Duce [ˈdu.t͡ʃe, du-cé; Pemimpin] adalah sejenis gelaran bahasa Itali berakar daripada perkataan Latin dux serta kata seasal dengan duke; gelaran ini dikenali pemakaiannya dengan Benito Mussolini, Perdana Menteri Itali semasa zaman Perang Dunia Kedua yang juga merangkap Pemimpin Parti Fasis Nasional oleh pengikut-pengikut sefahamannya sebagai Il Duce. pergerakan tersebut dan ia menjadi rujukan kepada jawatan diktator Sua Eccellenza Benito Mussolini, Capo del Governo, Duce del Fascismo e Fondatore dell'Impero ("Tuan Yang Terutama Benito Mussolini, Ketua Kerajaan, Duce Fasisme dan Pengasas Empayar").[1]

Duce
Fasisme
Duce del Fascismo
Il Duce
Benito Mussolini
GelaranTuan Yang Terutama
KediamanPalazzo Chigi
(1925–1929)
Palazzo Venezia
(1929–1943)
Dilantik olehMajlis Tertinggi
PeloporDiri sendiri
(sebagai Perdana Menteri)
Dibentuk24 Disember 1925
Pemegang pertamaBenito Mussolini
Pemegang akhirBenito Mussolini
Dimansuhkan25 Julai 1943
PenggantianPietro Badoglio (sebagai Perdana Menteri)
Diri sendiri (sebagai Duce RSI, seperti yang didakwa oleh RSI)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penjawatan dan penggelaran ini telah diwujudkan pada tahun 1925 oleh Mussolini sendiri sebavai penyandang gelaran ini bersama-sama dengan jawatan Pengerusi Jemaah Menteri: ini merupakan posisi berperlembagaan yang memberikan beliau kuasa memerintah Itali bagi pihak Raja Itali. Gelaran Pengasas Empayar telah ditambah bagi kegunaan eksklusif oleh Mussolini dalam mengiktiraf penubuhan satu entiti sah rasmi Empayar Itali bagi pihak Raja pada tahun 1936 susulan dari kemenangan Itali dalam Perang Itali-Habsyah Kedua. Jawatan ini telah disandang oleh Mussolini sehingga tahun 1943, apabila beliau telah dipecat oleh Raja dan posisi "Duce" dimansuhkan, manakala Marsyal Pietro Badoglio telah dilantik sebagai Presidente del Consiglio.

Jawatan ini merupakan model bagi kegunaan pemimpin fasis yang lain, seperti gelaran Führer oleh Adolf Hitler. Pada September 1943, Mussolini menggayakan dirinya sebagai "Duce Republik Sosial Itali" (Itali: Duce della Repubblica Sociale Italiana).[2]

Sejarah etimologi bagi istilah "Duce" sunting

Gelaran itu digunakan di luar tradisi bangsawan dalam beberapa penerbitan yang memuji Garibaldi dalam Penyatuan Itali pada tahun 1860, walaupun tidak dipakai secara rasmi oleh Garibaldi sendiri.[3]

'Duce Supremo' ("Pemimpin Agung") lebih secara rasmi digunakan oleh Victor Emmanuel III pada tahun 1915, semasa Perang Dunia Pertama, merujuk peranannya sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera. Istilah ini juga digunakan oleh Gabriele D'Annunzio sebagai diktator yang mengisytiharkan diri Pemangku Raja Itali dari Carnaro pada tahun 1920, dan yang paling ketara oleh diktator Fasis Benito Mussolini. Lukisan 'Il Duce' oleh Gerardo Dottori menggambarkan Mussolini, dan gelaran 'Il Duce' bersatu dengan Fasisme dan tidak lagi digunakan selalu selain daripada yang merujuk kepadanya. Oleh kerana sentimen moden anti-fasis, orang-orang Itali secara umumnya kini menggunakan kata-kata lain untuk pemimpin, termasuk perkataan pinjaman bahasa Inggeris terutamanya. Walau bagaimanapun, istilah Duce terus wujud sebagai antonomasia untuk Benito Mussolini.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  •   Takrifan kamus duce di Wikikamus