Sakti Delima

(Dilencongkan dari Drama Sakti Delima)

Sakti Delima ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 dibintangi Bienda, Sheila Rusly dan Iqram Dinzly. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda, TV3 3 Januari 2011, menggantikan Putera Katak.

Sakti Delima
GenreDrama
Fantasi
Ditulis olehSofia J Rhyland
PengarahAhmad Yahya (Jinggo)
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
PenerbitSheila Rusly
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
JS Picture sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Januari 2011 – 31 Januari 2011
Kronologi
MengikutiPutera Katak
Diikuti olehKemboja Putih

Sinopsis sunting

Drama yang diadaptasikan dari filem klasik kegemaran ramai, Pancha Delima ini mengisahkan tentang kesakitan seutas kalung yang menjadi rebutan ramai. Kisah bermula dengan perihal Taib, seorang pengusaha chalet di sebuah pusat peranginan di tanah tinggi, juga seorang bapa tunggal yang mempunyai 3 orang anak perempuan yang bernama Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur. Siti Melur (lakonan Bienda) merupakan anak bongsu yang kerap dibuli kedua kakaknya hasil dari perkahwinan pertama Taib.

Taib sedih melihat kerenah Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan sahaja asyik bertelagah sesama sendiri malah mereka juga selalu membuli adik mereka Siti Melur.

Pada suatu malam, Siti Melur telah bermimpi berjumpa dengan almarhum ibunya, Nur Aisyah. Ibu Siti Melur telah memberitahu bahawa kalung di lehernya bergelar Sakti Delima, yang akan membawa tuah kepadanya pada masa akan datang. Dari mimpi-mimpinya barulah Siti Melur tahu akan perkara sebenar bahawa ibunya merupakan seorang bunian yang memilih untuk berkahwin dengan manusia, tanpa membocorkan rahsia ini.

Akan tetapi, Siti Melur dibenarkan untuk bertanya kepada ayah dan ayahnya mengakui akan kebenaran kata-kata Nur Aisyah itu. Namun, dia tidak mahu bercerita panjang lebar lagi tentang isterinya itu kerana seakan terdapat kesedihan dan kekesalan di dalam nada suara Taib. Lalu, Siti Melur pun berhenti bertanya kerana tidak mahu ayahnya sedih.

Pada satu hari, Taib telah pergi mengikuti seorang temannya memburu ayam hutan. Pelik, Taib masih tidak pulang walaupun hari sudah malam. Siti Melur yang bimbang tentang keselamatan ayahnya telah keluar untuk mencarinya di dalam hutan walaupun dihalang oleh kakak-kakaknya. Nasib Siti Melur baik kerana dia tahu denai yang dilalui oleh ayahnya. Hatta, Siti Melur terkejut melihat ayahnya sedang tertiarap di atas tanah sambil dihempap batang pokok manakala rakannya pula telah meninggal dunia.

Tetapi, entah dari mana, tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri menawarkan diri untuk membantu Siti Melur. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Nur Firdaus Kencana (Iqram Dinzly), lelaki itu mengangkat pokok tersebut dari atas Taib. Kemudiannya dia menghantar Siti Melur bahawa dia mempunyai kalung yang sangat cantik dan sempat berjenaka bahawa loket delima tersebut mempunyai kuasa sakti. Siti Melur pelik kerana hanya ada dua orang sahaja yang tahu tentang kalung itu.

Antara cinta, khianat, cabaran dan janji, mampukah Siti Melur menerokai fantasi yang tersimpul bersama kalung sakti misteri kepunyaannya itu? Dan apakah jawapan di sebalik kemunculan Nur Firdaus Kencana yang mengetahui akan kedua-dua rahsia tersebut?

Pelakon sunting

Kontroversi sunting

Dipetik daripada Berita Harian

DRAMA bersiri Sakti Delima yang sudah pun mula menemui penonton TV3 menerusi slot Lagenda pada minggu lalu (3 Januari) terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu berkuat kuasa 10 Januari berikutan arahan yang diterima daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh TV3, stesen berkenaan akur dengan arahan LPF dan menarik balik tayangan drama bersiri daripada slot Lagenda dengan serta-merta. Mereka juga akan menyerahkan kesemua 20 episod pita rakaman drama Sakti Delima untuk proses pemantauan kepada pihak LPF demi memastikan jalan cerita dan elemen yang dipaparkan tidak mengandungi sebarang unsur syirik dan tahyul ketara, yang boleh memesongkan akidah Islam.

Baru saja bersiaran sebanyak empat episod, epik klasik yang diadaptasi daripada filem asal Pancha Delima lakonan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dan seniwati Saadiah yang mengisahkan kesaktian seutas kalung yang menjadi rebutan ramai, kini diberikan nafas baru serta menampilkan barisan pelakon berbakat di bawah sentuhan kreatif pengarah Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland.

Drama Sakti Delima diterbitkan oleh Js Pictures Sdn Bhd dan menampilkan barisan pelakon wanita popular tanah air yang kebanyakannya bertudung seperti Bienda, Sheila Rusly, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross dan Liza Hanim. Mereka dibantu oleh Iqram Dizzly, Ungku Ismail dan Yazal Jalal.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak TV3 bercadang untuk menyiarkan semula drama bersiri ini menerusi slot Lagenda pada setiap Isnin hingga Khamis pada awal April nanti, apabila drama berkenaan mendapat kelulusan tapisan LPF. Sementara itu, Sheila ketika dihubungi semalam percaya apa yang terjadi pasti ada hikmah tersembunyi.

"Manalah tahu apabila ditayangkan kembali nanti, jumlah penontonnya semakin ramai pula,” kata Sheila mengenai drama yang didakwanya sudah pun mempunyai pengikut sendiri sejak ditayangkan saluran nombor satu terbabit.

Sebagai penerbit dan juga pelakon, Sheila menafikan drama bersiri arahan Jinggo itu mempunyai unsur tahyul dan syirik yang boleh memesongkan akidah penonton seperti yang didakwa.

“Bukan pertama kali kami menerbitkan drama berunsur mistik dan magis seperti ini. Sebelum ini kami pernah terbitkan drama yang mempunyai konsep yang sama seperti Anak Betong dan Cucu Betong, tapi tak pula ada masalah.

"Adalah menjadi matlamat Js Pictures apabila setiap kali menerbitkan sesebuah produk, unsur keislaman diterapkan sama," katanya.

Apabila perkara yang bersangkut paut dengan akidah dikaitkan dengan dramanya, Sheila turut mempertikaikan perkara yang sama, yang wujud dalam drama dari seberang di mana unsur tahyulnya lebih hebat daripada drama terbitan tempatan.

“Rasanya unsur tahyul dalam drama terbitan seberang lebih banyak dan sangat mengelirukan penonton, tapi masih lepas untuk ditayangkan di negara ini. Kenapa ada sikap double standard dalam perkara ini?” soal Sheila kembali. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Sakti Delima watak tahyul Iqram jadi punca pengerusi Lpfm". Mstar. 13 Januari 2011. Dicapai pada 6 September 2021.