunting