Drones merupakan album studio kedua oleh kumpulan rock Malaysia, Seven Collar T-Shirt, dikeluarkan pada 1 November 2004 oleh Laguna Records dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Album ini merupakan album pertama kumpulan ini bersama Laguna Music dan satu-satunya album Seven Collar T-Shirt yang mempunyai lagu dengan tajuk sama.[2]

Drones
Album studio oleh
Dilancarkan pada1 November 2004[1]
Dirakamkan pada2003-2004
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
StudioGreenhouse Studio
GenreHard rock, rock progresif
Panjang39:26
BahasaInggeris
SyarikatLaguna Records, Universal Music Malaysia
PenerbitJeffrey Little
Kronologi Seven Collar T-Shirt
Freeway, Dreaming & Broke
(2002)
Drones
(2004)
The Great Battle
(2009)
Single daripada Drones
  1. "Faith"
    Dikeluarkan: 2004
  2. "War Is Over"
    Dikeluarkan: 2004
  3. "Summary"
    Dikeluarkan: 2004
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

Selepas berjaya dengan album sulung, Freeway, Dreaming & Broke (2002), Seven Collar T-Shirt meninggalkan syarikat rakaman lama mereka, I Seek Music dan mengikat kontrak bersama Laguna Records. Rakaman album Drones bermula pada awal 2004.[2] Album ini menandakan kerjasama sulung kumpulan ini bersama penerbit rakaman, Roslan Aziz yang berkhidmat sebagai pengadun. Proses mastering dilakukan oleh Joe Gastwirt di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.[2] Drones menjadi rakaman pertama Seven Collar T-Shirt bersama pemain dramnya yang baru, Adil Ali selepas pengunduran bekas pemain dramnya Mokhtarizal pada 2003 untuk menguruskan syarikat rakamannya, I Seek Music dan juga cabang pertama Roslan bagi muzik rock indie.[2] Ia juga merupakan album terakhir pemain besnya, Rafidi sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 2006, dan digantikan oleh Sim Keng Lee.

Keluaran dan sambutan sunting

Drones dikeluarkan pada 1 November 2004. Untuk mempromosikan album ini, tiga lagu telah dikeluarkan sebagai single–"Faith", "War Is Over" dan "Summary". "Summary" menduduki nombor 1 di carta radio ROTTW dan nombor 2 di carta Malaysian Top 10 hitz.fm, "Faith" dinamakan sebagai lagu yang paling banyak diundi selama 2 tahun berturut-turut oleh majalah ROTTW dan KLue. "The Works" dikeluarkan di Filipina dan menduduki nombor 3 di carta NU107 FM.[3]

Dalam ulasan retrospektif mengenai album ini, Kevin Soo dari The Star Online berkata: "Secara liriknya, Drones lebih tekankan sisi gelap dalam nadanya, menarik intisari (jika tidak spesifik) nuansa hidup, sambil cuba menikmati yang luar biasa yang akan ditemui di tengah-tengahnya."[4]

Seven Collar T-Shirt dalam satu temuramah oleh The Star pada Februari 2014 menyifatkan Drones sebagai "satu tempoh yang tenang dan menyeronokkan di studio".[5] Album ini dikeluarkan semula pada 2009 dengan tajuk Drones: UK Limited Release untuk edaran di United Kingdom, di mana ia memuatkan empat lagu versi secara langsung dan akustik, bagaimanapun untuk edisi terhad UK, lirik lagu tidak disertakan. Bersempena ulang tahun ke-10 album Drones, Seven Collar T-Shirt mengadakan persembahan khas di No Black Tie pada 6 Februari 2014.[5]

Senarai runut sunting

Kesemua runut ditulis dan digubah oleh SevenCollar T-Shirt dengan lirik oleh Saiful Ridzuan.

No.TajukMasa
1."Renaldo Moon"2:33
2."Brand New Number One"2:48
3."The Boohoorah Theory"2:13
4."Faith"4:23
5."War Is Over"4:40
6."People Under The Pillow"1:26
7."In Hiding (Like A Child)"3:25
8."The Works"3:42
9."Summary"2:56
10."Chemicals"4:58
11."Drones"2:26


Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 1 November 2004 Muat turun digital[1]
Penstriman digital[6]
Laguna Records, Universal Music Malaysia

Tenaga kerja sunting

Diperoleh dari catatan media album:[7]

  • Jeffrey Little - penerbit
  • Seven Collar T-Shirt - penerbit bersama
  • Jeffrey Little di Greenhouse Studio, Ampang, Selangor, Malaysia - rakaman
  • Roslan Aziz di Roslan Aziz Productions - pengadun
  • Salman Rohner & Mohd Hafiz Ahmad - pembantu rakaman
  • Joe Gastwirt di Joe Gastwirt Mastering, Los Angeles, California, AS - mastering
  • Muhammad "Ham" Abdullah - penata seni
  • Sandwich, Jennifer Ono & Jeremy Little - pereka kulit album
  • Jennifer Ono - cenderamata
  • Jeffrey & Jeremy Little, Adlin Rosli & Jennifer Ono - fotografi
  • Jeremy Little - A&R
  • Peralatan tambahan disediakan oleh Roslan Aziz, Sim Keng Lee, Kok Wing Meng, Mohd Hilmie dan Wan Marina

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 Anugerah Industri Muzik ke-12 Album Inggeris Tempatan Terbaik Drones Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Drones". iTunes Store (MY). Apple. 1 November 2004. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  2. ^ a b c d Zack Yusoff (21 Januari 2005). Seven Collar T-Shirt makes a difference with second album Diarkibkan 2018-09-04 di Wayback Machine The Star Online. Diperoleh pada 6 Mac 2010.
  3. ^ SevenCollar T-Shirt: Drones Laguna Music. Dicapai pada 17 Jun 2013.
  4. ^ Kevin Soo (12 Mac 2010). Back in black Diarkibkan 2019-05-13 di Wayback Machine The Star Online. Dicapai pada 13 Mei 2014.
  5. ^ a b Sevencollar T-shirt revisits a classic Diarkibkan 2019-05-13 di Wayback Machine The Star Online (4 Februari 2014). Dicapai pada 13 Mei 2014.
  6. ^ "Drones - album by SevenCollar T-Shirt". Spotify. 1 November 2004. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  7. ^ Drones (catatan media). SevenCollar T-Shirt. Laguna Music. 2004.CS1 maint: others (link)

Pautan luar sunting