Adam & Hawa (drama)

(Dilencongkan dari Drama Adam & Hawa)

Adam & Hawa ialah sebuah drama Malaysia tahun 2012 yang diadaptasi daripada novel bertajuk sama. Dibintangi oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.[1]

Adam & Hawa
GenreDrama
Cinta
Keluarga
Dendam
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel "Adam & Hawa" karya Aisya Sofea
Ditulis olehRozie Rashid
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Aaron Aziz
Nadiya Nisaa
Elfaeza Ul Haq
Dazrin Kamarudin
Lagu pembukaanMuara Hati - Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod80
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Zetty Adila Ramly
  • Zetty Alia Ramly
PenerbitZaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran25 Minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalAstro Mustika HD
Siaran asal27 Ogos 2012 – 10 Januari 2013
Kronologi
Diikuti olehSehangat Asmara

Sinopsis sunting

Ain Hawani (Nadiya Nisaa) berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz (Aaron Aziz) seorang pilot yang lagaknya seperti playboy... Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam ingin menjerat lelaki itu. Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban. Ain Hawani zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.

Pelakon sunting

Runut Bunyi sunting

  • Muara Hati - Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
  • Aku yang berdosa - Shahir
  • Bengang - Akim Ahmad
  • Ingkar - Bunga Citra Lestari


Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Adam & Hawa mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.