"DFKL" dilencongkan di sini.

Drama Festival Kuala Lumpur (secara rasmi disingkat sebagai DFKL) ialah anugerah majlis tahunan Malaysia yang mengiktiraf pencapaian sinematik dalam industri televisyen, khususnya drama dan telefilem yang dianjurkan oleh dua rangkaian televisyen milik Media Prima Berhad, TV3 dan TV9.[1]

Drama Festival Kuala Lumpur
PenghargaanPencapaian cemerlang dalam industri televisyen Malaysia
NegaraMalaysia
Disampaikan olehMedia Prima Berhad
Anugerah pertama22 Februari 2014
Laman web rasmiwww.dfkl.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3, TV9

Bermula sebagai seminar dan bengkel televisyen yang diadakan pada 20 dan 21 Februari 2014, majlis anugerah pertama DFKL diadakan pada 22 Februari. Penganjuran DFKL adalah setara dengan Festival Filem Malaysia yang mengiktiraf karyawan filem Malaysia dan Anugerah Industri Muzik yang mengiktiraf karyawan industri muzik Malaysia.[2]

Gambaran keseluruhanSunting

Drama Festival Kuala Lumpur dianjurkan bagi meningkatkan lagi mutu penerbitan drama bersiri dan telefilem Melayu di kaca televisyen tempatan.[3] Program ini berjaya menarik ratusan peserta yang terdiri daripada penulis, pengarah, dan pelakon baharu yang berminat menerokai industri penerbitan drama di Malaysia.[4]

Pertandingan Drama Pendek DFKL (juga dikenali sebagai DFKL Shorties) diperkenalkan bagi mempromosikan DFKL.[5] Melalui pertandingan ini, para pembikin filem, penerbit, pelakon, penulis skrip dan berpeluang mencipta drama lima minit untuk dipertontonkan kepada umum.[3]

Senarai PenganjuranSunting

Edisi Tarikh Tempat Siaran Pengacara Drama Pilihan
Pertama 22 Februari 2014 Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur TV3 Sherry Alhadad
Zulin Aziz
Love You Mr. Arrogant
Ke-2 22 Mac 2015 Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor AG Selamat
Yana Samsudin
Rindu Awak 200%
Ke-3 19 Mac 2016 Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur Fattah Amin
Amyra Rosli
Fizie (Hot FM)
Kau Aku Kita
Ke-4 9 April 2017 Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor AG Selamat
Sherry Alhadad
Rita Rudaini
7 Hari Mencintaiku
Ke-5 13 Mei 2018 Nabila Huda
Ajak Shiro
Dekatkan Jarak Kita
Ke-6 7 April 2019 Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Awal Ashaari Nur

Alumni terkenalSunting

DFKL turut mencungkil pelapis baharu bagi mewarnai industri hiburan tanah air, berikut ialah alumni yang diperkenalkan di DFKL.

Lihat jugaSunting

Anugerah berkaitan

RujukanSunting

  1. ^ Lambakan acara anugerah di Malaysia Kosmo! (14 Februari 2014). Dicapai pada 8 September 2014.
  2. ^ Shylah Rashid (12 Februari 2014). DFKL sedia platform bakat baru iktiraf drama tanah air Yahoo! Lifestyle. Dicapai pada 8 September 2015.
  3. ^ a b Anugerah drama popular di DFKL Utusan Malaysia (25 Disember 2013). Dicapai pada 8 September 2017.
  4. ^ Bengkel cungkil bakat seni baharu Kosmo!. Dicapai pada 8 September 2014.
  5. ^ TV3 dan TV9 anjur pertandingan Drama Pendek Berita Harian (11 Dieember 2014). Diperoleh pada 8 September 2016.

Pautan luarSunting