Buka menu utama

Drama Kak Marr ini merupakan drama bersiri 20 episod yang diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd, Ia mula ditayangkan pada 13 Januari 2017, setiap Isnin hingga Khamis bermula 6.30 petang.

Kak Marr
GenreKomedi
Ditulis olehMufid Shuhaimi
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Bilangan episod20
Syarikat penerbitan
Zeel Production Sdn.Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3, (Slot Iris)
Siaran asal13 Januari 2016 – 13 Februari 2016

Drama Kak Marr ini diarahkan oleh Emi Suffian, dan dibintangi oleh Che Ta sebagai Kak Marr juga oleh pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Redza Rosli.

Ia turut dijayakan oleh Ben Ali, Azza Elite, Hairi Safwan, Adik Arissa, Mustaqim Bahadon, Fattah Amin, Ayu Raudhah, Aishah Ilias, Kazar, Ayumie Azizan, Tatty Hassan, Jasmin Hamid dan John Chisel.

Drama Kak Marr menjalani penggambaran di Tasik Timah Tasoh, Perlis dan sekitar Kuala Lumpur. Drama ini membabitkan dialek utara dan juga mengisahkan suasana di kedai makanan, dengan pelbagai menu masakan utara. Ia melibatkan 90 peratus suasana di Tasik Timah Tasoh dan 10 peratus penggambaran filem ini pula dibuat di Kuala Lumpur, dengan jumlah penggambaran semua sekali selama 35 hari.[1]

SinopsisSunting

Mengisahkan Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya. Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr. Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr.

Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr. Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr. Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr?

PelakonSunting

Lagu temaSunting

Lagu tema ini karya Aina Abdul dengan lirik oleh Marr Mohamad dan dinyanyikan oleh Izreenazminda

RujukanSunting

Pautan luarSunting