Asmara (drama)
Asmara adalah sebuah drama di TV3. Drama ini disiarkan pada pukul 10.00 malam dan ditayangkan pada setiap hari Selasa.
Asmara | |
---|---|
Format | Drama Romantik |
Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem (season 1 ) |
Pengarah | Heykal Hanifah |
Dibintangi oleh | Shahz Jaszle(Musim 1 - 2)Faezah Elai(Musim 1-2) |
Negara asal | ![]() |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Penyunting | Romizal Rosle |
Tempoh siaran | 60 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Season 1 - Season 2) |
PelakonSunting
Musim 1
- Shahz Jaszle sebagai Asmara
- Faezah Elai sebagai Zaliya
- Faralyna Idris sebagai Melati
- Nazim Othman sebagai Raziq
- Rahim Jailani sebagai Sahlan
- Fiza Halim sebagai Tria
- Syed Ali sebagai Aman
- Dian P. Ramlee
- Fauziah Nawi
Musim 2
- Shahz Jaszle sebagai Asmara
- Faezah Elai sebagai Zaliya / Suhana
- Faralyna Idris sebagai Melati
- Fezrul Khan sebagai Ferhad
- Fiza Halim sebagai Tria
- Marsha Milan sebagai Zira
- Hairul Azreen sebagai Fikri
- Marissa Yasmin sebagai Noreen
- Rahim Jailani sebagai Sahlan
- Syed Ali sebagai Aman
- Fauziah Nawi
- Dian P. Ramlee
Sinopsis Musim 1Sunting
Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shahz Jaszle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
Sinopsis Musim 2Sunting
Asmara (Shahz Jazie) sukar untuk menerima kenyataan yang isterinya Zaliya (Faezah Elai) telah meninggalkan dirinya buat selama-lama, Zaliya yang masih koma dikatakan sudah meninggal dunia oleh Sahlan. Hanya Sahlan, Rohayu, Tria dan Orang Gaji Sahlan sahaja yang mengetahui perkara sebenar mengenai Zaliya. Penampilan Asmara mula berserabut dan tidak terurus kerana tidak menjaga diri selepas kematian Zaliya, walau bagaimanapun Asmara masih tetap dan bertegas dengan pendiriannya. Dalam masa yang sama, Asmara akan terus berdendam pada Sahlan yang menjadi punca perpisahannya dengan Zaliya. Walau bagaimanapun Asmara tetap menjaga batasan tingkah lakunya dengan Sahlan, kerana Sahlan merupakan bapa mertuanya. Asmara tekad untuk menerima kenyataan dan berubah demi Adam dan watak Osman yang menjadi perbualan dalam musim lepas akan di zahirkan dalam musim ini untuk tontonan bagi menambah kehangatan drama Asmara musim ke 2.
RujukanSunting
Sumber: http://blog.mohdisa.com/sinopsis-drama-asmara-2-tv3.html#ixzz1H25rAEVg