Dream Girl (Melayu:Gadis Impian) merupakan filem remaja Tanglish (Inggeris- Tamil) dari Malaysia yang ditayangkan pada Februari 2011. Filem ini menjadi sangat popular dan berjaya memecah box-office di Singapura, British, Korea Selatan, Jepun, Afrika Selatan, Canada dan Trinidad dan Tobago

Dream Girl
PengarahVarmen
PenulisVarmen
Dihasilkan olehSelvam Bryce
DibintangiKareena
Joseph
Siddarth
Vinod
Priya D'Souz
Kartik
Rozeldo Rac
Benny
Muzik olehMista G
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehStar Teen Orginal Movie Worldwide
Tarikh tayangan
Februari 14 2011
Masa tayangan
200 minit
Negara India
 United Kingdom
 Singapura
 Malaysia
BahasaTanglish (Inggeris- Tamil)
Bajet$100,000,000
Pecah panggung$523,746,996

Plot sunting

Joseph(Joseph), Jared (Siddarth), Surya(Vinod), Laura Darshini (Priya D'Souz), Rachel (Rozeldo Rac )dan Deva (Benny) merupakan kawan yang baik dan belajar di sekolah yang sama . Pada suatu hari, seorang budak perempuan baru yang cantik bernama Monisha (Kareena) menyertai sekolah yang sama dan menjadi kawan yang rapat dengan mereka. Dalam diam, Noel dan Jared mula menaruh perasaan pada Monisha. Mereka berjanji akan bertanding dengan adil untuk memenangi hati Monisha dan pertandingan ini akan diperhati oleh Surya. Sementara itu, Surya yang mencintai Laura meluahkan perasaan cintanya kepadanya tetapi ditolak kerana Laura menyatakan dia mencintai lelaki lain. Laura menyuruh Surya untuk berjumpanya keesokan harinya untuk menemukan Surya dengan teman lelaki Laura. Tetapi, pada keesokan harinya Laura mengejutkan Surya dengan berita bahawa dia sebenarnya tiada teman lelaki tetepi hanya menipu Surya untuk bermain. Laura juga menyatakan bahawa dia mencintai Surya. Rachel pula terpaksa berpindah ke Amerika Syarikat kerana bapanya terpaksa berpindah ke sana.Selepas 3 tahun ,Monisha menjemput kesemua temanya ke rumahnya. Noel dan Jared ingin mengunakan kesempatan ini untuk meluahkan cinta mereka tetapi kecewa kerana tujuan Monisha memangil mereka ialah untuk menemukan mereka dengan bakal suaminya.

Watak sunting

  • Kareena sebagai Monisha. Seorang gadis yang bijak dan cantik. Sentiasa membantu temannya semasa mereka menghadapi masalah.
  • Joseph sebagai Joseph. Dianggap sebagai ketua kepada kawan-kawanya. Dia merupakan seorang yang bertanggungjawab dan baik
  • Siddarth sebagai Jared. Seorang yang sentiasa memberi nasihat kepada kawanya dan sentiasa mengikuti fesyen terkini
  • Rachel Ann sebagai Laura Darshini. Seorang gadis yang comel dan manja. Sentiasa menghiburkan hati kawan-kawanya.
  • Vinod sebagai Surya. Surya merupakan yang paling bijak di antara kawan-kawannya dan perwatakya hampir sama dengan Laura
  • Rozeldo Rac sebagai Rachel. Sama seperti Laura, Rachel merupakan seorang gadis yang manja dan comel. Kawan yang rapat kepada Surya walaupun mereka sentiasa bergaduh
  • Chandru sebagai Chandran. Bakal suami Monica

Runut Bunyi sunting

Dream girl
Runut bunyi oleh
Mista G,Priya D'Souz, Varmen, Thaja Ghosal, Rachel Sidddarth, Noel
Dilancarkan pada2011  
Dirakamkan padaStar Teen Pop Record
GenrePop, pop rock, dance music, world music
BahasaBahasa Tamil  
SyarikatStar Teen Pop Record
PenerbitMista G
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini


# Lagu Singer(s) Notes Lyrics
1 "Frenz x foe" Mista G,Priya D'Souz, Varmen, Thaja Ghosal, Rachel Siddarth Ost untuk dream Grilz Mista G,Priya D'Souz
2 "Dating"
3 70's Penne Mista G, Varmen Bertemakan tahun 70'an Varmen
4 Katheley Siddarth and Noel Lagu dalam dwi bahasa tamil dan english Varmen dan Siddarth