Drama Korea (Hangul한국드라마; RRhanguk deurama) atau drama-K ialah drama yang disiarkan dalam Bahasa Korea dan dibuat di Korea Selatan. Kebanyakan Drama Korea adalah dalam format minisiri dengan beberapa ciri yang berbeza daripada drama-drama yang dibuat di negara lain. Korea Selatan mula menyiarkan siri televisyen pada tahun 1960-an. Format terkini drama iaitu diantara 12 sehingga 24 episod bermula pada tahun 1990-an.

Format sunting

Drama Korea biasanya diarahkan oleh seorang pengarah dan skrip ditulis oleh seorang penulis skrip tidak seperti siri televisyen Amerika Syarikat dimana kerap kali beberapa pengarah dan penulis skrip bekerja bersama-sama.[1] Drama Korea biasanya mempunyai hanya satu musim dengan 12 sehingga 24 episod. Drama sejarah (sageuk[2]) mungkin lebih lama diantara 50 sehingga 200 episod tetapi ia juga disiarkan hanya satu musim.

Waktu siaran drama ialah pukul 10:00 sehingga 11:00 malam dengan episod pada dua hari berturut-turut: Isnin dan Selasa, Rabu dan Khamis serta hujung minggu. Drama-drama berlainan disiarkan menerusi saluran seluruh negara, Seoul Broadcasting System (SBS), Korean Broadcasting System (KBS), Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) dan menerusi saluran kabel, Joongang Tongyang Broadcasting Company (jTBC), Channel A, tvN dan Orion Cinema Network (OCN).

Slot petang pukul 7:00 sehingga 8:00 malam biasanya untuk drama harian yang disiarkan dari hari Isnin sehingga Jumaat. Drama-drama di dalam slot ini biasanya dalam format telenovella.

Siri Sageuk sunting

Sageuk merujuk kepada mana-mana drama atau filem Korea sama ada berdasarkan tokoh-tokoh sejarah, menggabungkan peristiwa-peristiwa sejarah, atau menggunakan latar belakang sejarah. Dari segi teknikal perkataan sageuk bermaksud "drama sejarah," istilah ini biasanya dikhaskan untuk drama yang berlatarkan sejarah Korea.[3]

Siri kontemporari sunting

Drama yang berlatarkan zaman kontemporari biasanya disiarkan hanya semusim diantara 12 sehingga 23 episod selama 60 minit.

Rujukan sunting

  1. ^ Chosun Ilbo 2007.
  2. ^ Korea.net 2012.
  3. ^ "Introduction to Sageuks". Sageuk: Korean Historical Dramas. Dicapai pada 2016-03-01.