Kerna Syurga Bukan Percuma merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2017 yang disiarkan melalui slot Astro Oasis dan Astro Maya HD[1], pada Setiap Isnin-Rabu, 9.00 Malam bermula dari 6 November 2017.

Kerna Syurga Bukan Percuma
GenreDrama
Cinta
Konflik
Ditulis olehNajmi Fetih
PengarahMohd Habibullah
Dibintangi oleh
Fikry Ibrahim
Elfira Loy
Fendy Bakry
Fadzil Zahari
Syatilla Melvin
Lagu pembukaanJalan Keluar (Rabithah)
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulian Jayaseela Victor
Osman Ali
PenerbitAzlina Abd Wahid
Tempoh siaranSetiap Isnin-Rabu, 9.00 Malam
Syarikat penerbitan
Nuansa Sdn Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Oasis (Slot Raihana) & Maya HD
Siaran asal6 November 2017 – 27 Disember 2017

Drama Kerna Syurga Bukan Percuma terdiri daripada 24 episod dan ditayangkan pada Setiap Isnin-Rabu, 9.00 Malam melalui saluran Astro Oasis & Maya HD. Ia merupakan sebuah drama terbitan oleh Nuansa Sdn Bhd. Drama bersiri Kerna Syurga Bukan Percuma ini diinspirasikan daripada sebuah novel karya Najmi Fetih.

PelakonSunting

Drama Kerna Syurga Bukan Percuma turut memaparkan lakonan oleh Fikry Ibrahim, Elfira Loy, Fendy Bakry, Fadzil Zahari dan Syatilla Melvin.[2]

RingkasanSunting

Mengisahkan Khairul Rafeeq atau Khai, seorang remaja yang ingin berhijrah ke arah kebaikan. Namun hijrah itu tidaklah semudah yang disangka, pelbagai dugaan yang perlu ditempuhinya.

Perjalanan taubatnya dibantu oleh Abang Surau, nama panggilan yang diberikan kepada pemuda yang ditemuinya di sebuah surau. Sejak pertemuan itu, persahabatan antara mereka menjadi semakin akrab.

Abang Surau mempunyai peribadi yang cukup mulia. Tatkala Khai seakan-akan mahu berputus asa dengan hidayah yang diberikan kepadanya, Abang Surau sentiasa ada untuk menguatkan semangatnya mencari redha Allah.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Dibantu olehSunting

Ulang siarSunting

Pada 4 Februari 2019, drama ini telah diulang siar menggantikan Lelaki Kiriman Tuhan di Astro Oasis (Slot Raihana).

RujukanSunting

Pautan luarSunting