Setia Hujung Nyawa

(Dilencongkan dari Drama Setia Hujung Nyawa)

Setia Hujung Nyawa merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2012 arahan Amie Maziah Abdul Rahman terbitan Suhan Movies & Trading, diadaptasi dari novel 2011 dengan tajuk sama karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Dibintangi oleh Nelydia Senrose sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi.[1] Drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 bermula 24 Disember 2012 dan berakhir pada 7 Februari 2013.[2] Sebuah telefilem khas drama ini, Setia Hujung Nyawa Raya memulakan tayangan perdana pada Hari Raya Aidilfitri 2013.[3]

Setia Hujung Nyawa
GenreDrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Fatin Nabila
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahAmie Maziah Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"AdaMu" oleh Najwa Latif
Lagu penutup"AdaMu" oleh Najwa Latif
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Penyunting
  • Mohd Hafiz Che Noh
  • Selamat Yusof
  • Haikal Fadzil
  • Romizal Mohd. Rosli
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Siaran asal24 Disember 2012 – 7 Februari 2013
Kronologi
MengikutiCinta Itu Milikku
Diikuti olehRindu Bertamu Di Abu Dhabi

Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Sinopsis sunting

Mengisahkan kehidupan Zain (Amar Asyraf) yang berubah dalam sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci masyarakat, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina (Nelydia Senrose) yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi percintaan Zain dan Ersalina?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Sambutan sunting

Setia Hujung Nyawa mencipta rekod tersendiri dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta penonton semasa episod akhirnya disiarkan pada 8 Februari 2013 dan mencatat 58 peratus daripada jumlah tontonan keseluruhan di stesen televisyen di Malaysia.[5] Jumlah tontonan kemudiannya meningkat kepada 4 juta penonton.[6]

Adaptasi telefilem sunting

Sebuah telefilem khas adaptasi drama ini, Setia Hujung Nyawa Raya memulakan tayangan perdana pada Hari Raya pertama. Amar dan Nelydia kembali menjayakan peranan mereka.[3]

Muzik dan runut bunyi sunting

  • "AdaMu" - Najwa Latif
  • "Maafkan Aku" - Last Minute
  • "Mata Hati" - Nubhan
  • "Sastera Si Kupu-Kupu" - Mimie Haris

Anugerah sunting

Setia Hujung Nyawa menerima pencalonan bagi kategori Anugerah Khas Juri di Anugerah Skrin 2013, namun gagal tercalon bagi kategori Drama Rantaian Terbaik.

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah Skrin 2013 Anugerah Khas ASK 2013 Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (14 Disember 2012). Sinopsis Drama Bersiri Setia Hujung Nyawa Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 Januari 2013.
  2. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (16 Disember 2012). Setia Hujung Nyawa, satukan cinta Amar Asyraf, Nelydia Senrose Sinar Harian. Diperoleh pada 16 September 2013.
  3. ^ a b Amar Asyraf dan Nelydia Senrose dalam Setia Hujung Nyawa Raya mSTAR Online (4 Ogos 2013). Diperoleh pada 16 September 2013.
  4. ^ Setia Hujung Nyawa (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  5. ^ "3.5 juta tonton drama Setia Hujung Nyawa". Utusan Malaysia. 16 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-09. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  6. ^ "Drama Setia Hujung Nyawa cipta rekod dengan tontonan cecah 4 juta". Beautifulnara. 9 Februari 2013. Dicapai pada 16 September 2013.

Pautan luar sunting

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 7.00 petang
Sebelumnya Setia Hujung Nyawa Berikutnya
Cinta Itu Milikku Rindu Bertamu Di Abu Dhabi