Duda Pujaan Dara

Duda Pujaan Dara ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Jamal Khan. Dibintangi oleh Kamal Adli, Zahirah MacWilson dan Aprena Manrose. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 4 September 2017 menggantikan My Darling, Inspektor Daniel. [1]

Duda Pujaan Dara
GenreCinta
Drama
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Duda Pujaan Dara karya Hanny Esandra
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Kamal Adli
Zahirah MacWilson
Aprena Manrose
Lagu pembukaanTak Malu - Farisha Irish
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod12 Episod
Penerbitan
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
HD 123
Siaran asal4 September 2017 – 21 September 2017
Kronologi
MengikutiMy Darling, Inspektor Daniel
Diikuti olehAwak Suka Saya Tak

SinopsisSunting

Si dara yang amat bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian si Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah (Zahira Macwilson) telah bertemu dengan Tengku Razeen ( Kamal Adli). Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan hanya mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan lagi. Maka, dia merancang bermacam-macam cara dan helah untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup lakukan demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen boleh pula cair hati apabila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?” – Ainee Marwah

“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.” – Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah apabila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki yang bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… – Ainee Marwah

Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa? – Tengku Razeen

Sakitnya hati apabila suami tidak romantik. Tetapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah-tambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ Drama Duda Pujaan Dara. MyInfoTaip. Dicapai 3 ogos 2021